Saturday, September 17, 2011

UPsiDe DoWn PuDDinG TeMbiKai

Assalamualaikum..

Semalam sempena cuti Hari Malaysia..haku marathon bersilat kat dapur ..mengetest2 resepi yang tertunggak..kalau ikut nafsu..semua benda haku nak buat..tapi kan..haku buat yg termampu dan buat mana2 yang bahan2 tuh memang dah sedia ade stock kat rumah dulu lah..balik je kerja..lepas membersihkan diri dan berehat sebentar..haku mulakan dengan project Pudding tembikai nih..sebab nih yang paling mudah kan..lepas tuh..haku teruskan dgn projek Bluberry cheesecake..kemudian mengukus Kek Lumut..(this one super yummy!!) dan ku akhiri dengan project SuperMoist Eggless Choc.Cake..yang nih semua..nanti satu2 haku masuk dlm N3 yer..sabar2..

Ok cerita pasal pudding nih kan..dah lama haku intai..kejadiannyer..fuhhh ramai betul yang dah membuat..Resepi nih kan di popularkan oleh Kak Noorma..masa nih belum teruja lagi..lepas tuh nampak plak kat dapur Kak LinaPG..dia kata "tembikat takder biji nyer version"..lepas tuh kat dapur Kak IlahJY plak..,fuyooo pudding nih dia letak cincau plak....ok2..rasa dah teruja sikit..lepas tuh Anna Qawina plak buat..oooo tak leh jadi..then kak yatie dan Nieza pun buat..Ishk2..dan tak leh tahan bila tgk rupa kejadian pudding tembikai kat dapur kak Nor..dan Ijayuji..ok2 that it!!! terus salin resepi dan berazam nak membuat sendiri..alhamdulillah..tertunai hasrat hati nih..senang je membuat pudding nih..kalau nak buat makan2 pun ok..buat hantaran pun cantik gakkan..selain pengunnaan cincau sebagai biji tembikai tuh..kak nor dan Ijayuji guna bijan hitam..tapi haku..guna kan Habatussaudah..sesekali menyelam sambil minum air..tak sihat asyik sakit2 jerk..jadi sambil makan pudding tuh..baca selawat 7 kali..makan sekali biji2 Habatussaudah..dgn niat semoga disembuhkan penyakit..InsyaAllah. :)



Kenapa haku bagi nama Upside Down Pudding tembikai..hehehe..nampak tak kulit tembikai tuh terbalik...?? Kak Nor gak yang perasan..haku buat 2 version nih..tembikai kuning dan tembikai merah..Kak Nor..minta izin salin resepi kat sini plak yer..saya ikut version kak nor nih..thank you.

PUDING TEMBIKAI
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan:(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)
1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
2 keping roti gardenia *
6 cawan air (4cwn air)
1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
1 cawan susu cair (sy tambah) *
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau dipotong kecil>> yg ni gantikan bijan hitam
sedikit pewarna hijau /merah

Cara-Cara:
Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

9 comments:

K.Nor said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
Nazrah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nadz Nazharzan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Janine said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.