I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 30, 2011

SeLamAt PenGantin Baru!!

Salam Rabu..haiz..mengeluh sikit..2-3 hari nih bz sungguh..nih pun laju2 je update blog nih..hehehe..bukan curi tulang kat ofis ok..cuma berehat sebentar melepas lelah..ewaaahh..hari Ahad yg lalu kita attend wedding kawan masa U dulu..hahaha..kat majlis tu juga lah berjumpa dgn teman2 lain yg ade diantara nya selepas 7-8 tahun baru berjumpa..Ialah kan..dgn majlis seperti ini lah..mengukuh ukhwah dan silaturahim..seronok jumpa kawan2 lama..berborak macam tak hingat org keliling..hehehe..

Untuk Pengantin Tahniah Azrul & fadzillah on your wedding ..Akhirnya..kurang seorang lagi ahli kelab bujang..Thank you for inviting me yerk..


Menu on tht day..spoil my diet lah..haku makan banyak tau!! haizz



Suka dengan kek nih..simple jerk..warna pun lembut gituh!!

Saturday, March 26, 2011

E.A.R.T.H *H.O.U.R are YOU in??


Hari ini 26.03.2011 pukul 8.30pm akan berlangsung acara Earth Hour dimana sesiapa yg berminat tuh akan padamkan lampu selama sejam bermula dari 8.45 - 9.45pm.Ha..kenapa padam lampu plak?

Acara nih telah bermula di Sydney pada tahun 3 tahun yang lepas..dan kini telah menjadi acara global yang disertai bukan setakat individu malah organisasi besar yang lain.Dengan menutup sumber lampu electric selama sejam nih dikatakan dapat menyejukkan bumi dgn kuasa yg kita dapat jimatkan..sbb itulah kita nih yg kebanyakkan suri rumah digalakkan menggunakan sumber electrik utk membasuh , vakum dan sebagainya pada waktu kurang sibuk iaitu malam..dalam acara ini berlangsung..lampu electrik akan dipadamkan..tapi kena lah ingat yer..jangan padamkan lampu electrik jer..padamkan lah TV, peti ais, mesin basuh..radio..komputer..pokok kata..semua alatan yg menggunakan tenaga electric..kalau kita tgk acara nih..depa duk nyala2 lilin..yg bab nih..kita tak hikut..sbb pada pendapat kita..nak sejukkan bumi ..tapi nyala lilin pun keluarkan haba gak..bila haba pun panas gak..jadi biarlah bergelap..sesekali kita hidup dalam gelap pun ader hikmat dan kenikmatan juga.Lagi pun nyala2 lilin nih..haiz..smcm jer..mcm meniru agama lain yg bertentangan plak dgn ajaran Islam..dr kita was2 baik tak payah nyala terus.

Rata2 org bercakap pasal global warming tapi tak tahulah kita sedar atau tidak kesan global warming pada manusia sejagat ..Yg itu nanti lah kita cerita tapi skrg nih Naz nak share beberapa fakta dimana dengan perlakuan dan tindakan kita itu dapat membantu menjaga environment kita bersama ..antaranya..

1.Cuba untuk tanam pokok..walau sebatang..tak kisah lah tanam pokok hyroponik ke..dlm pasu ker.. atau kat laman belakang..kerana menurut kajian dl masa beberapa tahun ..jika dunia seperti sekarang..maka suhu dunia akan naik antara 4-6 darjeh celcius!! skrg pun dah panas..bayangkan..

2.Jimatkan penggunaan air..skrg pun banyak iklan suruh jimatkan air kan ..mandi 5 minit..tutup air ketiga memberus gigi..guna air cuci beras siram pokok..jimat air..pokok pun segar..cuci baju dgn muatan penuh..dan byk lagi cara utk kita jimat air..ialah..nak menjaga sumber air kemain payah..tapi nakmencemarkan sungai dan laut..sesenang je kita buat..haiz..

3.Rancang hari utk membeli belah dan Guna beg kitar semula ketika berbelanja..semua pun tahu plastik nih mempunyai kompenan toksik yg susah terurai didalam bumi..jadi kurangkan lah penggunaan plastik..cukuplah plastik tupperware kita kat dapur tuh jer yerk..sekarang pun dah ader kempen kat Malaysia nih setiap sabtu NO plastic beg! atau guna plastik semula atau beg kitar semula..mcm kat Tesco tuh dapat point..walau point dia cuma 1 sen setiap 1 plastik..kalau kita shopping guna 10 plastik ..dah 10 sen dapat.MMg lah boleh cakap..alahai..seposen ??? tapi kalau kira setahun?siapa nak bagi duit free2 tu je yang oii..:)

Exceli banyak lagi cara kita nak selamat kan alam sekitar..tak perlu lah kita tunggu kerajaan atau pihak berkuasa enforce sesuatu baru kita nak jaga alam sekitar nih..Penjagaan yg berterusan bermula dr rumah kita sendiri..mungkin pada org ..memperlekehkan nyer..tapi kalau seorang..kemudian..epuloh org buat..kemudia seribu org buat..sedikit sebanyak..tentulah memberi kesan kepada alam sekitar.

Jadi sesama kita menjaga alam sekitar kita yerk!! TO ALL MY DEAREST..HAPPY WEEKEND PEEPS!!:)

*hari nih nak "bazir " duit cari baju utk majlis perkahwinan esok..haiz..

Friday, March 25, 2011

TeA CakE is a CUpCakes??

A cup of Custard Tea Cakes.Its a C.U.P.C.A.K.E!

Salam Jumaat yang mulia..hari nih mood kita kureng sikit..ishk mcm2 hal terjadi ..lepas satu kesatu perkara..semuga dgn hari Jumaat penghulu segala hari..akan memulakan minggu yg lebih baik..lebih tenang dan segala masalah yg berlaku tuh biarlah cepat2 berlalu.Amin.
Dalam hati kacau nih sempat juga haku buat Tea cake nih..fuhh dulu angin apam..reda apam..timbul hangin Tea Cake..mana2 blog singgah pun berlumba semuanyer buat Tea cake..nampak menggitu "menghairahkan".Of coz lah makcik taknak ketinggalan jugak!! Resepi nih kita follow dr blog Cik Mat Gebu yer..resepi asal tuh dr Kak Ida.Banyak yg telah mencuba membuat kek nih..Kak Nor, Hasue, Kak Azlita..ooo ramai lagi lah..ntah2 haku je yg paling last buat..ahaks..takperlah ..Kek nih memang best..I tell u!plak tuh kan..kita nih peberet sikit kalau benda2 berkastard nih..hehehe tu yang org advice adunan kastard buat double..kita buat triple!!hahaha..lepas tuh kan kunun2 nak gak lah buat sebiji kek gitu..paling kecik loyang kita 20cm dia.sekali baru letak adunan tepung tuh utk base dlm loyang ..dlm mangkuk tinggal lebih kurang 1 cawan..nanti kalau dah letak kastard..cukup ke 1 cwn tepung tuh nak cover?ishk tak konfiden!! jadi kita keluarkan semula dan buat kek nih dlm bentuk cupcakes..so mcmana kita nak sebut kek nih "Custard Tea Cupcakes "? boleh lah..yg penting pendapat kita..kek nih senang buat, rasa sedap!! buat jadi cupcakes nih pun bagus gak..senang nak bahagi2...pagi nih bawak pi ofis..bagi kat kwn..semua kata sedap..tapi terlebih manis..next time mmg kena kurangkan gula..kita diet nih..tapi sedar tak sedar kita ngap 4 ketul kek nih...haiz..payah!!

Custard Tea Cakes/Cupcakes
Sumber : Mat Gebu
Asal : Kak Ida

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
3. UNTUK KEK:-Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Thursday, March 24, 2011

CHiCkEn Pot Pie -My StyLe

Chicken Pot Pie -My Stle

Salam Petang Khamis...haiz..lega2 akhirnya..pastry yg terperam lama dlm peties tuh telah kugunakan malam tadi..bukan tak tahu nak buat apa dgn pastry tuh..punya lah banyak contoh2 resepi specially kat dapur Abg Mat tuh..tapi ntahlah ..asyik lupa jerk nak buat sesuatu dgn pastry segera nih..Nih kita buat Chicken Pot Pie..cara mcm yg abg mat buat..korang boleh cuba tgk kat sini..haku tak tahulah mana dtg pot tuh..sbb buat nih dlm remekin..tapi kalau takder remikin guna tray muffin pun boleh kot..tapi ttg bab inti tu yang haku ikut style haku sendiri..

Inti Chicken Pot Pie

2 Labu bawang besar (Bwg India)
1 kpg boneless chicken

1/2 cwn mix vege
5 biji cendawan butang
1/2 tin chicken & mushroom cream ( Campbell )
1/2 cwn air

Rosemary ( haku guna yg segera-kering )
Garam sesuai rasa


Cara-cara


1. Potong
dadu bawang dan tumis hingga naik bau
2.Masukkan ayam yg dipotong dadu, mix vege, cendawan..goreng hingga masak
3.Masukkan cream chicken & mushroom dan air..taburkan rosemary
4.Biar kuah mendidih dan pekat.


Sapu Kuning telur dan tabur dgn rosemary..pergh..bau wangi nyer bila kuar oven

ThE MoMeNT I FiND My MoJO



CuCi mata layanz..cupcakes yg ditempah oleh Kak Eza yer..:)

Monday, March 21, 2011

ChocoLate Moist Cake II

Fuhh ..hari nih baru ader kesempatan nak hapdet N3 nih..maaf lah yerk..tuan rumah sedikit BZ..minggu nih macam minggu cerekarama dlm TV..macam2 hal..tapi walau apa pun..haku berharap yg terjadi biarlah berlalu..yang buruk jadikan pengajaran..supaya biar kita lebih berhati2 tidak mudah tertipu dgn anasir2 nih semua..Ialah walu kita rasa kita nih dah bijak pandai..yg bijak pandai juga yang kena tipu..:( dan kalau kita nih tak tahu..dengar pada yg tahu..percaya pada darah daging bukan dr org luar..bukan nak kata kita tak boleh dengar nasihat kawan-kawan..tapi kalau kawan2 yang baik..tak apa..ni itulah jugak kawan yg tikan kawan..yang mengejek kekurangan awak..yg memperlekehkan kemampuan awak....kenapa cakap kawan tu juga yang didengar dr mendengar cakap dr adik sendiri? haku mmg frust..semua benda buat haku naik darah..tapi ialah..bukan kuasa ditangan haku nak halang benda2 mcm nih..semoga dgn kejadian- kejadian ini ada hikmah disebaliknya.



Ok2 back pada kek nih..Cantik tak???hahahha..hasil kerastangan ku yg asyik tak menyempat nak berguru ..jadi berguru dr internet , utube dan kawan2 blogger..Alhamdullilah..Kek nih kan ditempat oleh rakan FB kita kak Eza Minhat untuk birthday anak lelaki nye.Nak bawa pi sekolah anaknya supaya dpt diraikan bersama kawan2.Selain tuh..beliau juga menempah 50 pcs cupcakes coklat.Terima kasih lah ye Kak Eza.Minta dihalalkan yg mana terkurang dan terlebih. :)

Resepi kek nih kan haku amik dr MYR ..yg disumbangkan oleh kak Izan..l..minta halal yer kita salin resepi kat sini plak :)

Kek Coklat Moist
Sumber : Kak Izan - MYR

Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )
* 2 cawan tepung gandum
*
2 sudu kecil baking powder
* 2 cawan gula halus ( haku guna 1 1/2 cwn )
* 4 biji telur gred A
* 250 gm buttercup ( haku guna S.C.S )

* 2 sudu kecil esen vanilla
* 1 cawan serbuk koko ( Haku guna TUDOR )

* 1/2 cawan gula halus

* 1 cawan air panas
* 1/2 cawan susu cair (IDEAL )


Cara-cara

1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x bar
u masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.

4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.


Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.

* Haku guna buttercream

250 gm unsalted butter
250 gm krimwell
2 cup icing sugar

Kacau semua bahan hingga gebu dan berwarna putih.


Tara.... siap deco dgn letak edible image upin dan ipin..hehehe

Friday, March 18, 2011

KeK SuGEE

Cam rasa nak buat lagi lah..ader x sugee kat rumah?urm...

Salam Jumaat..whoa best nyer dia yg tak keja hari Sabtu kan?..Hari nih last keja..esok dah boleh bangun lambat bermalasan-malasan..mcm haku nih..takder keja pun kena dtg ofis gak..hadoii..bila lah bos haku nih nak implement Sabtu hari cuti keja..hahahah..Tapi to all selamat berhujung minggu..surelah banyak acara kan..cuti sekolah pun dah sampai penghujung kan..?Haku kan seminggu dua nih suka bebenar..sbb? mood nak membaking haku nih naik kelevel 200%..ader je project yg haku buat..lepas satu satu..suka2.Masa nih lah haku gunakan sebaiknya..mencuba resepi2 baru..ialah asyik menyalin resepi je kan..buatnyer ntah bila..Kek Suge nih lama sungguh haku intai..memula tuh dah nampak dah kat Dapur Abg Mat Gebu..tapi haku salin resepi jerk..lepas tuh simpan buat pekasam..then bebaru nih masa selak2 resepi kat Dapur Kak Rima yg duk kat Singapore tuh..terpandang lagi Kek Sugee nih..terus tergoda..bahan pun dah ader kat rumah..baca feedback2 semua ttg Kek nih mcm best..Why not I give a try kan?..bila buat..mmg tak salah kek nih moist je gituh..rasa lemak sugee..rasa lemak almond..bau pun wangi je bila baru kuar oven tuh..tapi takderlah haku hadap sebiji kek nih sensorang..Kek nih haku buat together2 dgn kek Alunan kasih tuh..bawak balik kampung masa kenduri arwah ayahanda kita.Tapi yang nih haku buat ikut version kak Rima yerk..version abg mat nyer tuh nak buat nanti..( kena peram lagi..) hahahaha

Kek Sugee
Sumber : Kak Rima Bisouatoi

Ingredients
250 gm butter, softened
250 castor sugar (i used 220g)
125 SR Flour (i used all purpose flour n add 1tsp baking powder)
1 tsp baking powder
125 gm semolina flour
50 gm cashews, ground (I used ground almonds)
1/3 cup evaporated milk
1 tsp pure vanilla extract
1 tsp buttercream essence or rose essence(i used cranberry extract)
5 eggs plus 1 yolk, the whole eggs separated


Method
Preheat oven to 150 C

Stir semolina flour, Self Raising flour, baking powder and nuts together in a bowl and leave aside.

Seperate all the eggs. Cream butter and sugar till light and fluffy. Add the egg yolks one at a time. Add cold milk, vanilla extract and buttercream essence and mix well.

In another bowl beat egg whites till stiff. Fold in flour mixture into creamed mixture. Then fold in beaten egg whites gently until well mixed.

Bake 150 C for 50-60 mins until skewer comes out clean


Thursday, March 17, 2011

SinGaPoRe ChiLi CRaB-My StyLe

You dare to come near me??? Grrrr...

Hahaha...Alhamdullilah untung betul kalau ader abg yang pandai turun ke laut nih..mewarisi bakat dr ayahanda kita..Dengan hasil bekerja sebagai nelayan sahaja dapat membesarkan kami sepuloh beradik..Oleh itu mana tumpah nya kuah kalau tak kenasi kan? Ang haku sorang nih mmg paling pintar bab turun ke laut..bila dapat rezeki macam nih..adik beradik lah yg tumpang rezeki tuh...ishh tapi kan takder lah tergamak nak amik percuma jerk..kena lah hulur2 juga..Weekend hari tuh..dapat lah ketam nih..abg haku kata nih baru anak2 remaja jek..ketam nih belum besar sgt..tapi sbb haku nak sgt makan ketam fresh..anak2 remaja pun rasak lah haku tibai jerk!!



Malam tadi selamat separuh ketam nih haku dah masa Singapore Chili Crab..hasil haku mengodek dari dapur Abg Mat yang duduk kat Sedenak tuh..haku kalau dah masuk dapur dia..macam tak jumpa pintu keluar..lepas satu-satu haku belek..hadoi. nampak sedap2 masakan kat situ..so far haku dah cuba banyak juga resepi dr Abg Mat..and Alhamdullillah so far belum ader yg bantat lagi..hehehe..Kalau nak cuba resepi haku copy gak kat sini..senang haku nak refer kemudian..Minta Maaf lah yerk..pic mmg kurang memuaskan..almaklum kita pakai kamera biasa jerk..tapi itulah hasil kerja kita sendiri..bukan macam org tuh main curi2 gambar plak..hahhha..siapa itu??

SINGAPORE CHILI CRAB
Sumber : Abg Mat Gebu- Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ketam saiz besar
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
6 biji bawang merah*
4 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ketam dibersihkan, kerat kaki2 kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, ketam tu dikerat dua setiap ekor, kalau nak seko2 pun bolehh...
2. Lap kering2 dan lumur dengan sedikit garam, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warn jadi kemerahan. Angkat dan toskan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata2 hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat, matikan api. Alih dalam pinggan sesuai dan tabur dengan bahan2 hiasan. Hidangkan segera...






Wednesday, March 16, 2011

NeVer FaiL : ChoCOLaTe CuPCakes

Hari nih cuaca mendung2 jerk..dingin sungguh.badan pun lesu je..memikirkan alangkah enak nya kalau dapat bertapa bawah comforter dan "bantal busuk"hahaha..mau terus layu mata nih..Tapi duduk kat ofis nih walau (kurang kerja) bekerja takkan nak pejam mata terang2 plak kan..ahaks.Hari nih selesai kontroversi Edible Image tuh..akhirnya..artwork diterima dan customer pun dah approve..masuk order terus..lega! Kenkadang tak faham dgn org yg mcmnih..nak berniaga..tapi mcm endah tak endah..kalau kita tak ketuk pintu takdernyer dia nak melayan..walau E.I yg ku order tuh cuma sekeping..tapi masuk ongkos editing mau RM30 jugak..duit tuh!!..jadi kutanamkan dalam diri sendiri..satu peringatan..kalau nak mencari rezeki yg halal..biarlah haku ikhlas dan bersungguh melayan customer..cepat dan tuntas!takderlah customer tertunggu2 feedback kita.Customer tu biar kulayan seperti raja..dan kupuaskan hati mereka sebaik mungkin.Bercakap tentang customer dan kepuasan nih berkait lah dgn tempahan cupcakes yg kuterima semalam..

Walaupun dgn budget yg diberi consider "very tight" ngam2 je profit kalau nak berkira..tetapi haku malas nak berkira sangat ..sbb

1. Haku suka baking..and baking buat haku rileks!!
2.Haku suka baking..and bila bab mendeco..buat haku sgt excited
3.Haku suka baking..and bila haku deliver kepada customer..senyuman
kepuasan customer tuh buat haku lebih puas!! Hilang penat lelah..fuuhhh

4. Lagipun haku nih hanya beginner baker..tak perlu demand2 sgt nak kenakan
harga.Cukup lepas harga kos haku..itu sudah memadai.


Customer nih minta Cupcakes coklat dgn buttercream pink dan jelly candy..so inilah hasilnya.. :)
* Haku buat double adunan dibawah


Chocolate Cupcakes
Sumber : Joy Of Baking

1/2 cup (50 grams) Dutch-processed cocoa powder

1 cup (240 ml) boiling hot water

1 1/3 cups (175 grams) all purpose flour

2 teaspoons baking powder

1/4 teaspoon salt

1/2 cup (113 grams) unsalted butter, room temperature

1 cup (200 grams) granulated white sugar

2 large eggs

2 teaspoons pure vanilla extract

Chocolate Fudge Frosting:

4 ounces (120 grams) unsweetened chocolate, coarsely chopped

2/3 cup (150 grams) unsalted butter, room temperature

1 1/3 cups (160 grams) confectioners (powdered or icing) sugar, sifted

1 1/2 teaspoons pure vanilla extract

Chocolate Cupcakes: Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Lightly butter, or line 16 muffin cups with paper liners.

In a small bowl stir until smooth the boiling hot water and the cocoa powder. Let cool to room temperature.

In another bowl, whisk together the flour, baking powder, and salt.

Then in the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter and sugar until light and fluffy. Add the eggs, one at a time, beating until smooth. Scrape down the sides of the bowl as needed. Beat in the vanilla extract. Add the flour mixture and beat only until incorporated. Then add the cooled cocoa mixture and stir until smooth.

Fill each muffin cup about two-thirds full with batter and bake for about 16 - 20 minutes or until risen, springy to the touch, and a toothpick inserted into a cupcake comes out clean. (Do not over bake or the cupcakes will be dry.) Remove from oven and place on a wire rack to cool. Once the cupcakes have completely cooled, frost with icing. You can either spread the frosting on the cupcakes with a small spatula or if piping, use a large Wilton 1M open star tip to make lovely swirls. These cupcakes are best the day they are made, but can be covered and stored for a few days.

Chocolate Frosting: Melt the chocolate in a heatproof bowl placed over a saucepan of simmering water. Remove from heat and let cool to room temperature.

In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until smooth and creamy (about 1 minute). Add the sugar and beat until it is light and fluffy (about 2 minutes). Beat in the vanilla extract. Add the chocolate and beat on low speed until incorporated. Increase the speed to medium-high and beat until frosting is smooth and glossy (about 2 -3 minutes).

Makes about 16 cupcakes.

* Buttercream

2 cups icing sugar

150 unsalted butter

50 krimwell

1/4 cup milk

Beat all the ingredient together except milk until fluffy..add milk and adjust the consistency.

Happy 5th Birthday to Baby Nurin!! Love yah! :)

Tuesday, March 15, 2011

Alunan Kasih

Alhamdullilah..minggu nih rezeki datang tanpa disangka2..walau penat tapi puas bila hasil kita kerja kita dihargai :) Terima kasih lah kepada yg sudi menempah kek, apam dan tart dr kita minggu lalu..Minggu hari tuh juga kami sekeluarga telah membuat majlis tahlil dan yassin sempena satu tahun pemergian ayahanda kami.Dan entahlah tak tahu kenapa ( must be sign of age ) haku terlupa nak amik pic semua kek, apam blossom dan tart untuk dimasukkan dlm N3 blog dan FB..hahaha..manakan tidak..bekejar2 menyiapkan tempahan..One woman show tau!

Badai kek Alunan Kasih nih sebenarnya dr tahun lepas telah melanda..resepi nya tuh dah lama haku salin..Kek nih begitu memikat..haku kalau tgk warna warni nih mudah tergoda..bahan2 nya mudah jerk..dah banyak blog yg haku singgah masing2 telah mencuba membuat kek nih..feedback nampak ok..why not giving a try kan?Kek nih dan Kek Sugee haku buat utk dijadikan manisan sewaktu kenduri arwah hari tu :)

Kalau nak tgk bentuk sebiji kek nih boleh cuba ke sini, dan kesini, kat sini jugak..dan disitu serta disinun..hahaha.. sebenarnya banyak lagi yg dah cuba buat..kalau nak cuci mata..boleh hunting lagi yerk.Tapi resepi nih haku salin dr blog Kak Nor yg duduk kat Kuala Terengganu tu je ha..hadoi..I really can spend the whole day..selak resepi dr blog nih..semua nak cuba buat!!

Kek Alunan Kasih
Sumber : Kak Nor Secubit Garam

Bahan:

5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter (I follow )
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je) (I follow )
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2… (Haku guna 175 deg )

Tips :

Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

** ( kalau nak buat mcm kak nor nih pun boleh..setiap lapis lain2 perisa..mcm haku..bantai takder perisa..perisa vanilla tu jelah..hehehe )

gula K.Nor guna 11/2 cawan jer
susu cair K.Nor letak 1 cawan
adunan kuning + vanila
adunan hijau + paste pandan
adunan merah + paste strawberry.

Tgk alunan dia tuh..cantik kan? sgt menarik

Wednesday, March 9, 2011

SpeCiAL EnTrY : SetAhun BaGai SeMaLaM

Tarikh 08.03.2010 tarikh yg tak dapat ku lupakan ..Terasa baru semalam kejadian ini berlaku..semua masih jelas dalam ingatan..tutur kata dan perlakuan .. walau dihati sedikit terkilan kerana ianya seperti terlalu mengejut..Pemergian ayahanda tidak disangka-sangka..takder satu tanda pun..tetapi semua itu membuatkan haku lebih sedar..Ajal maut ditangan Allah..bila-bila masa Dia mengkehendaki ..maka berpisah lah kita dengan dunia. Kini tiada lagi tempat bermanja..hanya pada kakak dan abang tempat haku menumpang kasih.Haku berdoa

" Ya Allah..ko berilah rahmat mu keatas roh ayahanda ku ini..ampunkan lah dosa-dosa beliau ..Kau lapangkan kuburnya Ya Allah ..terimalah amalan dan ibadah nyer..Kau tempatkanlah arwah dikalangan hamba mu yang beriman..dan kau berikanlah hamba mu ini kekuatan supaya dapat haku menghadapi dugaan ini Ya Allah.Hanya kepada mu haku berserah dan menyerahkan segala urusan..amin Yarabalalamin "



Kenangan hari raya aidilfitri yg terakhir bersama arwah.

Tuesday, March 8, 2011

ArTiCles : A Cupcake, An Ice-CreaM and The BonTeA

What a tiring day..segala urat saraf ku terasa sakit..semalam dah makan Panadol Extend for the muscle pain..mungkin terlalu banyak duduk dan kurang senaman..So rasain!!! Mau buat projek Poco-Poco petang nih..hahaha ( angan2)

Ini adegan Sabtu lepas..sebenarnya haku terasa nak makan benda yang sejuk ..di tempat yg sejuk..rileks2..ialah sebab angin malas nih..mcm tak reti nak berlalu..Dapur haku kat rumah tuh pun dah bersawang dah..lama tak berasap..ahaks

Kita cubalah makan Chocolate Cupcake nih..nampak sungguh tempting gituh..


Tapi bila rasa..alahai..apsal lah kek nyer tuh dry sungguh..urm..FAIL!


Nasib baik lah..a treat of an Ice- Cream tak pernah fail..mari memaniskan gigi dgn strawberry and cookies and cream ice cream..Yummy!!


Sebab kunun2 lah diet kan..so clean everything with the Teh 'O'..yg betul2 '0' tau..no sugar no milk..hehehehe..

SpeCiAL EnTrY : Happy WoMen Day To U n ME!!

Pic dr En.Goo

Hari Nih 8 March 2011..iailah Hari Wanita Sedunia atai International Women Day!!I wishing all the women outhere..May you always be Bless by Allah with good health, prosperous life and rezeki yang melimpah ruah! :)

With Love

Monday, March 7, 2011

A weekend with the Fair, Seoul,Sinful and Entertainment

Fuhh..mau tercabut kaki berjalan..almaklum lah kan..usia pun dah bertambah..pulak tuh..lemak2 pun berkilo-kilo kat badan nih hah..baru berjalan sedikit mengah..tapi xtvt begini bagus juga..sekurang-kurangyer..terbakar babat2 tuh sikit..bukan kah "a 2-3 hour window shopping can burn at least 1000kcl of the calories?" tapi nih bukan adegan window shopping dan ini juga bukanlah adegan jalan2 2-3 jam..tapi nih jalan2 selama 10 jam!! mau tak tercabut kaki nih? Hahaha..tapikan sekali sekala..hati pun puas dapat barang2 yg dihajati..tujuan xtvt hari ahad kita pada minggu ni ialah menjelajah..PC Fair yg diadakan di Persada Johor Bharu..memang padat..sesak..parking pun susah..hampir 200 meter juga jarak nak jalan kaki tuh..tapi semangat punya pasal..diharungi jua..


Tgk manusia2 nih..nak jalan pun susah..mcm jln dlm pasar malam plak..misi mencari benda2 yg hendak dibeli ..hihi

Tu dia..PC Fair skrg..siap ada cabutan bertuah..hadiah utama dapat keta!! cubalah..mana tau rezeki..ahaks..

Selepas 3 jam dlm PC Fair..kita layanz selera plak di Seuol Garden @ CitySquare Johor Bharu..melegakan urat2 kaki yg penat berdiri..lepas nih selingan nyer banyak lagi..sebelum balik rumah...melawat pasar karat dan supplier CD cetak rompak ku..tapi yg tuh tak yah tunjuk pic kat sini lah yerk..


Ha..nampak tuh..hasil dr jalan2 hari nih..POKAI!!!

Friday, March 4, 2011

Get AWAy



Nice place for sitting down..enjoy scoop of ice cream..and a muffin perhaps..arrghhhh Heaven!!

Wednesday, March 2, 2011

ThE DaY WheN I SpeECHLeSs

What Im doing? Facebooking , blog hopping looking for the new recipes and copy down in my little notebook.

Tuesday, March 1, 2011

DeaTh by ChoColate Cake

Selamat Ulangtahun untuk kakak dan abg ipar ku!!! Semoga kalian sentiasa diberikan kesihatan yg baik..rezeki yg bertambah..dan sentiasa berbahagia disamping keluarga yerk! Tahun nih..minta maaf lah sbb sekali lagi tergesa2 mencari hadiah last minit..jadi harap suka lah dgn hadiah yg kita beri tuh yerk..seperti biasa..seperti tahun yg dulu..kita punya part..tolong sponsor kek hari jadi tau. :).


Sebenarnya termasuk kali ni dah 3 kali haku buat kek yg begitu sinful chocolatey nih..mmg sedap.! tapi untuk kali nih..haku sedikit menderhaka..sikit jerk..sesekali ubah selera.Resepi nih amik dr MsDayat dr MYR..terima kasihlah kerana berkongsi resepi yg mabeles nih ye sis!

Dan pelakon2 tambahannya......

Vanilla Cupcake from A baked Creation

triffle Istimewa dr Abg Mat Gebu kita..:)) pun sedap banget..among the hit for the day!!

Kemilau cahaya lilin..menanda usia..ucapan diberi..hadiah diulur dgn tulus ikhlas


Selamat Hari Jadi Kak Uda dan Abg Ajis!!!

YaNg SegERA diSeGerAkan LaGI!!

Speechless Tuesday!! Haiz..hari nih kesihatan kurang sedikit..letih badan ..asyik bertemankan si "bilik kecil"tapi hari nih macam lega sedikit..semalam terus tak boleh bangun!! Bila sakit2 begini terasa sungguh tekak nak makan maggi goreng..kalau ikut rasa memang sgt malas..tapi ku gagahi juga demi memenuhi rasa tekak ku ini..ahaks..layanzzz!!!


Adegan menghabiskan stock sebelum tomato2 cherry ku itu monopos didlm peties :))



Yg tersayang tolong makan sama ye..utk haku makan seikit sekadar melepas keinginan cukuplah..Alhamdullilah.