I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 26, 2010

Kisah KueY TeOW GorenG Vs. DuRiaN


Hehe..nih lah akibat kalau berblog walking nih..asyik terguda jerk..kalau boleh nak cuba semua!!! tapi takpe pelan2 kayuh..resepi yg best2 tuh semua haku dah list down kan..menunggu giliran jerk untuk dimasak..tapi Untuk Kuey Teow nih rasa tak tertahan sungguh..Haku nih bukanlah minat sangat dengan Mee nih tapi tulahkan..akibat terguda..semangat terus nak mengoreng Kuey Teow.Maka inilah hasil nyer..Layanz pic je lah..semua tahu mengoreng mee kan. :)

Yang nih plak cerita pasal Raja Buah..Durian..Musim Durian datang kembali..hihi..best nyer makan Durian ..kalau dihadap sebakul pun InsyAllah mmg haku boleh layanz..tapi kena sedar diri..Umur dah meningkat nih kena lah juga jaga makan..tak boleh hemtam kromo macam dulu lagi..

Pilih je lah mana nak makan..haku suka yg berlemak manis..pahit2 sangat..ooo not my type!!

Tgk isi durian yg kuning nih..biji nyer kesep..tau apa tuh..biji nyer tipis..isinyer tebal..tak kiralah..apa pun..haku nak makan..

Tara..Burp!! Alhamdullilah nampak tinggal biji jerk.. hehe :)

Saturday, June 19, 2010

HapPY FatHers Day!!

Happy Fathers Day!! Selamat Hari Bapa!!! kepada semua bapa2 diluar sana..pada abang2 ku , pada abang2 iparku..Selamat Hari Bapa!!! :)

Untuk Arwah bapaku ini tak lupa Alfatihah untuk mu.Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat.Amin.

Friday, June 18, 2010

SpAgeTTi

Semacam terasa-rasa kat tekak nih nak makan spagetti bolognese..huhu..balik rumah..terus rebus spagetti dan buat kuah nyer..simple jer..taraaa kejap je dah siap..nampak spagetti haku yg mengunung tuh..kalau tekak nak sgt makan tak sedar makan sekejap jer dah licin..burp..alhamdullilah..

kalau nak tengok full version resepi nih boleh tengok kat sini

TomYam SeAFood

Salam Jumaat..huhu..malam tadi mood rajin ader sikit baik..melayan tekak orang yg nak makan Tomyam..Bagus juga..stok Udang dan pes Tomyam masih ader lagi dirumah..singgah Tesco cari bahan-bahan tambah..Sesekali pekena tomyam pedas2 nih..ok jugak..tapi sebb pewut tgh tak brapa sedap nih..haku layan ikan cencaru bakar cicah dengan kicap pedas..dah macam lauk org dalam pantang plak..Pagi nih bila blog walking ternampak kat dapur Kak Hana Jepang nun..buat Tomyam jugak..sama plak menu kita yer kak..cuma berlainan versi je lah..Versi Haku nih mmg resepi paling ringkas..campak2..resepi org bujang..siapa yg rasa nak cuba resepi campak2 haku nih..meh tgk resepi yerk.

TomYam SEafood

Bahan-Bahan
200gm Udang
100gm Sotong
*Kalau tambah kupang/lokan/ atau yg sewaktu dengan nyer pun boleh
1 biji tomato
2 batang celery (haku tak letak..lupa beli :) )
1 labu bawang India(hiris)
1 inci halia(hiris)
2 sdb pes tomyam (haku guna brand Adabi)
6 btg cili padi (nak pedas tambah lagi)(dititik)
3 cawan air
1 batang serai( dititik)
1 biji limau nipis (perah airnyer)/ daun limau nipis

Cara-cara
1.Didihkan air dan campurkan dengan pes tomyam, bawang, serai,halia,celery dan cili padi.
2.Bila air mula mendidih masukkan Udang, sotong yang telah dibersihkan terlebih dahulu.
3.Masukkan tomato dan air limau nipis / daun limau nipis
4.Sesuaikan rasa dan biarkan mendidih dalam 10-15 minit
5.Hidangkan.

Untuk Ikan cencaru bakar nih..semua org tau buat kan..hehe..haku balut dengan aluminium foil biar tak ereng..:)

Thursday, June 17, 2010

DuLcE De LeCHe

Punya lah excited nak membuat bendaalah nih..semangat sungguh...sejak tengok kat dapur kak Hana Jepang tuh...haku betul2 nak tgk hasilnyer nak rasa..apa rasanyer Dulce de Leche nih..haiz...3 jam nak tunggu tuh..takper lah..semangat2.Setiap 15 minit jenguk kukus..yelah kan ikut resepi betul2 nih..bila jam menunjukkan pukul 10.45pm haku rasa lagi excited sebab kejap lagi dah boleh tgk hasil Dulce de Leche ku ini..Dalam hati..tambah air nih last..takpelah biar dia susut..haku kedepan..sambung baring sambil tengok TV..ntah cerita hapa kat TV nih haku tak tahu dan masa tuh lah ntah bila mata ku terlelap...!!!! Tersedar sebab haku tersedak..hapa yg bau nih..haku terus terlompat ..berlari kedapur dan yg kunampak..ASap berkepul2 naik..periuk dah hitam hangus..air kukus memang dah kering habis..bawah tin pun dah hangus..cepat2 ku matikan api gas..masukkan air dlm periuk...SubhanaAllah..,,penuh dah rumah ku dengan asap..nasib haku tersedar cepat..kalau haku terus terlelap tak tahulah apa yg terjadi..Serta merta mata ku terbuka..Tarikh nafas...lepas..bertenang..bertenang...terus buka pintu sliding..besar2 bagi udara segar masuk dan asap keluar..buka kipas angin no 5.Masuk semula kedapur dan tengok tin Dulce De Leche ku dengan sayu..Aduhai...inilah hasilnyer

Dulce de Leche ku yg begitu "thick"..colet sikit dengan jari..sedap..lemak..tapi tak korek habis kedasar tin sebab dah hangus..:(

Dapat segini jer..simpan dalam jar..Takperlah Alhamdulliah..dpat jugak merasa benda nih..InsyaAllah lepas nih kena buat lagi..tapi kali nih tak mo buat malam2 masa nak tido :)).Bahaya sungguh!! Hoke tunggu projek seterusnyer hapa haku nak buat dengan Dulce De Leche nih yerk.

Kalau nak tengok step by step cecara membuat Dulce De Leche nih berserta dengan videonye sekali boleh lah pi kat sini

DoiNG BusineSS is AwEsOMe!! PaRt 2

Pada 13 Jun pula telah berlangsung karnival sekampung yang telah dianjurkan oleh kumpulan Aura Abadi Malaysia bertempat di kampung haku lah..Kampung Sg Latuh..Bermacam sukaneka yg diadakan..hehe..meriah..dah lama kampung haku nih tak buat aktiviti macam nih lagi..
seronok..tringat zaman bebudak..boleh dikatakan setiap tahun kampung haku nihader sport day..tapi ntah kenapa makin lama makin hilang semangat tuh hingga terus takder langsung hapa2 xtvt..ermm..mmg nak kena buat post mortem nih..
Keadaan pagi memang panas membahang..bermacam-macam gerai tersedia menjual beraneka product..ader juga pameran dr jabatan kesihatan , Fama, Peladang, dan macam2 lagi lah..Selain berbagai sukaneka rakyat seperti menabr jala/motor lambat/pecah belon/isi air dalam botol /anyam ketupat ader juga pertunjukan silat/zapin dan kuda kepang..manyak syiok wooo..


Antara gerai-gerai yang ade

Fuh..cuaca pagi yang panas

Pameran keris-keris lama pun ader

Ni bukan nak bersunat yerk..tapi nak main bola dengan memakai kain pelikat/batik

Rojak petis makcik nih memang best sangat!!

Gerai haku lah...Macam2 ader..

Kak Cik haku yang tetap bersemangat walau hujan turun mencurah-curah..cayalah!!

Adegan kuda kepang..habis yang berbaju merah kena kejor..hehe..nasib hari tuh pakai baju biru..:)

Wednesday, June 16, 2010

DoiNG BusineSS is AwEsOMe!! PaRt 1

Pada 05 June yg lalu..haku telah diberikan peluang utk membuka booth kecil untuk berjualan sempena majlis 50 tahun SKKL.Inilah kali pertama dan pengalaman seperti ini tidak mungkin haku lepaskan.walau bercengkang mata seharian menyiapkan product untuk dijual..penat jangan cerita seminggu " mata rabak" kat ofis..tapi haku puas..ianya memberi banyak pengalaman dan haku seronok..bab untung rugi tuh tolak tepi..sbb prinsip haku kepuasan.Sebagai antara bekas pelajar sekolah nih..teruja nak jumpa bekas guru..tak sempat pun..sibuk melayan pelanggan..ahaks..yelah tuh hehehe..tapi frust jugak tak dapat jumpa bekas guru..tapi takpelah ..Insyaallah kalau ader umur yg panjang boleh kita jumpa lagi..pic kat bawah nih semua amik dr koleksi kenkawan..pic sendiri banyak yg blur..kalau nak tgk lagi..boleh jenguk my FB pic yah..meanwhile...layanz.. beberapa pic masa majlis tersebut ...

My sis..yg teruja nak berposing..silakan..

Logo sekolah nih..sungguh mengimbau kenangan..

Antara yg terjual..excuselah untuk deco2 beginner yerk

Monday, June 14, 2010

Apam Blossom

Salam Isnin..haha..semangat betul berniaga nih..yelahkan 9 punca rezeki kan dr berniaga...minggu Ahad yg lepas baru jer bukak gerai di Padang Kg Sg Latuh sempena Sukan Kampung 2010. Alhamdullilah dengan sambutan yg diberikan..walau cuaca belah pagi memang panas membahang..tapi semangat bersukan tak cair langsung..Untuk event kali nih..haku tak buat banyak..cuma buat sedikit apam blossom, kek carrot, choc fudge brownies dan Blueberry cistart jer...Pujian kepada Allah..rezeki hari itu masih ader walau belah petang hujan lebat turun sehingga pelangan semua tak berani keluar khemah..

Resepi Apam blossom dan carrot cake nih akan ku hapdetkan kemudian yerk..beserta dengan beberapa pic dr event tersebut..Tungggu...

Friday, June 11, 2010

VaniLLA CuPcAkes

Tempahan nih datang dr Syida..untuk diberikan kepada anak2 sedara kata nyer..Vanilla Cupcakes dengan combination pic E.I start wars dan Ben 10 sebagai hiasan..Thank you so much Syida kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada haku..Thank for the support.:)

Monday, June 7, 2010

Engagement CuppiEs

Alhamdullilah..segala puji-pujian untuk Allah..dalam masa yg terhad dan begitu banyak dugaan..akhirnyer dapat juga menyiapkan tempahan.sebiji kek seberat hampir 8kg++ ini dibuat khas untuk acara memotong kek sempena sambutan Jubilee Emas Sek.Keb.Kong-Kong Laut.

Dan 12pcs choc cupcakes ini pula dibuat atas permintaan Kak Ngah ku untuk diberikan kepada anak sedara belah abg ipar untuk dijadikan hantaran pertunangan.Terima Kasih.

Thursday, June 3, 2010

Star Wars - The Attack of KerastanGan

Wahahaha..Happy tak terkata bila tempahan E.I ku telah selamat diterima semalam..lepas nih InsyaAllah takder masaalah lagilah nak menempah E.I tahu sudah nak mencari kat mana. :)
Hoke ni nak cerita pasal tempahan yg haku terima dr Kak Raha. Dia nak E.I Star Wars untuk birthday anaknyer..Minat sgt kat Star Wars katanyer.Layanzz..Request nak vanilla cuppies dan mini cheesecakes..

Ku akui mmg belum terror lagi haku bab deco mendeco nih..so minta maaf lah dan terima kasih kerana menyokong product2 ku ini..Lihat hasil serangan kerastangan ku..mmg sah kena cepat2 pergi berguru..huhu..bila tu??

SotonG MenTeGA RaNGuP

Hehe..punyalah lama mengidam nak buat resepi nih..menyimpan kecuh air liur je bila layan pic menu nih kat dapur CMG ..rasanyer kat dapur Kak Hana Jepang pun ader..boleh plak time semangat berkobar nak buat stok sotong tak pernah nak hader kat Tesco..yelah tu jelah tempat haku nak mencari lauk pauk nih..yg paling dekat ..satu jalan.. :) Tapi kalau dah nama rezeki tuh tak kemana..walau akhirnya dapat gak stok sotong ( nampak layu jerk ) tak kisahlah ..tekad dalam hati ..kena buat jugak projek sotong mentega rangup nih..nak gak tahu camner rasanyerkan.. bila dah cuba..mmg mcm CMG cakap lah..seketul ..2 ketul..3 ketul..laju jerk masuk mulut..high kolestrol tolak tepi..kan dah cover dengan bawang putih..tu yg motif letak lebih tuh..ahaks..propa sgt..CMG minta izin cnp resepi kat sini yerk..senang buat rujukan...:)

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g sotong
1 pack tepung gorengan berperisa (mat guna jenama "seri-aji") ( haku guna brand nona( cili pedas ))
1 putih telur, dipukul sedikit (haku guna sebiji telur campur putih dengan kuning terus)
1 1/2 camca besar mentega
1 ulas bawang putih ( haku letak 4 ulas selain suka..saja kenkonon nak cover kolestrol sotong :) )
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( tak letak..lupa nak beli)
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya ( tak letak sebb dah guna tepung berperisa pedas)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dicuci bersih, buang kotoran dan potong sederhana besar. Kukus sotong tadi 4 - 5 minit. Sejukkan, kemudian lap kering2 dengan paper towel. Ketepikan.
  2. Gaul sotong tadi dengan putih telur rata, kemudian taburkan tepung gorengan berperisa dan golek2 kan sotong tadi sehingga semua bersalut rata dengan tepung.Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga sotong kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel.
  3. Dalam kuali yang bersih, cairkan mentega dengan api perlahan dan biar hingga mentega keperangan, masukkan bawang putih dan goreng hingga peerang, masukkan sotong dan gaul rata. Matikan api dan angkat sotong tadi, toskan atas paper towel.
  4. Alih ke dalam bekas, taburkan dengan lada hitam dan hirisan daun bawang. Gaul rata dan boleh dihidangkan. Nak makan dengan sos pun ok, tak de masalah..

Tuesday, June 1, 2010

KoMpuTer Ku ..naDi Ku


Hehe..akhirnyer..komputer ku telah di baik pulih..dapat bersiaran kembali..yelah komputer nih pun mcm org gak..balun guna takder maintenance..sekali rosak terbakar ic terus..aduhai..takperlah..yg penting sekarang nih komputer dah ok..boleh lah meyambung aktiviti2 mencari resepi , blog walking, berkebun di FB. hahaha..actually minggu nih mmg mencabar minda dan kesabaran ku..dari satu peristiwa ke satu peristiwa yg lain..ishk..adegan peties ku yg kebocoran gas..habis semua stok lauk seminggu ku menjadi hidangan tong sampah..belum lagi waktu nak menyiapkan tempahan kek electric terputus dari pagi ke petang..tapi hari nih bulan baru .. kuharapkan semuanyer berjalan lancar.Peties baru dan sampai..auto washer machine pun dah ader.. so hari nih kena mencari material untuk cupcake stand ..huhu minggu depan nak deliver nih...kena shopping grocery..ke kedai bakery supply mencari bahan-bahan. uiks banyak gak yang haku kena buat yerk.InsyaAllah..semoga dipermudahkan.Amin.