Thursday, September 30, 2010

MarbLE CheeSE BrOwNies

Resepi nih kan ..dah banyak kali membuat..nih sbb lebihan adunan jadi masukkan dlm cup2 kecik..dapat lah 4 ketui..hehe kenapa dlm pic ader 3 ketui jerk? sebb seketui dah kena lahap!! untuk buat dlm cup nih haku bake sekali harung jerk..letak adunan base dulu then the cheese tutup balik dgn base dia..resepi dah pernah letak dah..kerja berat sikit..cari kat label tuh yerk..tapi i tell you..brownies nih mmg best!! makan plak lepas peram dlm peties smlman..fuyoo..tapi kalau lepas tuh badan sendiri kembang jangan salah kan haku yerk..eat at ur own risk..Kalori manyak tinggi oo..:))

Wednesday, September 29, 2010

GuLai KeLISi

Sesekali makan lauk rebus2 nih sedap juga..asyik berminyak2 bersantan..huhu..sudah tak dapat memasukki tekak ku lagi di saat ini..apa tah lagi..tgh demam..hidung nih pun seperti kepala paip yg kehausan getahnyer..meleleh air keluar..haiz..memang bukan sesuatu yg menyenangkan.Ini lah menu makan malam ku..dah habis dah pun .Alhamdullilah.Gulai nih haku tumbukkan bersama sedikit lada hitam..biar badan nih rasa panas sikit..Pekena plak dengan nasi panas..fuyoo mmg manyak syiok.Resepi dan cecara nak membuat tuh nak juga ker tepek kat sini?? tak payahlah..bukan susah pun nak membuat kan..simple je tuh..:)

Saturday, September 25, 2010

RoTi TuNa

Salam Sabtu ...salam berhujung minggu..hamboi...weekend nih mesti ramai yang tak memasak almaklum memenuhi undangan rumah terbuka Hari Raya..di JB nih Hari Raya Aidilfitri disambut meriah sepanjang bulan..ader tuh kenkadang terbabas buat rumah terbuka..dah habis Syawal baru teringat turn rumah sendiri plak..yelah hanya hujung minggu masa terluang yg lain sibuk bekerja ye tak? Hehehe...minggu nih haku tak sabar nak join club mak dara kat kawasan perumahan kakak haku tuh berjalan marhaban..nanti haku upload kan pic2 nyer tau..tunggu...ok untuk Roti tuna nih sebenarnyer buat masa majlis berbuka pose kat rumah haku hari tuh..kira kalau nak ngecek2 tuh..tak dapat den nak nolong yer...buat sendiri lah..sonang je ni ha..Asal resepi nih nama dia Roti Sardin .hehehe..oleh kerana sardin takder kat rumah ketika itu maka kutukarkan menjadi roti tuna..memandai je derhaka pada resepi kan...alahai..kenkadang tuh boleh jerk kalau kita nak ejas2 sikit..ikut kesesuaian..ewahh..Kak Nor minta maaf yerk..Minta izin kita CNP resepi tuh kat sini plak..Mekacih.. :)

ROTI SARDIN

10 biji bun burger ( haku guna small sweet bun )
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur ( haku guna tuna in water )
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak


Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.

Cara2
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..


Kalau nak tgk cara- cara membuat dengan lebih jelas boleh tgk kat sini yerk..

Friday, September 24, 2010

ChOCOlatE CrunCH CooKies

Hehe...org buat kuih raya..masa di bulan Ramadhan ..sebelum Syawal..nih haku duk buat masa Bulan Syawal..kan Raya belum habis..nih adegan menambah koleksi biskut raya ku yg semakin kering..segan plak tetamu dtg kerumah takder kuih raya..buat kuih raya nih..tersangat lah simple nyer..I loike..tak payah nak baking2.. resepi nih dr Chef yg fofular Kak Hanielieza..tapi haku CnP dr rumah Chetamz...Minta izin paste resepui nyer kat sini yerk...

Bahan
250 g cooking coklat
50 g butter
150 g badam hancur [panggang]( tak letak)
200 g coco crunch( convert jadi 350g)
150 g bubble rice ( tak letak)
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara
1. Cairkan cooking coklat secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan butter. Kacau sehingga coklat dan butter sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manim warna-warni.
5. Biarkan sejuk dan beku sendiri. Simpan dalam bekas kedap udara



Memang senang, lazat..double chocolatey!!

Wednesday, September 22, 2010

UDanG GoReNG RanGGup

Hahaha..minggu nih Alhamdullilah..sungguh semangat haku nak mencuba resepi2 baru..oo seronoknyer ade yang dah mula marhaban kat kawasan taman perumahan yerk..best nyer.Selain dapat bermarhaban bersama..sambil kunjung mengunjung di bulan Syawal..ikatan ukhuwah dapat dibina..ta[i untuk haku yg duduk kat area2 ala2 sarang burung merpati nih..mmglah sgt hampeh..jiran pun haku takder..hahahha..nak pi marhaban ke bendanyerkan..tunggulah weekend bila balik umah kakak2 ku..boleh lah join group marhaban depa..ok2..ni nak share satu resepi udang goreng yg best..haku nih sejak bulan pose minat betul dengan seafood..stok udang sotong dan ikan tak pernah nyer nak putus dlm peties..trasa muak sungguh dengan ayam dan daging..tapi kan..kunun2 lah nak diet nih..so bila survey2..mengikut kajian dalam diet darah..untuk darah jenis haku nih AB..makanan laut is forbidden food to consume? alamak!! confirm haku tak guna kaedah diet darah nih!! hahaha.. tak consume terus tak boleh lah..dah dr kecik haku melantak seafood dah bapaknyer nelayan..kurangkan mungkin InsyaAllah!!

UDANG GORENG RANGGUP
( Sumber CnP dari Dapur Kak Ummi Kuantan)

Bahan-Bahan:-

* 500 gm udang
* 1 cawan tepung tempura (*akak guna tepung serbaguna) ( I Follow )
* 1/2 cawan air
* 1 cawan serbuk roti
* 1 biji limau nipis
* Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:-

1. Udang dibuangkan kulit dan dibasuh dengan limau. Kemudian toskan.
2. Bancuhkan tepung dengan air, masukkan air sedikit2. Jangan terlalu cair.
3. Celupkan udang tadi ke dalam bancuhan tempura dan golekkan dalam serbuk roti.
4. Goreng dengan api yang sederhana.
5. Apabila nampak udang berwarna keemasan, angkat dan toskan.
6. HIdangkan bersama salad dan sos cili.



Tara!!!! Sedap you...kita cecah dengan tomato sos + mayonis..YUMMY

Tuesday, September 21, 2010

RiCh ChOC PuDDinG

Assalamualaikum..salam pagi Selasa..hari nih rasa mamai2 sikit..almaklum bila dah bercuti panjang nih..nak start enjin bagi panas pun manyak slow lah! :) Mana kerja ofis yg berlambak..keja dirumah byg tak habis2 mengemas..kalau lah ader bibik sorang..senang agaknyer..ader sesapa yg nak bagi pinjam bibik ker?hehehe..ok Hari nih kan nak tayang pudding chocolate yg sgt best nih..pergh..untuk peminat coklat , pudding nih mmg tersangat best..untuk haku kurang sikit layanz pudding2 nih..makan..tapi takder lah..tahap gaban sangat!!.. Minta maaf lah dlm pic nih tak jelas nak tayang pudding choc nyer..sebb dah kena tutup dengan kuah dan segala bagai "pelakon tambahan" ahaks..nampak tak lapisan coklat kat bawah tuh..tuh lah "pelakon utama" kita..Saja haku bubuh satu2 dlm mangkuk..senang hidang.. tapi boleh jugak korang bubuh dlm pudding mould atau apa2 acuan yg ader macam yg dibuat kat sini dan disini serta disinun..then bila nak makan tuh bubuh dlm mangkuk tuang kuah..settle!!Perjalanan resepi nih jauh tau..memana dapur kalau singgah mesti ader yg dah pernah mencuba..hehe..haku je yg ketinggalan nih. asal tuh dr Dapur kak Jun Resepi nih haku rujuk banyak dapur..Pudding nih nak makan macam tuh jerk pun boleh nak berkuah pun boleh..ikut selera memasing lah..Version haku nih haku amik idea nyer dr kak Noraini dan sapa lagi chef terkenal kita CMG lah!

