Saturday, September 17, 2011

EGgY In THE BaSkEt


Assalamualaikum..

Salam pagi Sabtu..whoaaa..seronoknyer..ader org tuh bercuti panjang minggu nih? Jemputan rumah terbuka pun banyak kan? tak kurang juga yang menyambung adegan berhari raya..kunjung berkunjung kerumah sanak saudara dan teman2..Berhati2 memandu dan selamat berhujung minggu yerk..:)

As for me..this weekend tak kemana lah..petang nanti ingat nak buat sumting for my sister..katanyer malam nih rumah dia dah start marhaban..lambat sikit tahun nih..sebab org lepaskan anak2 xm UPSR dulu kan..seronok jugak nih..join marhaban diaorg..Tapi dah 2 hari kena FLU nih..haiz tak selesa betul..kepala pun pening2 lalat jerk..Mungkin musim lah sekarang ..:(

Ok as for breakfast..nak share menu yang sempoi nih..asyik makan roti dengan jam je kan..sesekali ubah sikit selera .ha...ader sesiapa ke pernah terpikir nak buat roti idea cengini?Asalnyer nama dia Egg In toast..resepi asal dr Mama Zieza..takde plak nampak link nyer mana..Tapi haku copy resepi nih hasil kerjatangan yang mebeles dr Abg Mat Gebu dr Sedenak nih..aduhai..kalau dah masuk ke "dapur" umah dia..mmg jenis tak jumpa jalan keluar lah..best2 resepi kat situ..so far resepi2 yang haku cuba pun menjadi jerk..alhamdullilah..Abg Mat ader tunjuk step by step tau nak buat roti nih macamana..kalau nak tgk boleh pi SINI yerk..Selain tuh Kak Nor dr terenganu pun dah cuba juga membuat....tgk SINI..tapi kan satu jerk..bila haku buat benda nih..terset lama plak time dia..dah keras je kuning telur tuh..sbb haku suka kuning telur yang seksi..yang goyang2..ala2 telur separuh masak tuh..tapi takper nanti haku cuba buat lagi....And dek kerana haku tgk kemaruk benar main Cafeworld kat FB nih..ader lah plak satu task kalau settle dapat roti cenginilah..tapi nama dia Eggy in the basket..!! Haiz..banyak tul task kat CW tuh yang haku tak settle lagi..hehehhe..To Abg Mat..Kita minta izin salin resepi dan caranyer kat sini plak yerk..

EGG In ToasT
Sumber : Abg Mat Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
Roti sandwich secukupnya (1 set perlu 2 keping roti)
Telur gred "C" secukupnya (1 set perlu 1 biji telur)
Mentega secukupnya
Serbuk lada hitam
Keju jika suka (mat tak letak)( haku pun tak letak..stok keju dah habis plak )
Cookie cutter saiz besar (boleh guna apa2 pattern)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan oven pada suhu 175C, ambil satu set roti (2 keping). Satu keping, diterap dengan cookie cutter dan sapu sedikit mentega. Pada kepingan satu lagi, disapu juga dengan mentega dan tabur serbuk lada hitam. Letak roti yang berlubang diatasnya, tekan2 sedikit supaya lekat. Buat hingga habis.

2. Pecahkan satu biji telur dalam satu bekas. Kemudian tuang perlahan2 dalam lubang tadi. Buat sama untuk yang lain. Tambah sedikit hirisan keju jika suka.

3. Bakar dalam oven semalam 15 - 20 minit atau sehingga permukaan telur kelihatan 1/2 masak. Kemudian keluarkan dan boleh hidangkan sebagai sarapan. Tabur sedikit lagi serbuk lada hitam jika suka...


2 comments:

NURUN said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.