MARBLE CHEESE BROWNIES
Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor (guna 1 cawan )
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Ni antara tips yang aku dapat tentang ciskek sebagai panduan di masa hadapan:-
1.Bakar ciskek pada suhu yang rendah contoh dlm resepi nih 175 celcius aku bakar guna 150 celcius dengan masa 30 minit.Ini adalah untuk mengelakkan cis bertukar menjadi kekuningan kerana suhu yang tinggi.
2.Cucuk dengan lidi untuk test ciskek.kalau yang melekat kat lidi tuh cis yang terlalu cair..sambung masak..tapi kalau yang melekat kat lidi tuh cis yang kelihatan berbentel..tuh tanda nyer ciskek dah ready.
3.Sewaktu memotong ciskek celup pisau bersih dalam air panas sebelum memotong untuk menghasilkan potongan yang kemas dan bersih.
.jpg)
6 comments:
Post a Comment