Saturday, December 31, 2011

ThE LaSt BuT NoT LeAst and A HaPPy NeW YeaR!!


Happy new year to all...semoga sentiasa success in good thing you do and apa azam tahun baru?? as myself oooo I still have a long azam yg masih tak tertunaikan..InsyaAllah..but this coming year I hope and pray everything yg haku hajatkan tuh akan tertunai..more baking project next year?? absolutely!! as the end of the day of 2011..Haku nak share kan fews my baking project yang tak sempat nak post.. :)


My very humble Marble Cheesecake..yg belum dideco..thank you Kak Rima for the recipe..siap dapat tempahan lagi!! :)


Marble Cheesecake yg dah kena deco!! For my nephew birthday!!


A birthday cake for a baeutiful young woman!! A triple chocolate cake!! resepi gubahan dan olahan sendiri..sangat yummy dan tinggi kalori!! eat with your own risk!


A farewell chocolate cake!! we always have a best year during the school time kan?


It been 6 year we're together now...another level this coming year perhaps??


My popcakes....adegan tension menghabiskan kek bantat!! sedap


This cake is really yum!!Dont judge a book by it cover..mmg haku tahu kek nih tak berapa nak jadi dr segi rupa paras dan deco nye..but i tell you kek nih mmg sedap..Thank you kak hanieliza for this super recipe and to kak Azlita for the sharing

I love this cake to the bit!! I cant keep myself from smiling at last I did it!!My very own Angry Bird cake...

Thank you all for your support..for my visitor, reader..my follower..my sifus..(owner blog masak2) thank you for your good sharing..and for my frens..thank you for always be there for me..and untuk yang tersayang..thank you for everything..AND..for my best fren...congratulation..take care..See you guys in 2012!!

~end of 2011~

Tuesday, December 20, 2011

MeE KoLoK - SaRAwAK's CRuiSINe

Assalamualaikum

Will start my words today with Bismillah.It been a long time!!! Bila angin 'M' melanda..jadi blank...Im sorry for all my readers and followers..Ok Will cut it short.

Nak cerita pasal mee kolok nih..actually I never know wujudnyer mee kolok..hahaha (katak bawah tempurung) yang tersayang lah sibuk suruh mencari resepi nih..dia kata hari tuh dia follow bos dan bos makan mee kolok..tapi unfortunately non-halal katanye..so bila haku cari..jumpa kat blog kak Dayang Jack nih..terus salin resepi..tapikan sian..yang tersayang kita tuh..lama dia minta..resepi pun haku dah ader..tapi tak terbuat2..hinggalah minggu lepas masa we all had breakfast kat Hutan Bandar tuh dia order mee kolok..mee tuh terus direndam dlm kuah sup ala2 sup nasi ayam tapi ader letak kicap sikit..then top dgn taugeh..isi asam..sambal..tu je..Bila rasa...mcm nih ke rasanyer..mcm makan mee maggi dlm sup jerk..ye ker rasa mee kolok mcm nih?? I think tuan kedai tuh tak pandai buat mee kolok!hahahha..Memandai je haku bagi prediction..walhal that the first time in my life makan mee kolok..so mcmana Tahu org tu pandai buat ke tak kan?

So I decide to make my own..so semalam balik kerja terus menjalankan misi membuat mee kolok nih.Cuaca plak dingin2..hujan seharian ..makan yg panas2 begini mmg cap jempol..Bila siap terus suh yang tersayang makan..dia kata " Haaaaa camnih lah mee kolok yang hari tuh my boss makan tuh..sambal nyer kat luar..sup nyer kat luar...rasa dia..SEDAP!!".Fuuuhhhh lega..bila makan..memang rasa lain sgt dgn yang makan hari tuh..Tapi tak tahu lah kalau betul rasa mee kolok mcm nih..sbb tak pernah rasa yg ori dr Sarawak kan..tapi kalau dapat puaskan hati yang tersayang tuh..MEMADAILAH!



Resepi Mee Kolok Basah
by : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 200 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8-10 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • minyak masak secukupnya
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
  • 1 sudu makan cuka

Cara-cara
  • UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
  • UNTUK MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
  • UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
  • Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

****kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)




Boleh tgk kat sini gak yerk.

Wednesday, November 23, 2011

MarBLe CrUmBLe CaKe

Assalamualaikum..

Minggu nih cuti sekolah dah bermula kan? tentu bz suri2 rumah sepenuh masa nih asyik..masak menu yang best2 untuk anak2..Tapi kan seronok juga .Ini lah masa kita nak test resepi..ader food tester kat rumah..tak takut makanan tuh menjadi santapan "En Tong" hahaha..cerita pasal resepi baru nih kan..hari tuh masa tgk Kak Azlita tayang kek Malteser dia tuh..waduh... leleh2 air liur...so kat situ dia mention kan resepi tuh amik dr mana..rasa nyer dulu mmg pernah terjah DailyDelicious nih..tapi masa tuh ntah ek..terlepas pandang kot...kali nih..bila terjah lagi..terus bookmark!! terus like kat FB dia..hahaha..terus cilok resepi dia juga!!!

sebenarnya hari tuh ntah hangin apa haku memborong whipping cream kat Tesco..sekali tengok rupa2 nya whipping cream tuh bulan Disember nih expired!! kalau tak ku gunakan dlm resepi2...mau berkulat nanti ..jadi..antara misi2 nak bagi perabih whipping cream nih..mula tuh haku dan buat coklat ganache.. lah nih buat marble crumble cake plak..ooo mmg betul apa dikata..this is just what i need!!! This is superb recipe..surely will make bake it again!!

Kalau masuk kat blog Dailydelicious nih..mmg best..sebab dia tunjuk step by step dia..at least kita boleh visualize mcmana nak buat kan?? so dah jadi rutin nak jengah blog nih tiap hari..godek2 resepi..:)



Marble Crumble Cake
Source : dailydelicious

Pan size : 15 x 15

Crumb topping

85g Plain flour (all purpose flour)
8g Cocoa powder
50g Brown sugar
50g Butter

Cake
115g Sugar
115g Butter
2 Eggs
1tsp Vanilla extract
115g Plain flour (all purpose flour)
1¼tsp Baking powder

65g Dark chocolate, chopped
60ml Whipping cream (divided into 30/30)

Preheat the oven to 180°C
Line the pan with baking paper.

Make the crumb:

Mix all the ingredient together until it looks like bread crumbs.
Set aside until ready to use.

Make the cake:

Beat the butter with sugar until light and fluffy, add the vanilla extract and egg beat to combine.
Sift the flour with baking powder and add half of it into the butter, fold to combine, follow by 30ml of whipping cream, fold to combine.
Add the rest of the flour , fold to combine.

Melt the chocolate with 30ml of the whipping cream.

Scoop 1/3 of the cake batter into chocolate and mix until combine.

Pour both of the batter into the prepared pan and use a tip of knife to create a marble effect.

Put the cake into the oven and bake for 20 minutes, sprinkle the crumbs on top of the cake and bake for another 20-25 minutes or until toothpick insert in the center of the cake come out clean.



Kalau makan cake nih..macam susah nak stop..nak makan lagi..dan lagi...betul!!! sedap!! lepas nih nak cuba apple crumble dailydelicious nih plak!!

Tuesday, November 15, 2011

LemPenG TeLur IkAn SemBiLanG-MenGamiT NosTalgiA

Assalamualaikum...

Result UPSR dah nak keluar..tahun nih 2 org anak sedara terlibat..nampaknya dua-dua tuh berkeyakinan dapat keputusan yang cemerlang..Bagi maksu nyer nih..tak kisah..apa pun keputusan..tetap membanggakan..kerana haku telah melihat sendiri bagaimana mereka berusaha mengulangkaji pelajaran.Afterall UPSR hanya sekadar UJIAN PENILAIAN..banyak lagi peperiksaan besar yang bakal mereka tempuhi .Whatever the result Im proud of you! :)

Teringat dulu masa zaman haku mengambil UPSR..mmg tak senang hati sungguh..dulu hanya 4A shj.. bila time nak jawab BM dan MATH..senyum sampai ke telinga..kacang...! bila turn paper BI..terkedu sudah..almaklum..dulu sekolah kampung..penguasaan bahasa tuh lemah..tetapi alhamdullilah berkat guru2 yang mendidik.Bangga juga bila result keluar..tak sangka haku boleh mendapat keputusan yang secemerlang begitu..Terima Kasih cikgu!!

Bila dapat result haku balik beritahu kepada arwah mak dan bapak..walau mereka tidak memuji (mmg hampa) sbb haku mengharapkan pujian mereka....dan ketika haku mendapat keputusan2 peperiksaan besar yang lain pun haku jadi acuh tak acuh memberitahu mereka kerana haku tau mereka tidak akan memuji..(frust) tapi akhirnya haku mengerti..mereka sebenarnya berbangga..dan bila aku mengingati semula semua itu haku perasan setiap kali haku memberitahu mereka kejayaan haku..mak akan masakkan sayur petola goreng kegemaran haku! Mana ada ibu bapa yang tidak berbangga dgn kejayaan anak2 kan? haiz sayu plak jadi hati nih..:(

Dan antara kenangan dan nostalgia itu haku share kan satu resepi keluarga..Menjadi anak nelayan nih mmg mewah dgn makanan laut..Dulu rasa jemu dan jelak menghadap ikan segar..Udang..Ketam..sotong..yang mengelitik2 lagi.Terasa nikmat kalau menghadap daging atau ayam..Jemu setiap hari makan..ikan asam pedas sembilang.. lemak cili padi ikan kitang..atau sambal ketam..tak pun lempeng udang ( sampai haku berniaga kat sekolah lempeng udang nih) hehehe..sekarang bila trasa nak makan semua nih..mmg payah lah..mana ada ikan yang segar dr Tesco..dah bertahun2 haku rasa haku tidak dapat lagi menjamah lempeng telur ikan sembilang nih..haku tidak dapat mengingati bila kali yang terakhir.. haiz...nasib baik lah seorang abg ku ini mengikut jejak dan kemahiran arwah bapak yang pandai turun ke laut..akhirnya dengan rezeki Allah..tertunai hasrat hati nih.

***Dah macam cerita batu belah batu bertangkup..ngidam makan telur ikan tembakul (sembilang)



Lempeng Telur Ikan Sembilang

Bahan-Bahan
Approx. 100gm telur ikan sembilang
1 1/2 cwn nasi sejuk
1 labu bawang merah besar
3 batang lada kecik (ikut tahap kepedasan yg diingini)
Garam dan bahan perisa.

Cara Membuat
1. Cuci bersih telur ikan, guna penapis santan..asingkan telur ikan dengan kelonsong.
2. Tumbuk lumat bawang dan lada..Gaulkan dengan nasi sejuk
3. Masukkan telur ikan kedalam campuran nasi dan perisakan
4.Panaskan minyak kemudian goreng seperti kita mengoreng lempeng biasa
5.Hidangkan.



Learning Edible Art?

Thursday, November 10, 2011

A PaNNaCotTa : The SiMpLe DesSert

Assalamualaikum..

Aduhai..2-3 hari nih pegel linu memanjang..mana tak nyer musim pun sejuk2 jerk..seronok betul kalau dapat mengulit2 dgn bantal dan selimut..tapi melayan angin M nih mmg best..tapi kan..takleh jugak!!! kena rajinkan diri baru ader semangat!! hahaha..banyak lah n3 tertunggak..aduhai..line tenet pun slow motion jerk..nak upload pic pun makan masa..( alasan..)

hokey2 nak share satu resepi pencuci mulut yg manyak sedap oo..dr sifu masak memasak yang tersohor..tabik kat Kak Nor nih..resepi2 beliau dah banyak tersiar dlm majalah2 terkemuka tanahair..Tumpang bangga!! Kak Nor nih mmg bijak mempelbagaikan version pannacota nih..ader manggo ader laici..ader peach..Ni sebab haku nak habiskan stock kiwi dlm peties..sebelum monopos..kita buat dessert yang sedap..alhamdullilah..dapat dlm 6 cawan satu adunan nih.. kebetulan kakak ku dtg bertandang dgn anak sedara serta bf nyer..dapatlah haku hidang bagi depa merasa.feedback :------CAP JEMPOL!!! sedaplah tuh nama nyer!



KIWI PANNA COTTA
source : Gert (Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

** updated:
K.Nor lupa nak mention yg K.Nor ada masukkan 3 sudu besar gula masa blend kiwi.
Ni supaya puri kiwi yg dihasilkan tak terlalu masam.

*****Kak nor kata..kalau nak warna hijau kiwi tuh mengancam..titik kan sedikit pewarna hijau dlm puree..nampak tak puree kiwi haku tuh warna dia dah lebam..hehehe..



Lepas nih kan rasa cam nak buat Coffee Pannacota with Palm Sugar..apa rasa dia ek?

Tuesday, November 8, 2011

A SteP to HeALthiEr LiFe : FruiTS PaSTry

Assalamualaikum..

Alhamdullilah..minggu nih angin M sedikit terbang jauh dr diriku ini..haiz..bersawang dapur kedua nih..ni masuk kemas2 sikit..ingat nak tukar langsir ke kapet ke..sakit pinggang plak..tangguh dulu lah..hehehe..

Masih ade lagi kan kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.Tentu minggu ini banyak dapur dipenuhi dgn resepi2 daging korban..Tahun nih ramai yang buat korban ker? semoga Ibadah korban tersebut diterima.

Tahun nih belum ader rezeki lagi nak buat korban.nantilah InsyaAllah..kalau diberikan rezeki..tahun depan.

Kali nih beraya haku mmg plan nak bake kek nih..excelikan projek nak baking kek nih sebelum raya lagi..tapi asyik tergendala je dgn hal2 yg tak dapat dielakkan..Alhamdullilah..tertunai juga hasrat nak buat. I bake 2 cake..tapi satu cake lagi nantilah next n3 haku tunjukkan yerk.

Fruits Pastry Cake
Sumber : Kak Rima Bisous A Toi

Ingredients
100g Butter, soften at room temperature
200g Caster sugar (I cut down to 180g)
50g Sour cream (2 tbsp) (I used low fat yogurt)
3 Eggs, lightly beaten
1 tsp Vanilla extract
1 tsp Lemon or orange zest (i used lemon)
210g Plain flour - sifted
1 tsp Baking powder (I used double acting baking powder)
500g Fruits tossed with 2 tbsp sugar
(You can use strawberries, blueberries, peaches, bananas, pearls, apples, pineapple, or any other fruits that are not too juicy.) - I used grapes, apples, bananas and prunes.


Method:
- Wash, cut (chunks or slice as desired) and drain fruits, toss with sugar (if desired) and set aside. (if using canned fruits, wash the fruits to remove syrup, omit the sugar).
- Grease with butter and flour the side of a 9" round pan or a 8" square pan and line the base with parchment paper.
- Cream butter, sugar and sour cream till light and fluffy.
- Dribble in the eggs gradually and beat till incorporated in the batter. (The mixture appear slightly curdled)
- Add vanilla extract and zest.
- Dump in sifted flour and baking powder and continue to cream the batter with mixer until smooth. Pour batter into prepared pan and smooth out the top with a spatula.
- Arrange fruits on top, don't press the fruits down into batter. Decorate the fruits as desired.
- Bake in preheated oven at 180C for 60-70mins or until skewer comes out clean when inserted into the cake. Cover the top with foil in the last 15 mins of baking to prevent the top from getting over browned.
- Leave the cake to cool in the pan for about 5-10 mins. Unmold and transfere to wire rack to let cool completely.
- Dust the cake with some icing sugar if desired. (I used snow powder for dusting)




Inspired by Kak Rima punya version..haku lambakkan je buah2an tu semua.Kalau nak tgk version lain dr bloggers yang dah pernah buat kek ini juga klik sini, sini, sini, sini dan sini..fuhh I guess ramai juga yang dah buat.Sebab kek nih mmg sedap.Tak rugi mencuba. Selain perabih buah2 dlm peties..another version of pastry selain tart buah dan a good step to start the way you have your dessert.Healthier Dessert!!

Friday, October 28, 2011

SeKaDaR MeLEPas KeiNginAn TeKak..

Today Im just speechless.

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Thursday, October 27, 2011

MaRi KiRa 1 + 1 = 11..BeTuL TaK?


Alhamdullilah..hangin R dah mula bertiup sepoi2 bahasa..aduhai..punyalah berminggu mood nak menghapdet blog hilang entah kemana..banyak sungguh yg tertangguh nak dimasukkan dlm n3..nantilah satu2. Haku mulakan dgn n3 yang ini dulu..hah..tempahan birthday kek dr sahabat ku masa di U dulu ; Shadira utk anak dan anak sedara dia yang menyambut harijadi selang sehari. Im totally having fun baking and decorating these cakes!! Thank you Dira for your order.

Untuk yang ini Carrot cake dgn cream cheese frosting


dan yang ini pulak Choc Moist dgn buttercream.

Berat kek nih lebih kurang 7kg++..dengan saiz lebih kurang 13".Dira juga menempah 50pcs LollyChoc pelbagai bentuk dan warna.So Happy Belated Birthday to Balqiss and Happy Birthday Nabihah!!!

Tuesday, October 4, 2011

CreAMy ChoCoLate FroSTiNg

Assalamualaikum..

Aduhai..dua -tiga hari nih mmg lemau je rasa sendi2 nih..dengan cuaca yg sejuk2 rasa sedap kalau sekadar duduk bergumpal dibawah selimut..tetapi urusan kerja kena lah buat kan..jadi kenalah cergas2 kan diri dan minda..huhuhu..terpaksa...!

Minggu hari tuh selamat sudah haku membuat majlis rumah terbuka selepas har raya..Sekadar menjemput teman2 terdekat.jadi acara pada hari tersebut lebih kepada adegan makan2 dan lepak2 dgn kawan2 jelah..Kemudian pada Ahad nya..ahli keluarga ku pula dtg bertandang..anak2 sedara sibuk nak mandi manda di kolam..layanzz...pulak maksunyer nih belikan boya kaler2 kat tesco..hehehe..seronok lah depa main..takder nak rebut2 lagi.

Alhamdullilah juga..walau dgn kesibukkan majlis tuh haku masih menerima tempahan untuk cupcakes..cuma satu batch red velvet cupcakes tuh haku lupa plak nak ambil gambar..hehehe..penat dan terkejar sana sini sampai lupa nak amik gambar..takperlah..

Ok enuf of the rambling..hari nih nak share resepi untuk frosting cakes dan cupcakes..cedok dr Tracy Larsen dlm allrecipes.com

Mmg betul kata beliau..rasa tak terlalu manis..warna tidak terlalu hitam..dan so far frosting chocolate yg mudah disediakan..cuma haku derhaka bab butter tuh lah..haku ganti dgn krimwell.:)


By: Tracy Larsen all recipes

Ingredients

  • 2 3/4 cups confectioners' sugar
  • 6 tablespoons unsweetened cocoa powder
  • 6 tablespoons butter
  • 5 tablespoons evaporated milk
  • 1 teaspoon vanilla extract

Directions

  1. In a medium bowl, sift together the confectioners' sugar and cocoa, and set aside.
  2. In a large bowl, cream butter until smooth, then gradually beat in sugar mixture alternately with evaporated milk. Blend in vanilla. Beat until light and fluffy. If necessary, adjust consistency with more milk or sugar.




I frost my Red Velvet with it


And a Chocolate cupcakes


Even I used it to frost the carrot cake!! whoaa..say Im lazy.. but i tell u it worth it and it taste YUMMM!!!

Thursday, September 29, 2011

Kek LUMut


Kek Lumut
Sumber : Kak Dayang

Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "

  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)


Buat minum petang ngadap balkoni..sambil lepak2 minum dgn air Honey Lemon..haiz...Alhamdullilah..nikmat nyer hidup!!

Monday, September 26, 2011

IKan ToNGKoL GoReNG ASamJaWa

Assalamualaikum..

Ok tak mau cakap banyak2..Nih dia Ikan tongkol goreng asam jawa yang haku colet dgn sambal tempoyak tuh..First time buat cengini..sedap..dengar nyer kalau nak guna ikan2 yang lain pun boleh jugak.Haku copy resepi kat sini plak buat rujukan .


Ikan Tongkol Goreng Asam Jawa
Sumber : Kak Nor Secubit Garam
  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng
  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..



Ok..Lauk siap..nasi pun ader..Bismillahirrahmanirrahim....(Baca doa makan)

SaMBaL TeMpOYaK


Assalamualaikum

Whoaa..selepas minggu terakhir syawal..tentu penuhlah menghadiri jemputan rumah terbuka kan?tentu hari2 terakhir nih pun masih ramai lagi yang mengambil kesempatan membuat rumah terbuka..Alhamdullilah majlis sebegini mengukuh ikatan silaturahim sesama kita..Eh..eh..tapi ade plak yg menunjuk2 dan makan berlebihan..ishk..tak baik tau!!

Siapa kat sini tak makan tempoyak???Rugi woo..ini tempoyak..manyak sedap..masak dgn ikan atau daging atau dimakan sebagai pencicah..waduhh mmg memikat selera.Haku dapat tempoyak nih dr Mak angkat haku tu lah..sebalang dia tapaukan untuk anak angkut2 dia nih..terima kasih mak!!Selalu kan bila makan tempoyak nih..kalauhaku tak masak lemak cili padi ikan atau daging..haku makan tempoyak mentak yg dipatahkan lada kedalam nyer..lepas tuh colet dgn ikan goreng makan dgn nasi panas2..Tapi sesekali ubah selera..hari tuh seharian haku godek dapur kak nor tuh..habis haku selongkar resepi..Jadi ternampak resepi sambal tempoyak yang digoreng nih..whoaa..mmg adegan yg mesti dicuba!

SAMBAL TEMPOYAK by Kak Nor

Bahan-bahan:
10-15 biji cili api ~ dihiris dua( yang tak tahan pedas atau suka pedas boleh adjust lagi)
segenggam bilis halus ~ dicuci bersih dan ditoskan(haku guna udang geragau)
3 biji bawang merah ~ dimayang
2-3 sudu besar tempoyak

Cara-cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan hirisan cili dan bawang merah yang dimayang. Kacau sebati hingga cili dan bawang tadi juga hampir garing.
Masukkan tempoyak dan kacau sebati.
Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas bersama ikan goreng dan ulam-ulaman.

*tempoyak ini memang telah sedia masin, masam, lemak dan manis, jadi tidak perlu tambah gula, garam dan perasa.Haku colet dgn ikan tongkol goreng asam jawa.Next N3 for that..Fuhh..mmg berasap!!


Friday, September 23, 2011

The VeGan sUpeR MoisT EGgLeSS ChOcOLate CaKe

Assalamualaikum...

Whoaaa..mood 2-3 hari nih kan..lemah gemalai je rasa.. feeling nak tidur dan berbaring2 shj..sebab cuaca kat Johor nih tgh hujan memanjang..sejuk betul..tapi kan..minggu nih tak leh nak lemah gemalai jugak..banyak perkara nak buat..huhuhu..

Ok kalau nak ikut kan mmg sekarang nih kan ramai yang dah mempunyai kesedaran tentang pengambilan makanan yang sihat..kalau kita tgk makanan kat pasaraya tuh pun..disertakan label ttg kandungan calorie makanan..banyak juga yg keluar version "Less Sugar".."Less Fat" ader juga yg "No MSG added"..baguslah...kita sebagai pengguna nih ..kenalah sentiasa terapkan kesedaran ttg pengambilan makanan yang sihat..kurang gula, garam dan rendah lemak..Tau tak..kalau kek2 atau kuih muih yg menggunakan bahan2 yg jenis mcm nih..mau double harga dia dr harga kek dan kuih muih yang sama.

Bila haku blogwalking nih..haku ternampak resepi nih kat Dapur Kak Dayang nuh...nampak gebu sungguh...dan yg best nyer tuh..resepi nih hanya guna minyak sayur dan tiada penggunaan telur..satu kelainan..biasalah kalau yg biasa mau guna 4-5 biji tau..So kira kek nih bagus lah untuk yg vegetarian tuh..juga bila takder telur..dan guna minyak sayur nih..calori kek tuh rendah lah sikit.

Mmg plak masa tuh haku tgh hangin nak mengetest resepi2 kek coklat..jadi cuba lah buat kek nih..Dah 2 kali buat exceli..sekali tuh haku buat utk makan sendiri..then second untuk Birthday abg Ipar dan anak buah yg menyambut Birthday merekan dalam bulan September nih..MMg betul lah Kak Dayang tuh bubuh nama kek nih..SUPER MOIST..perghh..lepas simpan dlm peti sejuk semalaman lagi sedap makan..Ok Kak Dayang..saya copy resepi akak n paste kat sini plak..Thank you!!


Ni version buat utk birthday..Tolong abaikan deco tuh..sebab masa buat nih..haku cuma ader masa kurang 2 jam sahaja..jadi bab deco tuh mmg fail lah!! Haku anggap..inilah yg terbaik yg mampu ku buat utk waktu itu.

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Ok ni nak tunjuk..kemoist-san..kek itu walaupun dibakar..tapi kan ..haku tgh terpikir nih..apsal lah kek haku nih nampak mampat yerk..walau dah ikut resepi tuh bulat2..nampak nyer kena rujuk tips bakar kek kak Dayang tuh lagi..tu lah masa baca tuh sambil tidur..sapa suruh..hehehe..

Untuk Topping dia haku guna resepi yang nih

Chocolate Ganache
1 cawan susu pekat
1 cawan koko powder
1 sdb butter

Cara- cara.
Campur semua bahan-bahan dan masak diatas api yg perlahan..kacau hingga lbahan larut dan likat.



Ok yang nih..cadangan hidangan yang tak patut anda contohi..jika anda sedang berdiet!!tapi cam haku nih..sbb pk tekak nak makan..jadi..hahahhaa..alahai..sepotong je pun..


Birthday boys control hensem time potong kek!!! happy Birthday to my BIL and my nephew..Haikal..!


Urm...semua pun ber"peace" yelah2...Peace No war lah..

Wednesday, September 21, 2011

YaNg MeMBaZir ItU KaWan SyaITan!!


Assalamualaikum..

Hari nih kan bukan ker wordless?hahahhaa..xperlah just nak sharing sumting...Hari Isnin tu kan tgk kak Naz tuh pos kat FB dia puding roti marble..whoaaa berkenan sungguh..kebetulan kat rumah tuh tinggal 4 keping roti..lebihan sarapan dan buat pudding tembikai hari tu..Itu pun 2 dr 4 keping tuh kulit roti jerk..lagipun Isnin tuh ade marhaban kat rumah kak ngah ku..jadi balik kerja..terus aku buat puding roti ikut version puding tembikai hari tuh lah..senang je nak buat kan..

Ingat nak juga buat belang2 macam kak Naz tu buat tapi agar2 serbuk yang ader tuh..warna hijau lah plak..ooo layanz lah warna hijau terus..dan ini lah hasilnyer..

Semalam Kak nor buat puding roti jugak..guna acuan SM..whoaa cantik betul pudding ros tuh..bila lah nak dapat SM satu??Nantilah kalau ader rezeki..InsyaAllah.



Nak bawa bagi org kan..jadi tak lah haku potong dulu..This recepi is the keeper..mmg akan ku buat lagi dan lagi!!

Tuesday, September 20, 2011

HoMeMAde IcEd BLeNdeD - MiLo KiT KAt


Nih minuman senang banget mau buat..Just nak share idea..bukan hapa..kot2 sekali teringin nak minum..tak payah lah m eragau cari coolblog kan..boleh cuba buat sendiri dirumah..

Homemade Iced Blended - My Style

Bahan -Bahan

1 cwn Ice cubes
1 sudu besar air sejuk
2 sudu besar susu pekat manis ( tahap kemanisan ikut suka)
2 sudu besar milo ( boleh digantikan dgn serbuk mocha/horlick atau lain2 juga Jus concentrate kalau suka)

Cara Membuat
1. Campurkan semua bahan dalam blender.Blend sehingga halus..
2. Tuang dalam cawan dan tabur dgn serbuk milo dan hiasakan dengan coklat Kit Kat
3. Hidangkan.


Nota : Pastikan blender anda bersih dr bau cili..Jika berbau basuh dgn bersih atau perahkan limau atau cuka biarkan seketika..kemudian basuh seperti biasa..bau lada akan hilang.

Monday, September 19, 2011

A SiMPLE bLuEBErRy ChEEsECaKe

Assalamualaikum..

Fuhh..akhirnyer tertunai sudah hasrat hati nih..setelah disogok dgn gambar2 cheesecake dr FB sahabatku Shasha nih...Since dia beritahu senang je nak buat cheesecake nih..haku pun terasa nak mencuba..sebab..haku nih kan mmg minat keja2 yg ringkas..main lebur semua dlm blender lepas tuh bakar...siap..makan!! Mmg mudah nak membuat..rasa pun boleh tahan..tapi haku derhaka sikit bab penggunaan yogurt tuh..haku guna perisa blueberry..cari fresh blueberry kat Tesco tuh takder plak..ishk...tuh yang warna dia tuh kurang nak pepel...kalau tak kerana topping blueberry tuh..mungkin tak tahu nih cheesecake apa flavor kan??

Thank you Shasha for promoting this lovely recipe..Recipe asal dr Biduri MYR..ramai gak yang dah cuba membuat..feedback pun nampaknyer meyakinkan..jadi kepada sesiapa yang baru nak belajar membuat cheesecake yang mudah..no fussy...boleh cuba resepi nih yerk...:)



A Simple Blueberry Cheesecake

Sumber : Simple Cheesecake by Biduri MYR

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt (haku guna yogurt bluberry flavo)
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dg n butter ata u alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit

  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah l etak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
(Haku guna waterbath method : Balut bawah springfoam dgn aluminium foil kemudian
tuang air panas kedalam dulang pembakar )
  1. Bila sejuk simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Eat with your own risk yerk..mmg tinggi kalori satu slice ni..lepas makan satu slice nih..kena jogging satu taman lepas tuh kena tekan tubi 100 kali ..kena berenang 30 minit..fuuuhhh...

Saturday, September 17, 2011

UPsiDe DoWn PuDDinG TeMbiKai

Assalamualaikum..

Semalam sempena cuti Hari Malaysia..haku marathon bersilat kat dapur ..mengetest2 resepi yang tertunggak..kalau ikut nafsu..semua benda haku nak buat..tapi kan..haku buat yg termampu dan buat mana2 yang bahan2 tuh memang dah sedia ade stock kat rumah dulu lah..balik je kerja..lepas membersihkan diri dan berehat sebentar..haku mulakan dengan project Pudding tembikai nih..sebab nih yang paling mudah kan..lepas tuh..haku teruskan dgn projek Bluberry cheesecake..kemudian mengukus Kek Lumut..(this one super yummy!!) dan ku akhiri dengan project SuperMoist Eggless Choc.Cake..yang nih semua..nanti satu2 haku masuk dlm N3 yer..sabar2..

Ok cerita pasal pudding nih kan..dah lama haku intai..kejadiannyer..fuhhh ramai betul yang dah membuat..Resepi nih kan di popularkan oleh Kak Noorma..masa nih belum teruja lagi..lepas tuh nampak plak kat dapur Kak LinaPG..dia kata "tembikat takder biji nyer version"..lepas tuh kat dapur Kak IlahJY plak..,fuyooo pudding nih dia letak cincau plak....ok2..rasa dah teruja sikit..lepas tuh Anna Qawina plak buat..oooo tak leh jadi..then kak yatie dan Nieza pun buat..Ishk2..dan tak leh tahan bila tgk rupa kejadian pudding tembikai kat dapur kak Nor..dan Ijayuji..ok2 that it!!! terus salin resepi dan berazam nak membuat sendiri..alhamdulillah..tertunai hasrat hati nih..senang je membuat pudding nih..kalau nak buat makan2 pun ok..buat hantaran pun cantik gakkan..selain pengunnaan cincau sebagai biji tembikai tuh..kak nor dan Ijayuji guna bijan hitam..tapi haku..guna kan Habatussaudah..sesekali menyelam sambil minum air..tak sihat asyik sakit2 jerk..jadi sambil makan pudding tuh..baca selawat 7 kali..makan sekali biji2 Habatussaudah..dgn niat semoga disembuhkan penyakit..InsyaAllah. :)



Kenapa haku bagi nama Upside Down Pudding tembikai..hehehe..nampak tak kulit tembikai tuh terbalik...?? Kak Nor gak yang perasan..haku buat 2 version nih..tembikai kuning dan tembikai merah..Kak Nor..minta izin salin resepi kat sini plak yer..saya ikut version kak nor nih..thank you.

PUDING TEMBIKAI
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan:(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)
1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
2 keping roti gardenia *
6 cawan air (4cwn air)
1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
1 cawan susu cair (sy tambah) *
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau dipotong kecil>> yg ni gantikan bijan hitam
sedikit pewarna hijau /merah

Cara-Cara:
Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

EGgY In THE BaSkEt


Assalamualaikum..

Salam pagi Sabtu..whoaaa..seronoknyer..ader org tuh bercuti panjang minggu nih? Jemputan rumah terbuka pun banyak kan? tak kurang juga yang menyambung adegan berhari raya..kunjung berkunjung kerumah sanak saudara dan teman2..Berhati2 memandu dan selamat berhujung minggu yerk..:)

As for me..this weekend tak kemana lah..petang nanti ingat nak buat sumting for my sister..katanyer malam nih rumah dia dah start marhaban..lambat sikit tahun nih..sebab org lepaskan anak2 xm UPSR dulu kan..seronok jugak nih..join marhaban diaorg..Tapi dah 2 hari kena FLU nih..haiz tak selesa betul..kepala pun pening2 lalat jerk..Mungkin musim lah sekarang ..:(

Ok as for breakfast..nak share menu yang sempoi nih..asyik makan roti dengan jam je kan..sesekali ubah sikit selera .ha...ader sesiapa ke pernah terpikir nak buat roti idea cengini?Asalnyer nama dia Egg In toast..resepi asal dr Mama Zieza..takde plak nampak link nyer mana..Tapi haku copy resepi nih hasil kerjatangan yang mebeles dr Abg Mat Gebu dr Sedenak nih..aduhai..kalau dah masuk ke "dapur" umah dia..mmg jenis tak jumpa jalan keluar lah..best2 resepi kat situ..so far resepi2 yang haku cuba pun menjadi jerk..alhamdullilah..Abg Mat ader tunjuk step by step tau nak buat roti nih macamana..kalau nak tgk boleh pi SINI yerk..Selain tuh Kak Nor dr terenganu pun dah cuba juga membuat....tgk SINI..tapi kan satu jerk..bila haku buat benda nih..terset lama plak time dia..dah keras je kuning telur tuh..sbb haku suka kuning telur yang seksi..yang goyang2..ala2 telur separuh masak tuh..tapi takper nanti haku cuba buat lagi....And dek kerana haku tgk kemaruk benar main Cafeworld kat FB nih..ader lah plak satu task kalau settle dapat roti cenginilah..tapi nama dia Eggy in the basket..!! Haiz..banyak tul task kat CW tuh yang haku tak settle lagi..hehehhe..To Abg Mat..Kita minta izin salin resepi dan caranyer kat sini plak yerk..

EGG In ToasT
Sumber : Abg Mat Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
Roti sandwich secukupnya (1 set perlu 2 keping roti)
Telur gred "C" secukupnya (1 set perlu 1 biji telur)
Mentega secukupnya
Serbuk lada hitam
Keju jika suka (mat tak letak)( haku pun tak letak..stok keju dah habis plak )
Cookie cutter saiz besar (boleh guna apa2 pattern)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan oven pada suhu 175C, ambil satu set roti (2 keping). Satu keping, diterap dengan cookie cutter dan sapu sedikit mentega. Pada kepingan satu lagi, disapu juga dengan mentega dan tabur serbuk lada hitam. Letak roti yang berlubang diatasnya, tekan2 sedikit supaya lekat. Buat hingga habis.

2. Pecahkan satu biji telur dalam satu bekas. Kemudian tuang perlahan2 dalam lubang tadi. Buat sama untuk yang lain. Tambah sedikit hirisan keju jika suka.

3. Bakar dalam oven semalam 15 - 20 minit atau sehingga permukaan telur kelihatan 1/2 masak. Kemudian keluarkan dan boleh hidangkan sebagai sarapan. Tabur sedikit lagi serbuk lada hitam jika suka...


Thursday, September 15, 2011

TiPs MeMBuaT KeK YaNg DiBaKar dan KaReNah KeK

Assalamualaikum...

Whoaa...esok ramai lah yang akan bercuti panjang kan..sempena sambutan Hari Malaysia..tentu penuh dengan jemputan Rumah terbuka Aidilfitri..tak kurang juga yang merangcang untuk membuat majlis rumah terbuka sendiri..Majlis begini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim..Masa nih lah dapat kita berkumpul dgn keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai..tentu macam2 cerita yang dapat dikongsi..tak kurang juga kaum Isteri dan tuan rumah sibuk memikirkan menu apa yang sesuai dibuat..yelah ..mesti nak ader kelainan dr rumah2 yang lain kan? kalau ade hidangan utama..tentu juga ader hidangan pencuci mulut..kek..biskut..buat..pudding dan mcm2 lagi..Tapi kena lah ingat..bila buat majlis begini..jgn lah kita terlalu bermegah dan membazir..jgn lupa tujuan sebenar konsep rumah terbuka itu sendiri.biar ala kadar..tapi semua tetamu cukup makan dan hidangan yang dihidang pun sedap..baru puas hati..:)

Ok semalam kan masa chatting2 dgn rakan satu u dulu..kami berkongsi tips dan cara membuat kek..Jadi hari nih haku terpikir..elok juga kalau haku membuat satuN3 khas untuk berkongsi tips2 nih..Tapi untuk mengolah sendiri..alamak..haku pun belum penuh sgt ilmu didada..Tips nih haku kopipes dr blog Kak Dayang Jack..kalau masuk blog akak nih..aduhai..jantung ku turun naik tgk kek kukus dia..ntah kenapa apapun N3 dr blog dia yang haku baca..mesti haku ulang2 baca N3 kek Lumut..berkenan sungguh dgn kejadian kek itu..To Kak Dayang..Thank you so much yer..Minta Izin copy tips2 akak tuh kat sini plak.Terima Kasih.

Tips penyediaan dan membakar kek

Persediaan bahan-bahan
  • Semua bahan hendaklah disukat atau ditimbang dgn betul dengan menggunakan penimbang (sebaik2nya penimbang digital) serta camca penyukat dan saiz loyang yang ditetapkan dalam resepi. Penyukat yang dimaksudkan bukan cawan kopi atau cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Bukan camca teh, atau camca makan di rumah tetapi camca sukatan metrik (kecuali yg dinyatakan pd resepi. Misalnya: untuk membuat kek lapis Sarawak, gelas khas digunakan utk menyukat bahan-bahan).
  • Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resepi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega dan telur. Jika terus digunakan dari peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini akan menggebukan lagi kek itu.
Menyediakan tin kek / loyang kek
  • Tin kek / loyang kek perlu dialaskan, digriskan dan ditaburkan dengan sedikit tepung. Ini bertujuan untuk mengelakkan kek daripada melekat pada tin semasa ia dikeluarkan. Selain itu, ia juga mengelakkan kek daripada cepat menjadi hangus.
  • Kek yang dibakar dalam tin yang sudah digriskan dgn mentega dan ditaburkan dgn tepung akan menghasilkan kerak yang elok.
  • Lebihan tepung yang ditabur pada tin tadi dikeluarkan dgn cara menterbalikkan tin tersebut serta diketuk2kan bahagian tepinya perlahan-lahan.
  • Tin / loyang yang tidak melekat boleh didapati di mana-mana kedai menjual perkakas kek dan tidak perlu dialaskan atau digriskan.
  • Acuan lain atau acuan lengkung boleh juga digunakan sebagai tin kek.
  • Kalau nak tgk cara2 mengalas loyang kek..boleh tgk kat sini yerk.
Ketuhar
  • Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli.
  • Waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar . Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.
  • Jika anda menggunakan ketuhar jenis mikrogelombang (microwave) utk membakar kek, gunakanlah loyang yang sesuai seperti kaca atau seramik yang tahan panas. Sebaliknya, perkakas jenis logam kurang sesuai kerana tenaga mikrogelombang dipantul oleh logam, maka ini akan menyebabkan kek tidak akan masak sama rata.
  • Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resepi menyatakan sebaliknya.
Adunan kek
  • Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega. Adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek menjadi keras.
  • Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.
  • Ikutilah langkah2 dalam resepi dengan betul. Jika ia memerlukan adunan dikacau sebati dengan senduk kayu, gunakanlah senduk kayu. Jika adunan perlu dikaupbalikkan, ikutlah arahan.
Bila mana kita membakar kek..kemudian kek itu tak menjadi ..Jangan lah salahkan resepi plak..dan berputus asa..afterall cooking and baking nih is art jugak tau..kena triad and error..mengikut kata Kak Dayang..antara penyebab dan karenah kek ialah :-

Kek Tidak Naik Sekata
  • Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
  • Bancuhan tepung tidak sebati
  • Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
  • Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Kek Menjadi Bantat
  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
  • Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
  • Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
  • Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
  • Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
  • Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
  • Suhu ketuhar terlalu rendah.
Kek Mendap pada Bahagian Tengah
  • Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
  • Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
  • Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
  • Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
  • Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.

Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
  • Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
  • Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
  • Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
Kek Terlalu Lembab dan Leper
  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Terlalu Berat
  • Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
  • Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
  • Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
  • Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung
  • Gula yang digunakan melebihi sukatan
  • Terlalu banyak cecair
  • Suhu ketuhar terlalu rendah
Kek Merekah
  • Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
  • Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
  • Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan / loyang terlalu kecil.
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
Kek Buah Mendap
  • Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
  • Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
  • Terlebih serbuk penaik
  • Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
  • Adunan tidak dipukul sebati
Kek Menjadi Keras
  • Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
  • Terlalu banyak tepung gandum.
  • Tidak cukup cecair
  • Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
  • Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
  • Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
  • Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
  • Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.
Kek Menjadi Kering
  • Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
Kek Menjadi seperti Roti
  • Sukatan serbuk penaik tidak tepat
  • Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
  • Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
  • Tepung tidak sesuai
  • Adunan tidak dipukul dgn sebati
Kek Menjadi seperti Bingka
  • Bancuhan tidak dipukul sebati
  • Terlampau banyak cecair
  • Tepung terlalu sedikit
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas
Fuhhh...mmg bagus tips2 dr Kak Dayang nih..terima kasih..untuk yang lain2..semoga tips2 nih boleh dijadikan rujukan yer.Selamat Mencuba dan Happy Baking!!

Wednesday, September 14, 2011