Showing posts with label Cheesecake. Show all posts
Showing posts with label Cheesecake. Show all posts

Friday, October 28, 2011

SeKaDaR MeLEPas KeiNginAn TeKak..

Today Im just speechless.

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Monday, September 19, 2011

A SiMPLE bLuEBErRy ChEEsECaKe

Assalamualaikum..

Fuhh..akhirnyer tertunai sudah hasrat hati nih..setelah disogok dgn gambar2 cheesecake dr FB sahabatku Shasha nih...Since dia beritahu senang je nak buat cheesecake nih..haku pun terasa nak mencuba..sebab..haku nih kan mmg minat keja2 yg ringkas..main lebur semua dlm blender lepas tuh bakar...siap..makan!! Mmg mudah nak membuat..rasa pun boleh tahan..tapi haku derhaka sikit bab penggunaan yogurt tuh..haku guna perisa blueberry..cari fresh blueberry kat Tesco tuh takder plak..ishk...tuh yang warna dia tuh kurang nak pepel...kalau tak kerana topping blueberry tuh..mungkin tak tahu nih cheesecake apa flavor kan??

Thank you Shasha for promoting this lovely recipe..Recipe asal dr Biduri MYR..ramai gak yang dah cuba membuat..feedback pun nampaknyer meyakinkan..jadi kepada sesiapa yang baru nak belajar membuat cheesecake yang mudah..no fussy...boleh cuba resepi nih yerk...:)



A Simple Blueberry Cheesecake

Sumber : Simple Cheesecake by Biduri MYR

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt (haku guna yogurt bluberry flavo)
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dg n butter ata u alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit

  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah l etak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
(Haku guna waterbath method : Balut bawah springfoam dgn aluminium foil kemudian
tuang air panas kedalam dulang pembakar )
  1. Bila sejuk simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Eat with your own risk yerk..mmg tinggi kalori satu slice ni..lepas makan satu slice nih..kena jogging satu taman lepas tuh kena tekan tubi 100 kali ..kena berenang 30 minit..fuuuhhh...

Thursday, December 9, 2010

OreO CheEseCaKes

AsSalam..ooo hari nih hati sedang berbunga2..ehem2..nak sambut hari istimewa..eceh2..tapi tuh jap lagi ader special N3 untuk event hai nih tau..nih nak kongsi..Cerita Oreo Cheesecake nih..exceli tak plan langsung nak buat benda nih..kes anak sedara dtg melepak kat rumah..belek 2 buku resepi yg bertimbun dlm basket tuh..dia ternampak pic Oreo cheesecakes nih..merengek nak suh buatkan tu jam gak..haiz..ader lah oreo sepeket..creamcheese plak aderlah 3/4 jer...boleh lah tuh yg nampak tipis bebenor cheesenyerkan..buatkanlah gak..asal dapat melepaskan kehendak org nak makan nih..haiz..pantang lah kalau org cakap nak makan..mesti rasa bertanggungjawab nak buat kan..tak sampai hati..kot kempunan plak anak orang nih kan..hahaha..resepi pun simple jerk..buat version tak payah masak punya..
lagi senang keja maksunyer kan..dah siap tuh tepek kan blueberry kat atas dia..mmg sekali hadap licin semua..hahaha..bagus..senang hati kalau apa yg kita buat tuh ader org nak makan kan..nanti maksu buat cheesecakes lagi ye anak2..Muaahahaaa

Saturday, May 8, 2010

Happy Birthday To YOu!!!


Terima kasih lah pada Bella yang selalu memberi sokongan .Tak putus-putus tempahan drnya yg ku terima.Alhamdullilah.Walau yelah..haku nih bukan lah pro sgt dalam bidang bakery nih..amateur pun idak..beginner lagi..Tengok saja hasil nya..masih comot..masih jauh jika nak dibandingkan dengan hasil dr sifu-sifu yg sudah lama bertapak..Tapi masih diberikan kepercayaan dan kerana berpegang kepada kepercayaan itu maka menjadi tanggungjawab ku mencuba menghasilkan yang terbaik.Pada Bella haku berharap menerima kekurangan ku seada nyer yerk..Jangan serik..order lah lagi..Ahaks!! untuk kali ini lagi2 Bella request cheesecake.Satu untuk bithday dan satu lagi untuk dibut makan-makan.Siapa kah itu Mira??Hapa pun aku mengucapkan Happy Birthday Mira!! Semoga panjang umur ,diberikan kebahagian dunia dan akhirat, kesihatan yang baik dan berjaya dalam pelajaran yerk.


This time haku ubah corak jadi spider web plak..tapi spiderman nyer hilang entah kemana....

Friday, April 30, 2010

A Cup Of Love A Token of FriendShIp

First of all...Peace be upon you..:) Salam Jumaat penghulu segala hari..hehe..gumbira didalam hati beta..yang tersayang dah pulang dr outstation..hehe..takder lah rasa sorang-sorang lagi..ahaks..so b darling...Welcome back..:))Sebenarnya.. kat office haku tuh ader new QS..so sibuk-sibuk cerita pasal baking membaking nih..aku terasalah nak buatkan dia sesuatu..a token of friendship..kindda welcome her to the office..hahaha..benda yang lama sungguh haku tak buat sejak balik JB..yelah dulu ofis besar..offismate bertukar ganti..so ader sahajalah makan2 meraihkan staff baru atau pun farewell party.Ditambah dengan yang tersayang balik hari nih..dan juga sebab asyik baking untuk customer..tekak sendiri nak merasa juga..jadi mood aku tuh pun bersemangat habislah yerk..Resepi Marble cheesecake ni dah ader resepinyer kat dlm blog nih..kalau nak tgk atau cuba buat klik sini..

Versi kali nih haku tak mau buat sebiji besar2..sesah nak bahagi2..buat dalam version cupcakes..kira nih mini marble cheesecake lah yerk..Senang dan mudah nak makan kan.Macam-macam gaya deco yang haku buat..sajalah suka-suki..:)

Bentuk standard lah ala-ala logo MAS..hehe..

Ader juga version blueberry cheesecake..

dan..Version..You are my itsy bitsy tiny winny..yellow polkadot bikini...(lama tak dengar lagu nih..)
:)) Enjoy!!

Tuesday, April 20, 2010

MinGGu TempaHAn Cakes!!

Fuh.. Minggu nih aderlah minggu yang begitu mencabar minda dan tubuh badan ku ini..Mmg menuntun masa dan tenaga..Jika begini kehidupan seorang baker..aku mmg tabik spring pada home bakers semua..fuhh..dari hari Jumaat lagi aku dah bertungkus lumus ..planning untuk pesanan dari Bella nih..terima kasih lah pada Bella kerana memberi kepercayaan sepenuhnyer pada ku untuk membuat 2 biji kek sempena majlis pertunangan kawan baik nya.Kerana kek nih nak dihantar pada hari Sabtu..malam Jumaat lagi kek semua dan siap dibakar.Sebiji Cheesecake dan sebiji Choc.Moist Kukus.Subuh bangun buat coklat ganache dan siram kat atas kek Choc.Simpan dalam peties.Cadang tuh nak decorate pada tghari Sabtu bila balik kerja.Perfect Planning. Tiba-tiba SMS berbunyi.....jeng..jeng..Bella tambah order..alhamdullilah..2 biji cheesecake..1 cheesecake untuk birthday dan 2 CMC..Fuhh..didalam hati..boleh ke aku siapakan semua nih..nasiblah order tambahan ni nak amik hari Ahad.Balik kerja bergegas ke Tesco beli barang kek .Balik rumah terus ready nak menghias kek..ingat nak cuba menghias kek dengan coklat modelling..tapi coklat ku tak mencapai tahap konsistensi yg menepati piawaian..ahaks..akhirnya..bancuh buttercream dan ini lah ..hasilnya..kek coklat nih digunakan pihak perempuan untuk diberikan pada pihak lelaki.




Untuk pihak perempuan pulak kek cheesecake..Bila masa dah time untuk delivery..hujan turun dengan lebat..biasalah sekarang mmg musim hujan petang kan..dalam hati takpe..boleh call teksi..tup... aku takder kredit!!! cis.. penyakit gelabah ku datang..sapa nak tolong nih..kedai jauh nak menopup..arrghhh...nasib ader Active10..Terima kasihlah sahabat ku yg jauh di Shah Alam nun..tolong menopup kan..hehe..jauhnyer aku minta tolong..call cab..dan deliver kek ke Taman Rinting dalam hujan lebat..balik semula kerumah dan start again untuk order Bella untuk hari Ahad.


Happy birthday Diana dan Congratulation untuk Mahani.Terima Kasih untuk Bella diatas kepercayaan mu kepada ku..Jangan serik yerk..minta maaflah untuk mana-mana yang terkurang..:)

Wednesday, April 14, 2010

MArble CheeSeCake

Alhamdullilah..Masa mula2 buat cheesecake ni..berdebar sesangat..almaklum tak pernah buat ..pertama kali dalam hidup..asyik mengintai oven jerk..bilalah nak masak..macamana dia jadi..hehe.. bila dah masak tuh..wollahhh..enak banget..tersenyum puas sampai ke tinger..tapi kisah beberapa bulan yang lalu..hari nih aku ulang tayang resepi nih semula..pssstt..dah dapat tempahan untuk ciskek nih pun..Alhamdullilah..terima kasih lah kepada yang sudi merasa air tangan ku ini..resepi nih mula2 nampak didapur Rinchan tapi rasanyer tuan empunya resepi ni dr dapur kak Jasmeen..lepas tuh nampak plak kat dapur kak.Nor..di dapur CMG pun rasa nyer ade jugak..whoooa ..mesti lah hebat resepi nih kalau didapur pakar2 memasak semua nyer dah pernah mencuba.Resepi nih haku amik dari dapur Rinchan

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor (guna 1 cawan )
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Ni antara tips yang aku dapat tentang ciskek sebagai panduan di masa hadapan:-
1.Bakar ciskek pada suhu yang rendah contoh dlm resepi nih 175 celcius aku bakar guna 150 celcius dengan masa 30 minit.Ini adalah untuk mengelakkan cis bertukar menjadi kekuningan kerana suhu yang tinggi.

2.Cucuk dengan lidi untuk test ciskek.kalau yang melekat kat lidi tuh cis yang terlalu cair..sambung masak..tapi kalau yang melekat kat lidi tuh cis yang kelihatan berbentel..tuh tanda nyer ciskek dah ready.

3.Sewaktu memotong ciskek celup pisau bersih dalam air panas sebelum memotong untuk menghasilkan potongan yang kemas dan bersih.

Yang ni sajalah aku tukarkan corak lorek nyer tuh..siap dibungkus untuk Cik Nana yang menempah..terima kasih yerk.