Monday, September 14, 2009

MajLiS BeRBuKa PUaSa 2009

Selamat Sudah majlis berbuka pose di rumah..Fuhh...kerana memenuhi permintaaan kek raya..maka menu berbuka ku pilih yg simple..lagi pun musim panas..bubur nasi menjadi menu..Senang nak memasak nyer

Bubur nasi nih berlaukkan kangkung goreng belacan, telur masin, gorengan ikan bilis + kacang tanah + lobak masin (cepo) dan bawang, sosej, kentang goreng dan nugget ayam ( ni melayan selera anak2 sedara)


Sebagai pencuci mulut pisang berangan..air plak teh 'o' je lah sbb org yg sponsor air dtg lambat..

Ni dia..penuh ruang tamu dengan anak sedara dan adik beradik yang lain..riuh rendah..rumah yg sememang nyer kecil nih terasa sempit benar..:)).
Tetamu penuh sampai ke pintu...

Ha..ini yang paling aku suka nih..bila majlis tiba di penghujung..setiap keluarga akan membawa pulang beg goodies hari raya dari ku.Dlm beg nih terisi souvenier birthday ku yg dari bulan January terkandas nak memberi, coklat, kuih raya ( kata nak raya) dan air botol berkarbonat..yang gegelung tuh plak untuk anak2 sedara ku yg pompuan berempat tuh..suka benar dapat sorang satu..kat rumah aku juga diaorg dah mengetes bergelek..Jgn kata anak sedara..mak sedara bapak sedara pun sibuk nak bergelek dengan gegelung tuh..yg anak sedara lelaki semua dah pandang aku ..tanya bahagian mereka..dengan selamba aku berkata..korang punya turn raya nanti..semua dah tukar kaler muka memasing..:)) ( mendengki anak sedara) kena pk apa yg sesuai nak bg untuk boys ni semua..For all my bro and sis..thank you for coming and Salam Eid





No comments: