Tuesday, December 20, 2011

MeE KoLoK - SaRAwAK's CRuiSINe

Assalamualaikum

Will start my words today with Bismillah.It been a long time!!! Bila angin 'M' melanda..jadi blank...Im sorry for all my readers and followers..Ok Will cut it short.

Nak cerita pasal mee kolok nih..actually I never know wujudnyer mee kolok..hahaha (katak bawah tempurung) yang tersayang lah sibuk suruh mencari resepi nih..dia kata hari tuh dia follow bos dan bos makan mee kolok..tapi unfortunately non-halal katanye..so bila haku cari..jumpa kat blog kak Dayang Jack nih..terus salin resepi..tapikan sian..yang tersayang kita tuh..lama dia minta..resepi pun haku dah ader..tapi tak terbuat2..hinggalah minggu lepas masa we all had breakfast kat Hutan Bandar tuh dia order mee kolok..mee tuh terus direndam dlm kuah sup ala2 sup nasi ayam tapi ader letak kicap sikit..then top dgn taugeh..isi asam..sambal..tu je..Bila rasa...mcm nih ke rasanyer..mcm makan mee maggi dlm sup jerk..ye ker rasa mee kolok mcm nih?? I think tuan kedai tuh tak pandai buat mee kolok!hahahha..Memandai je haku bagi prediction..walhal that the first time in my life makan mee kolok..so mcmana Tahu org tu pandai buat ke tak kan?

So I decide to make my own..so semalam balik kerja terus menjalankan misi membuat mee kolok nih.Cuaca plak dingin2..hujan seharian ..makan yg panas2 begini mmg cap jempol..Bila siap terus suh yang tersayang makan..dia kata " Haaaaa camnih lah mee kolok yang hari tuh my boss makan tuh..sambal nyer kat luar..sup nyer kat luar...rasa dia..SEDAP!!".Fuuuhhhh lega..bila makan..memang rasa lain sgt dgn yang makan hari tuh..Tapi tak tahu lah kalau betul rasa mee kolok mcm nih..sbb tak pernah rasa yg ori dr Sarawak kan..tapi kalau dapat puaskan hati yang tersayang tuh..MEMADAILAH!



Resepi Mee Kolok Basah
by : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 200 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8-10 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • minyak masak secukupnya
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
  • 1 sudu makan cuka

Cara-cara
  • UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
  • UNTUK MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
  • UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
  • Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

****kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)




Boleh tgk kat sini gak yerk.

4 comments:

Naz / Nadz COSK said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Melly Octaviana said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.