Rich Choc Pudding

BAHAN-BAHAN PUDDING
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam (mat tak letak) ( I follow )
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly (mat guna konnyaku jelly) ( Haku guna serbuk agar2 cap burung)
3 camca besar mentega


BAHAN-BAHAN KUAH :
1 tin buah2 cocktail, asingkan jus dan isinya
1 tin sus sejat "IDEAL"
Sedikit ceri merah ( Haku tak letak )

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega dalam periuk, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau tanpa henti. Bila bancuhan menjadi pekat, matikan api dan masukkan mentega, kacau rata dan tuang dalam acuan pilihan. Biar beku.
  2. Keluarkan rich cocoa pudding tadi dan isi dalam bekas sesuai. Masukkan juga isi buah2an cocktail tadi, susu sejat dan sedikit jus dari buah2 tadi. Sesuaikan tahap kemanisannya. Sejukkan dalam peti sejuk atau letak air batu.

Monday, September 20, 2010

U.P.S.R


Salam..hari ni tentulah ramai pelajar2 tahun enam yg sedang berdebar2..Esok peperiksaan besar UPSR, bukan setakat murid..guru dan ibu bapa pun tentu terasa bahang debaran nyer..Setelah bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran..esok ader lah masa penentuan..Jawablah soalan2 dengan tenang.. tiba sudah masa untuk kita memberi yg terbaik dan bertawakal.Untuk anak sedara ku Nur Afika..maksu doakan yg terbaik untuk kamu..selamat maju jaya!!!

P/S Dapat satu A = RM 10 tau!!

Friday, September 17, 2010

YoGurT FriEd ChiCkeN


Menu ayam yogurt nih lama sungguh haku mengintai..exceli ayam nih haku buat sewaktu majlis berbuka puasa kat rumah haku ari tuh... Jadi kalau rasa nak mengecek tuh..minta maap lah..dah habis dah pun..memang tersangat sedap..sampai tuan brumah hanya dapat merasa serpihan tepung ayam nih sahaja..hehe..kesian anak sedara haku ader yg tak sempat nak merasa..yelah bukan sengaja..rasanyer haku dah beli lebih ayam tak sangka tak cukup..yelah bila ditambah dengan hidangan yg lain tuh..ingat cukup. first family dtg dah tinggal setengah..second family datang..dah paras hidung..padahal ader 4 family lagi on the way..bayangkan betapa gelabah tuan rumah??!!.Haiz.. :))

Resepi nih haku amik dr Kak Nor Terengganu nuh..Kak Nor plak amik bdr Love..thank you so much..memang lah kena buat lagi!! Minta izin salin resepi kat sini ye Kak Nor..buat rujukan dimasa depan :)

YOGURT FRIED CHICKEN by Love
Sumber dr Kak Nor

Bahan-bahan
* Bahan (A)
* 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
* 1 cwn/250ml plain yogurt
* 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
* 2 inci halia ~ ditumbuk halus
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari ( i follow )
* garam secukup rasa
* 2 tangkai daun kari
* Bahan (B)
* 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
* 1 sk baking powder
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari ( i follow )
* secubit garam
* -------------------------
* jus lemon (optional)
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).
2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

* jus lemon k.nor letak sekali dlm bahan A ( haku tak letak..terlupa..ahaks :) )

KaD UcAPAn kiRiMaN mU...

Assalamualaikum..selamat hari raya semua..setelah bercuti panjang, berhari raya..hari nih kenalah memulakan tugas..mengangkat pen, mengangkat tetikus..ahaks..pada yg merancang untuk kembali bertugas rancanglah perjalanan sebaiknyer..minggu nih mestilah jalan - jalan semua sesak..Pada yg balik naik bas tuh..tiket dah beli ke belum? Jangan beli tiket dengan Pak Ulat plak..mau tersadai di bus station nanti..hari nih..pembuka tirai setelah lama tidak bersiaran..kutip kad raya..takperlah gantung kad raya lambat sikit kan..:) sekarang nih tak macam dulu2..semua kad raya main virtual jerk..dulu..kad raya yg diterima tuh akan haku gantung di dinding..tak pun gantung kat pokok hiasan..haiz..semua tuh takder lagi dah sekarang nih..semua mudah dihujung jari..lebih jimat dan ekonomi..walau bagaimana pun ucapan dibuat..tak kisah lah melalui virtual atau pun tidak..yang penting ingatan yg tulus ikhlas kan? kan? Terima Kasih yerk..hari nih masih sibuk nak menjelajah banyak rumah..nanti kita sambung berziarah..hari nih..kita gantung kad raya yg ni dulu yer.


Dr Kak Ummi- Kuantan

Dr Kak Nor- Terengganu

Dr Kak Hana- Kanazawa

Dr Kak Inahar

Dr AlongRoz

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri

Hari nih terakhir kerja..esok dah mula bercuti panjang.Haku nak ucapkan Selamat menyambut hari Raya Aidilfitri yg bakal menjelma tak lama lagi.Mohon Maaf Lahir dan Batin..mana lah tahu ader yg terkasar bahasa dan perbuatan..Untuk teman2 di alam maya..yg mana tak renti2 dapur mereka ku geledah..minta dihalalkan resepi2 nyer yerk..terima kasih lah berkongsi..Kepada teman yg kan pulang beraya di kampung masing2..ku ucapkan selamat jalan, berhati2 di jalanraya, rancang perjalanan dan ingatlah org2 tersayang yg sedang menanti kepulangan kalian..so jangan berebut2 ok..kepada pelanggan2 ku yg menyokong biz ku selama ini terima kasih..Untuk keluargaku..Selamat Hari Raya..walau tahun ini kita beraya pertama kali nyer tiada ayahanda dan bonda.Untuk yang tersayang, terima kasih melayan karenah ku sepanjang bulan Ramadhan ini .

Jika ader kesempatan pada yg sudi singgahlah kerumah ku yerk. :)

Tuesday, September 7, 2010

ReD RubBiEs


Ini ader lah antara menu pencuci mulut yg haku buat sempena majlis berbuka puasa dirumahku Sabtu lepas..whoaa tak sangka sungguh dessert yg mendapat sambutan hangat..Pencuci mulut nih enak dimakan sejuk..bila makan tuh ader rasa manis..sedikit masin dan rasa lemak..bersatu dengan kerangupan dr bahan asas Red rubbies..wallahh!! :)

Terima Kasih lah pada CMG kerana berkongsi resepi nih..Mmg mudah nak membuatnyer pun..untuk bulan puasa begini..menu pencuci mulut yg sebegini mmg sgt menyelerakan!! kalau nak tgk cara pembuatan nyer boleh tgk sini yerk.

Biskut KeLaPa DeLimA

Alhamdullilah..masih diberikan kesempatan untuk menjalani Ibadah Puasa tahun ini..telah diberikan kesihatan dan rezeki yg tersangat haku bersyukur .Walau tahun ini Hari Raya akan sungguh berbeza.Tiada dapat hendak mencium tangan ayah dan bonda memohon ampun dan maaf..hanya dapat menziarah kekubur di pagi raya nanti.:) Kerana melayan hati yg lara..menyibukkan diri dengan tempahan kuih raya dan kek dr pelanggan..Terima kasih lah kepada semua yg menyokong..memberi kepercayaan kepada haku yg terlalu hijau.Jadi minggu ini..hanyalah masa yg haku ader untuk membuat sedikit persiapan..takkan tetamu datang nanti dihidang dgn biskut kosong kan? Maka malam tadi haku memulakan projek Biskut raya ku yg pertama. Resepi biskut kelapa delima lama sungguh haku mengintai..sejak dr tahun lepas! Dapat juga tahun nih haku membuatnyer.Resepi asal dr CMG.Mmg best biskut nih..lembut dan cair dimulut..bila dibakar..wangi sungguh bau kelapa..haku buat satu adunan..cukuplah agaknyer ?