Monday, June 27, 2011

When Chelsea Win the Game and Upin & Ipin is the Winner!!!

Fuhh lama tak hapdet blog kan..BZ!! main game kat facebook..ahaks..ok kita layanz pic tempahan minggu nih yerk..excelikan..ader bebarapa tempahan tuh yg betul2 terlupa nak amik pic dan upload.Sign of age..ahaks!! Oooo sungguh kenangan membuat tempahan ini..hahaha..This time around haku menempah dr supplier E.I yg baru..Fast service..end prduct pun cantik!! mmg puas hati..lepas nih boleh masuk order lagi..bila kita dapat supplier yg boleh bg kita harga murah kita pun bolehlah beri harga murah pada pelanggan kan?? Ok yg kek Upin Ipin nih request kawan satu U dulu..utk celebrate bufday anak sedara nyer yg ke-2 tahun.Thank you so much utk tempahan nyer tuh yerk..alahai..keian haku dah tersalah buat plak..dia minta kek 2kg haku terbuat saiz kek 1 kg++ ..nanti kita kautim refund duit tuh yerk.Kek nih haku buat sponge cake ikut resepi dr blog kak Noraini


Kek yg ke-2 nih ditempah oleh Kak Eza..Ini consider regular customer nih..dah banyak kali beliau menempah dr haku.Thank you sis..masa buat kek nih..haku cam sakit mata tgk logo Chelsea tuh lelama (almaklum kita sokong MU) hahahaha..tapi xperlah kan..dengar2 lepas nih nak order kek dgn E.I MU?? Boleh2...no hal.Untuk kek Kak eza nih dia request kek butter sahaja.So haku follow kek butter dr resepi Kak Zati..penulis novel dan bakers yang terkenal tuh..Pssst2..BC kali nih pun ikut resepi BC dr Kak Zati jugak.Kata Kak eza...ramai yg suka makan "rumput" tuh..urm.. :)

Thursday, June 16, 2011

FresH CReam

Salam semua!!

Lama nyer tak hapdet kat sini..huhu..manyak bz lah..mcm2 perkara kena settle dulu..almaklum..haku nih cuma part time blogger jerk..ahaks..hari nih nak share pasal fresh cream yg kita sapu kat kek tuh..cilok dr blog Resepi Noraini..pic pun amik kopi kat situ..bukan nak plagiat..sbb ni untuk rujukan ku dimasa hadapan..gituh..Pada kak Noraini..minta izinnya yer..sapa kopies bebulat nih.Terima Kasih



All about fresh cream
Sumber : Kak Noraini ( Resepi Noraini)

1. Fresh Cream ini perlu disejukkan, bukan dibekukan.Ia pekat dan boleh terus dituang ke dalam mangkuk adunan.
2. Krim yang telah diputar boleh bertahan dalam peti sejuk selama 4 hari.
3. Goncangkan kotaknya sebelum dituang dan isikan hanya 20 % dari saiz mangkuk pengadun supaya mudah diputar dan tidak terlalu penuh.
4. Putar dengan kelajuan sederhana dengan alat whisk (bulat)selama 5 minit sehingga terbentuk puncak yang lembut(berekor).
5. Jangan diputar terlalu lama kerana krim akan keras dan kering. Ia akan susah disapukan pada kek dan tekstur krim menjadi kasar.
6. Jika terlebih putar, masukkan sedikit krim yang cair dan putar semula kelajuan perlahan sehingga ia menjadi lembut.
7. Semasa menyapu krim pada kek, simpan lebihnya dalam peti sejuk supaya tidak kering dan kasar.
8. Setelah siap menyalut dan menghias, terus simpan dalam peti sejuk. Keluarkan hanya apabila hendak menghidang.
9. Krim yang lebih boleh dimasukkan dalam bekas plastik dan simpan peti sejuk.Kacau semula adunan apabila hendak digunakan.
10.Krim ini juga boleh diwarnakan mengikut warna disukai.
11.Sebaiknya,kerja-kerja menghias dengan krim ini perlu dilakukan di tempat sejuk, supaya krim tidak mudah rosak.