I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 27, 2010

RenDaNg TeLuR

Salam Selasa!! Alhamdullilah..semalam dapat juga haku berpuasa sehingga ke akhirnya..bagus juga..melatih perut berpuasa..almaklum..Ramadhan hampir menjelma kembali..Pujian dan syukur kehadrat Allah SWT..InsyaAllah tahun ini berjumpa lagi dengan Ramadhan..:) Ok 2 nak cerita pasal resepi waktu berbuka semalam .Rendang Telur..hihi..haku nih mcm biasalah..masak suka yg simple2 jerk..remeh2 sgt nih haku malas skit..resepi ni olahan dr ku sendiri..senang jerk..haku share kat sini cecaranyer yerk..

RenDanG Telur

Bahan-bahan
4 biji telur yg telah direbus ( asingkan)
*2 labu bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inch halia
*1 batang serai
*1 paket serbuk kari
*1 sudu lada kisar
3 batang lada merah
2 biji tomato
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Kisar bahan-bahan bertanda *
2. Tumis bahan kisar sehingga terbit bau
4. Campurkan lada merah yg dihiris dan tomato
5. Masukkan telur
6. Tambah santan pekat dan perisakan dengan garam
7. Biar sehingga kuah sedikit pekat dan hidangkan bersama nasi putih.

Monday, July 26, 2010

Sweet Corn CAke


Hehehe..inilah natijahnyer kalau suka sgt jalan2 cari makan..tersinggah kat blog Kak Ida nih..macam2 ader..best2..tapi hatiku terpikat kepada Satu Resepi nih Sweet Corn Cake..Ishk..kalau kek marble..kek carrot..ket cekelat..kek pandan...oren..tuh biasa sgt tgk..tapi Sweet Corn cake nih..mmg pertama kali..Hati telah jatuh cinta nak buat..bahan2 pun ader semua kat rumah..jadi sewaktu melayan tempahan kek untuk customer..selit lah sekali sebuku kek Sweet Corn nih..sedap!!!Manis dia pun sedang2...lemak jerk..tapi minta maaf lah Kak Ida yerk..Saya menderhaka sikit..sikit je..bab butter cair tuh..punya malas nak menyukat dan mencairkan butter..haku tibai letak vege oil je semua..hikhik..lepas nih nak follow resepi Kak Ida 100% nak tgk result dia mcmana plak..Minta Izin CNP resepi yerk..:)

Sweet Corn Cake

Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung gandum( lebih kurang 2 1/4 mug kecil )
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat
  • 1 sd teh baking powder

*Ayak bersama ketiga2 di atas

  • 200 gm creamy sweet corn dalam tin ( agak-agak lebih kurang 1/2 tin )
  • 4 biji telur
  • 180 gm gula ( lebih kurang 1 1/4 mug kecil )
  • 200 gm butter.....cairkan & biarkan sedikit suam( ida pakai 100 gm butter+100 mls minyak sayuran....stok butter tinggal sikit )(haku guna 200ml vege oil)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 titik essen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • Apa-apa kekacang yang dimesin halus untuk tabur ke atas adunan kek ( ida pakai badam yang dah siap )(i follow)

Cara-cara:

  • Panaskan oven terlebih dahulu dalam suhu 180C....selama 15 minit.
  • Ayak tepung gandum bersama bahan penaik
  • Pukul telur hingga betul-betul kembang dengan mixer....guna high speed
  • Tambah gula & essen vanilla.....pukul lagi hingga betul-betul kembang
  • Masukkan butter cair&minyak,kacau sebati.
  • Masukkan pula sweet corn,garam......kacau sebati
  • Masukkan bahan ayak separuh-separuh/di ayak terus ke dalam adunan separuh-separuh....kacau secara kaup balik/pukul menggunakan low speed mixer.
  • Alas loyang pembakar dengan baking paper/sapu bahagian dalam tapak loyang sahaja dengan minyak/marjerin.

*Ida bakar dalam 2 loyang kecil untuk mendapatkan 2 kek yang nipis sahaja...jika loyang saiz besar,bolehla terus dibakar dalam satu loyang sahaja.(haku tak ikut..terus bakar dalam loyang saiz 24'

  • Tuangkan adunan ke dalam loyang,taburkan kekacang kesukaan anda.
  • Bakar dalam suhu 180 C/selama 35 minit jika adunan yang nipis....jika tebal,tambahkan masa sedikit lagi.

*Kek ni agak lembab2 sedikit ya....

*Selepas dikeluarkan dari oven beberapa ketika, kek ni akan mendap sedikit sebab kek ni versi kek lembab2 gitu k.

PudDinG CaRAmeL AniSaH


Alhamdullilah..akhirnyer berjaya juga nak membuat Puding Caramel nih..sebenarnyer..punyalah banyak resepi puding caramel nih kalau dicari dr internet nih atau blog2 masakan yg lain..cuma ntah kenapa semangat plak haku nak mencuba resepi puding nih kepunyaan teman baik ku Nisa..dengar cerita..puding nih glamour sungguh kat ofis nyer..apakah rahsianyer sehingga begitu diminati?hahaha..kena.cuba barulah tahu kan..dah dapat skodeng resepi dr tuan empunya..kalau tak buat memang tak patut..tapi penyakit M ku sedang melanda..tapi Alhamdullilahlah ..Sabtu lepas semangat sungguh haku membuat..balik d ofis..laju jerk tangan haku nih menyediakan bahan2..mudah je nak buat puding nih pon..ahaks...pssst..psssttt..meh haku share plak resepi Nisa nih kat sini...buat rujukan ku di masa hadapan juga..

Bahan- Bahan
A
5 biji telur
1 sdk essen vannilla

B
1/2 tin susu pekat manis
1/2 tin susu cair
1 tin air
1 sdb tepung kastad

C
3 sdb gula

Cara-cara
1. Tuang Gula dr bahan C dlm loyang ukuran 8-9inch.Jadikan Caramel.ketepikan
2.Campurkan telur dan essen vanilla..kacau sekadar sebati
3.Campurkan kesemua bahan dlm B
4.Campur bahan A dlm B dan tapiskan kedalam loyang yang mengandungi caramel tadi.
5.KUkus selama 20 nminit
6. Hidang sejuk.

Saturday, July 24, 2010

LeMaK CiLi Padi Ikan PaTin

Salam Sabtu...haiz..haku tak tahulah kejadian ini memalukan atau sesuatu yg kelakar..tapi hapa pun haku minta maaflah pada sahabat ku ini..kalau ku tahu..takkan jadi begini..ishk2..Alkisahnyer smlm ..haku menerima kunjungan sahabatku Cikgu Zuraini dan hubby nyer..Almaklum sejak berkahwin nih..ni lah kali pertama beliau menjejak kaki kerumah ku lagi ..dengan hubby nyer plak tuh.So Bila dia confirm nak singgah petang semalam..hak u terpikir " Laki dia org Melaka..tentulah layanz lemak cilik padi ikan nih..."sekali rupanyer..Hubby dia cuma makan Ayam!!! Erks..stok ayam plak takder kat rumah..Alahai..manalah haku tau kan..tak pasal2 tetamu makan telur goreng jerk...nasib telur goreng dia makan...Aduai..Minta maaf lah bebanyak ye Cikgu...Saya tak tahu..harap jangan seriklah yerk..kalau ader masa..singgahlah ke teratak saya lagi..Ewwwaaah..

Excelikan haku buat Lemak cili Padi nih bukan setakat sebb tetamu datang jer tapi sbb dah terpengaruh dengan Lemak cili padi kat dapur CMG tuh!! tapi Yang nih Lemak Cili Padi Ikan Patin versi haku lah ..yang simple.. Meh semak sini resepi Lemak Cili Padi version haku yerk..

Bahan-Bahan

200-350gm Ikan Patin ( bersihkan..rendam dengan asam dan garam)
*10-15 batang cili padi ( nak pedas tambah lagi)
*2 labu bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inch halia
Satu paket Santan serbuk /200ml santan pekat
1 biji kentang
2 biji tomato
Garam untuk perisa.

Cara- cara

1. Gaul ikan patin yg telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Goreng sebentar..tak perlu sampai garing yerk.Asingkan.
2.Kisar bahan-bahan bertanda *
3.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
4.Masukkan kentang..kacau..kemudian ikan patin.
5. Masukkan santan dan tomato.
6.Perisakan secukup rasa dan biarkan mendidih sehingga kuah sedikit kering.
7.Hidangkan.


Sambil tuh buat Terung Goreng Hoisin nih juga untuk sampingan :)

Friday, July 23, 2010

KeTupat oh KetupaT!!!

