Monday, September 26, 2011

IKan ToNGKoL GoReNG ASamJaWa

Assalamualaikum..

Ok tak mau cakap banyak2..Nih dia Ikan tongkol goreng asam jawa yang haku colet dgn sambal tempoyak tuh..First time buat cengini..sedap..dengar nyer kalau nak guna ikan2 yang lain pun boleh jugak.Haku copy resepi kat sini plak buat rujukan .


Ikan Tongkol Goreng Asam Jawa
Sumber : Kak Nor Secubit Garam
  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng
  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..



Ok..Lauk siap..nasi pun ader..Bismillahirrahmanirrahim....(Baca doa makan)

No comments: