Monday, September 19, 2011

A SiMPLE bLuEBErRy ChEEsECaKe

Assalamualaikum..

Fuhh..akhirnyer tertunai sudah hasrat hati nih..setelah disogok dgn gambar2 cheesecake dr FB sahabatku Shasha nih...Since dia beritahu senang je nak buat cheesecake nih..haku pun terasa nak mencuba..sebab..haku nih kan mmg minat keja2 yg ringkas..main lebur semua dlm blender lepas tuh bakar...siap..makan!! Mmg mudah nak membuat..rasa pun boleh tahan..tapi haku derhaka sikit bab penggunaan yogurt tuh..haku guna perisa blueberry..cari fresh blueberry kat Tesco tuh takder plak..ishk...tuh yang warna dia tuh kurang nak pepel...kalau tak kerana topping blueberry tuh..mungkin tak tahu nih cheesecake apa flavor kan??

Thank you Shasha for promoting this lovely recipe..Recipe asal dr Biduri MYR..ramai gak yang dah cuba membuat..feedback pun nampaknyer meyakinkan..jadi kepada sesiapa yang baru nak belajar membuat cheesecake yang mudah..no fussy...boleh cuba resepi nih yerk...:)



A Simple Blueberry Cheesecake

Sumber : Simple Cheesecake by Biduri MYR

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt (haku guna yogurt bluberry flavo)
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dg n butter ata u alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit

  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah l etak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
(Haku guna waterbath method : Balut bawah springfoam dgn aluminium foil kemudian
tuang air panas kedalam dulang pembakar )
  1. Bila sejuk simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Eat with your own risk yerk..mmg tinggi kalori satu slice ni..lepas makan satu slice nih..kena jogging satu taman lepas tuh kena tekan tubi 100 kali ..kena berenang 30 minit..fuuuhhh...

8 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
*~ UmmuHusna ~* said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
*~ UmmuHusna ~* said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.