Gambar Ihsan Pakcik Google yerk
Ni N3 nak pomot yerk..
Bulan Puasa hampir tiba..Mula lah kira2 budget
tahun ini kan..Nak buat nasi himpit sahaja atau
ketupat?
Ketupat lebih sedap..setahun sekali je makan
ketupat.Baru terasa mood Aidilfitri.Nak anyam tak
berapa mahir..kalau mahir..takder masa pula.. :)

Jangan risau.Anda boleh menempah kelongsong
ketupat daun kelapa dr kami.Harga berpatutan.Untuk
tempahan 100 biji ke atas Penghantaran percuma
kerumah anda pada hari raya ini.

Ade dua (2) jenis kelongsong : Ketupat sate dan
ketupat bawang.
Minimum kuantiti tempahan : 25 biji
Harga : 25-50 biji = RM0.50 sebiji
51- keatas = RM0.45 sebiji

Dijamin kelonsong ketupat anda dalam keadaan
segar.Tak layu!

*Tempahan boleh dibuat melalui sms / email dengan
menyatakan:-
-nama
-alamat
-no.hp/tel rumah
-jenis kelongsong
-Kuantiti
-tarikh pengambilan

*Penghantaran sekitar Bdr Sri Alam/Masai/Taman
Rinting/Megah Ria/Pasir Gudang/Taman Pasir
Putih/Taman Cahaya Masai/Kota Masai/Scientex/Nusa
Damai/Felda Cahaya Bharu.(Caj bayaran tambahan RM5
shj)

*Ambil sendiri di pick up point ( Percuma )
-Tesco Bdr Seri Alam
-Kipmart Masai
-Petronas Taman Cahaya Masai.

Tarikh penghantaran kelonsong ketupat.
- 4 Sept 2010 - 9 Set 2010

Hubungi Kami untuk keterangan lebih lanjut.

Terima Kasih

Wednesday, July 21, 2010

Chocolate Cake Auntie Martha

Alhamdullilah..walau belum sehebat mana..tetapi rezeki ku masih ader nampaknyer..hehe..order nih dr kakak haku sendiri yg minta dibuatkan kek harijadi Mickey Mouse untuk harijadi anaknyer yg bongsu ( ye ker bongsu??) yang ke -2 tahun..haiz dah besar dah budak cute nih..Birthday boy nih memang rapat sikit dengan haku..kesian masa Birthday tuh dia demam..ialah kan..musim..sediah jer muka dia.. Kek Coklat nih haku ikut resepi makcik martha nih..boleh tgk sini kalau nak resepi dia ye.Kek nih memang moist tapi struktur nyer tuh macam padat sikit...tak tahu mana silap..agaknyer resepi asal guna whipping cream..haku memadai tukar yogurt jadi mungkin haku kena tukar yogurt dengan penggunaan whipping cream( conclusion dia kalau baru cuba resepi baru jangan terus nak menderhaka )hahaha..Exceli haku konon-konon nak buat Mickey mouse clubhouse..tapi seperti yg terjadi..jauh panggang dr api..takder rupanyer club house tuh mcm nih kan..hagak nih Mickey Mouse club house negeri mana lah ni yerk..

Tapi alhamdullilah..tester-tester haku kata..rasa dia sedap..ecceh2 anak
2 sedara haku nih ..bab membodek maksu nyer memang terror..tapi takpelah..asalkan mereka berpuas hati ..

Untuk majlis ni juga kakak haku menempah 50 biji Blueberry Cheesetart ..buat makan2 masa majlis tersebut.

Untuk kakak ku Pn.Zaleha..terima kasih lah order yerk.Untuk Baby Halim..Maksu doakan Halim sentiasa sihat, ceria, jangan nakal2..dan jadi anak yang soleh..Maksu sayang dia.. :)

Tuesday, July 20, 2010

Al FatihaH.

Excelikan..Hari nih haku tak trasa nak menghapdet blog..tapi lebih kepada nak blog walking..saja nak cari resepi untuk berbuka hari ini.InsyaAllah.Tapi tajuk2 blog ini menangkap perhatian ku sehingga membawa kapada haku untuk membaca terus cerita dr tuan empunya blog..Pertama ialah Mengenai Raden Galoh aka Kak Dalilah..siapa itu haku tak kenal? Kerana baru beberapa jam ini sahaja haku mengenali beliau..terlalu singkat..tak sempat untuk berkenalan panjang kerana beliau telah menghadap Allah Pada 19 July 2010.Hati betul2 tersentuh membaca luahannya yg terakhir..kalau nak baca klik sini.
Beliau aderlah seorang pesakit Breast Cancer.She is tough..Haku percaya..she been inspired alot of Cancer patient out there.Tapi ialah..bila ajal menjemput siapa kita untuk menahan..semoga roh arwah dicucuri rahmat dan dipermudahkan urusan nyer di akhirat.Takziah untuk ahli keluarga beliau.
Dan yang kedua mengenai sorang teman blogger ini Lya. Yang dimasukkan ke ICU kerana masalah Jantung..tapi update terbaru beliau telah dibenarkan pulang kerumah semalam..jadi..semoga beliau cepat sembuh dan diberikan kesihatan yg baik.Tiba-tiba haku terasa insaf..hari ini kita sihat..entah esok macamana..Alhamdullilah ..hamba bersyukur pada mu Ya Allah..kerana telah memberikan kesihatan yang baik sehingga kesaat ini.Kau berilah kesihatan yang baik untuk Lya supaya dapat dia manjaga keluarganya, dan Kau cucuri rahmat keatas Roh Kak Dalilah.Amin Ya Rabbal alamin.

Wednesday, July 14, 2010

AYaM GoReNG Ala KEpCi

Sajalah nak menghabiskan stok drumstik yag dibeli..kalau simpan lama dalam peties..mmg expired lah jawabnyer.Oleh kerana plan nak buat Sup kentang dengan Pooch egg ( yg tak brapa menjadi kesudahanyer ) Jadi drumstick nih haku goreng ala2 kepci jelah..senang! Sebenarnyer haku beruntung juga sebab ader pengalaman bekerja dengan McD masa belajar dulu..ishk kenangan sungguh..banyak pengalaman yang dapat ku timba.Antara nyer yelah buat ayam goreng lah!! hehe.Ok meh sini haku share cecara nak buat ayam goreng ala2 kepci nih ( aiks keja McD tapi ayam ala2 kepci???) memana lah yg korang nak gelarkan ayam nih yerk.

Bahan-bahan

1 kg ayam yg siap dipotong dan dibersihan
1 kotak / 3 cwn tepung goreng ayam ( tak kisah lah guna jenama apa)
1 biji telur
1/2 cwn air sejuk dari peties.
Optional: serbuk kari/ lada hitam

Cara- Cara
1. Guna 1 drpd 3 cawan tepung gorengan tadi untuk dicampurkan dengan telur dan air sejuk.
2. Perap daging ayam 2-3 ketul dlm campuran tepung tadi.asal kan ayam terendam didalam campuran.
3. Celup ayam dlm baki 2 cawan tepung. Guling2kan dan terus goreng dalam minyak yg panas.
4.Goreng secara deep fry

Tips:
1. Kalau nak gorengan ayam tuh lagi mengebu2 salutan tepung nyer..buat cara nih
A.Celup dlm campuran tepung dan telur -> celup dlm tepung kering -> celup dlm tepung dan telur semula-> celup dlm tepung kering baru digoreng.

B. Selalu ayak tepung kering kalau kelihatan mula berbintil..kerana hanya celup ayam dalam tepung kering yg halus.

Selamat mencuba!

Dan yang bawah nih ialah sup kentang dengan pooch egg.. tapi tak brapa nak jadilah..takper nanti boleh cuba lagi ..kalau dah jadi baru masukkan resepi kat sini yerk.nantikan. :)

Friday, July 9, 2010

Ayam MAsaK TOmaTO

Alhamdullilah..semalam dapat juga haku berpuasa sunat Khamis merangkap puasa sunat Rejab..Untuk menu berbuka..yang tersayang minta masakkan Ayam Masak Tomato nih..Serious haku tak pernah masak ayam version macam nih jadi godeh lah internet mencari resepi..resepi nih haku CnP dr sini

Hari nih kalau sampai InsyaAllah plan nak berbuka dengan Sup kentang dan telur plak..sempat ke haku nak masak nih...??

Thursday, July 8, 2010

SotoNG PAuL Ohhh SotoNG PaUL!!!

Hari nih nak share pasal kisah sotong yg sgt terkenal nih..terkenal dah mcm A list selebriti HOllywood!! Nama dia Paul..Sotong nih popular sebab telah meneka dengan tepatnyer team yang akan menang dalam game world cup..Walaupun Sotong nih berasal dari Jerman sendiri tapi Si sotong Paul nih tak penah pilih tuan..tekaan nyer bahawa Spain akan mengatasi Jerman telah terbukti..Spain ke Final World Cup buat pertama kali dalam sejarah nyer.Hehe..Jadi hari nih riuh rendah di laman maya..Si Sotong Paul diburu..kontroversi..ugutan bunuh...wanted!!hahaha...tapi entah betul atau kebetulan Si sotong Paul nih pandai meneka..tapi pada haku semua itu bergantung pada nasib..Brazil..Argentina..Jerman..adalah nama besar yg tak pernah kalah.. tetapi terpaksa akur bila dikalahkan ..itulah adat permainan..apalagi perlawan sebiji bola yg direbut oleh 24 pemain!!Macam-macam boleh berlaku..Jadi tak perlu lah nak salahkan Si Sotong Paul..Mungkin hanya kebetulan..... :)

Nak baca kisah penuh tentang Si Sotong Paul klik sini

Wednesday, July 7, 2010

LaUk Ku CUkup Masin!!

Salam Rabu...hehe..hari nih memang rasa bersemangat sungguh..terasa beban dalam kepala semakin berkurang..mood masak memasak pun menjelma kembali..sambil2 melayan projek membuat sampel biskut raya..(yang nih akan ditunjukkan hasil nyer kemudian..tunggu...!!!)hari nih masak menu permintaan yg tersayang yang menyinggah makan malam .Terung sambal dan udang butter..Resepi Udang nih boleh lah refer pada N3 yang terdahulu yerk. Mmg best rasa dia.

Untuk terung nih haku CNP resepinyer dr dapur Kak Hana Jepang .Mmg best..Alhamdullilah..ni nak rayau2 cari resepi..almaklum semangat nak pose ..jadi simpan senarai resepi sahur dan berbuka.. I like!!


Tuesday, July 6, 2010

Jalan-JalaN CaRi MakaN

Saja lah bulan muda kan..makan best sikit..haha..tak jugak..kalau tekak nak makan tak kira bulan tua muda..haku belasah jerk..nih nak tunjuk tempat makan yg boleh lah consider best kat area JB nih..buat rujukan kawan-kawan..atau sesapa yg manalah tau..jalan2 kat area nih..hehe..hoke nih yelas SDS cafe kat Johor Jaya..haku suka ambiance dia..tenang..bersih..tgk tuh ader kolam ikan..bunyi air sambil makan..tenang!!

Walau kolam nih kat penjuru kecik jerk tapi ikan koi dia boleh tahan gumuk2..tiap hari makan kek SDS ye tak..hahaha..

Untuk hari nih yg tersayang makan tenderloin steak with garlic butter sauce..sedap!!

Untuk haku..layan Fish n Chip..coleslow dia mantop!!! I like!!

Hehe yang ini plak sementara tunggu main course..layan pastry..egg tart dan custard tart..mmg best.Yummy...harga pun reasonable..servis pun class..surely will come again.. :)

Saturday, July 3, 2010

AlhamduLiLLah PanjanG UmurNya



Cupcakes nih di tempah oleh kakak ku untuk dibawa pulang ke Melaka malam tadi.Untuk meraikan hari jadi FIL beliau yang ke 84tahun kalau tak silap.Alhamdullilah..semoga diberikan kesihatan yg baik. Haku buatkan cuppies choc dengan butercream dan sekotak lagi dengan buah2 stoberi.Terima kasih sis untuk tempahan nyer. :)

Thursday, July 1, 2010

HappY FirsT AnNiVeRsaRy!!!


Heh..AlhamdullIllah.. dah setahun berblogging.. :) walau blog haku nih bukan lah sepopular blog-blog yg lain..tapi blog ini bermakna pada ku..disini kukumpulkan link teman-teman blogger yg lain. jadi rujukan bila kering idea mencari resepi..walau terkadang penyakit M ku sering menyerang..tapi sehari tak menjenguk dapurku ini terasa tak sah!! Terima Kasih kepada yg sudi berkunjung...dan yg sentiasa memberi sokongan. To my blog..Happy Anniversary!!