Tuesday, November 15, 2011

LemPenG TeLur IkAn SemBiLanG-MenGamiT NosTalgiA

Assalamualaikum...

Result UPSR dah nak keluar..tahun nih 2 org anak sedara terlibat..nampaknya dua-dua tuh berkeyakinan dapat keputusan yang cemerlang..Bagi maksu nyer nih..tak kisah..apa pun keputusan..tetap membanggakan..kerana haku telah melihat sendiri bagaimana mereka berusaha mengulangkaji pelajaran.Afterall UPSR hanya sekadar UJIAN PENILAIAN..banyak lagi peperiksaan besar yang bakal mereka tempuhi .Whatever the result Im proud of you! :)

Teringat dulu masa zaman haku mengambil UPSR..mmg tak senang hati sungguh..dulu hanya 4A shj.. bila time nak jawab BM dan MATH..senyum sampai ke telinga..kacang...! bila turn paper BI..terkedu sudah..almaklum..dulu sekolah kampung..penguasaan bahasa tuh lemah..tetapi alhamdullilah berkat guru2 yang mendidik.Bangga juga bila result keluar..tak sangka haku boleh mendapat keputusan yang secemerlang begitu..Terima Kasih cikgu!!

Bila dapat result haku balik beritahu kepada arwah mak dan bapak..walau mereka tidak memuji (mmg hampa) sbb haku mengharapkan pujian mereka....dan ketika haku mendapat keputusan2 peperiksaan besar yang lain pun haku jadi acuh tak acuh memberitahu mereka kerana haku tau mereka tidak akan memuji..(frust) tapi akhirnya haku mengerti..mereka sebenarnya berbangga..dan bila aku mengingati semula semua itu haku perasan setiap kali haku memberitahu mereka kejayaan haku..mak akan masakkan sayur petola goreng kegemaran haku! Mana ada ibu bapa yang tidak berbangga dgn kejayaan anak2 kan? haiz sayu plak jadi hati nih..:(

Dan antara kenangan dan nostalgia itu haku share kan satu resepi keluarga..Menjadi anak nelayan nih mmg mewah dgn makanan laut..Dulu rasa jemu dan jelak menghadap ikan segar..Udang..Ketam..sotong..yang mengelitik2 lagi.Terasa nikmat kalau menghadap daging atau ayam..Jemu setiap hari makan..ikan asam pedas sembilang.. lemak cili padi ikan kitang..atau sambal ketam..tak pun lempeng udang ( sampai haku berniaga kat sekolah lempeng udang nih) hehehe..sekarang bila trasa nak makan semua nih..mmg payah lah..mana ada ikan yang segar dr Tesco..dah bertahun2 haku rasa haku tidak dapat lagi menjamah lempeng telur ikan sembilang nih..haku tidak dapat mengingati bila kali yang terakhir.. haiz...nasib baik lah seorang abg ku ini mengikut jejak dan kemahiran arwah bapak yang pandai turun ke laut..akhirnya dengan rezeki Allah..tertunai hasrat hati nih.

***Dah macam cerita batu belah batu bertangkup..ngidam makan telur ikan tembakul (sembilang)



Lempeng Telur Ikan Sembilang

Bahan-Bahan
Approx. 100gm telur ikan sembilang
1 1/2 cwn nasi sejuk
1 labu bawang merah besar
3 batang lada kecik (ikut tahap kepedasan yg diingini)
Garam dan bahan perisa.

Cara Membuat
1. Cuci bersih telur ikan, guna penapis santan..asingkan telur ikan dengan kelonsong.
2. Tumbuk lumat bawang dan lada..Gaulkan dengan nasi sejuk
3. Masukkan telur ikan kedalam campuran nasi dan perisakan
4.Panaskan minyak kemudian goreng seperti kita mengoreng lempeng biasa
5.Hidangkan.



Learning Edible Art?

No comments: