Monday, May 17, 2010

Pop Cakes

Salam Isnin..hehe..inilah untung nyer kalau rajin blog walking..macam2 idea yang boleh kita dapat..Sebenarnyer tak bercadang pun nak buat projek pop cakes nih..tapi kebetulan kan peristiwa 2 kali mengadun kek yg tak jadi..kek tuh sebenarnyer ok..cuma tidak menepati piawaian haku jerk!!!Jadi dengan idea original resepi pop cakes dr dari dapur kek lapis skuad kedah nampak plak kat dapur Alamsari maka terhasil lah resepi pop cakes version haku yer.Meh sini semak bahan-bahan dan cecara tuh boleh lah rujuk kat pic diatas..

Bahan- Bahan A
500 gm lebihan kek ( haku guna lebihan kek coklat)
1/2 cup kulit limau (version jeruk yg mmg untuk buat kuih) (nak omit dengan choc chip pun boleh)
1 cup ground peanut ( yg telah disangai dan dikisar halu)( nak tukar dengan jenis kekacang lain pun boleh i.e hazelnut/badam)
1 sdb sunquick
1/2 cup whipping cream
beberapa batang stick eskim /loli stick/lidi sate

Bahan -Bahan B
125 gm choc masak
2 sdb susu segar
1 sdb butter
*haku tambah 3 sdb susu pekat manis.

Cara-cara
1. Hancurkan lebihan kek mengunakan pengisar kering ( haku guna tangan je)
2. Campurkan dengan kulit limau dan kacang
3. Letak sunquick
4. Masukkan whipping cream
5. Gaul semua dengan tangan hingga sebati
6.Bentukkan doh mengikut shape yg disukai.cucuk dengan stick dan simpan dlm peti sejuk sehingga 1 jam
7. Campurkan semua bahan B dan masak menggunakan kaedah double boiler.Celup doh dalam coklat.
8.Susun paper cup dalam muffin tin dan isi kan doh kedalam acuan
9.Simpan semula dalam peties 15-20 min untuk coklat membeku..hias ikut suka dan hidangkan.

Selain itu ini aderlah rujukan untuk diriku sendir next time kalau trasa nak buat pop cakes lagi boleh guna version dr bakerella. menarik!!

No comments: