Friday, June 18, 2010

TomYam SeAFood

Salam Jumaat..huhu..malam tadi mood rajin ader sikit baik..melayan tekak orang yg nak makan Tomyam..Bagus juga..stok Udang dan pes Tomyam masih ader lagi dirumah..singgah Tesco cari bahan-bahan tambah..Sesekali pekena tomyam pedas2 nih..ok jugak..tapi sebb pewut tgh tak brapa sedap nih..haku layan ikan cencaru bakar cicah dengan kicap pedas..dah macam lauk org dalam pantang plak..Pagi nih bila blog walking ternampak kat dapur Kak Hana Jepang nun..buat Tomyam jugak..sama plak menu kita yer kak..cuma berlainan versi je lah..Versi Haku nih mmg resepi paling ringkas..campak2..resepi org bujang..siapa yg rasa nak cuba resepi campak2 haku nih..meh tgk resepi yerk.

TomYam SEafood

Bahan-Bahan
200gm Udang
100gm Sotong
*Kalau tambah kupang/lokan/ atau yg sewaktu dengan nyer pun boleh
1 biji tomato
2 batang celery (haku tak letak..lupa beli :) )
1 labu bawang India(hiris)
1 inci halia(hiris)
2 sdb pes tomyam (haku guna brand Adabi)
6 btg cili padi (nak pedas tambah lagi)(dititik)
3 cawan air
1 batang serai( dititik)
1 biji limau nipis (perah airnyer)/ daun limau nipis

Cara-cara
1.Didihkan air dan campurkan dengan pes tomyam, bawang, serai,halia,celery dan cili padi.
2.Bila air mula mendidih masukkan Udang, sotong yang telah dibersihkan terlebih dahulu.
3.Masukkan tomato dan air limau nipis / daun limau nipis
4.Sesuaikan rasa dan biarkan mendidih dalam 10-15 minit
5.Hidangkan.

Untuk Ikan cencaru bakar nih..semua org tau buat kan..hehe..haku balut dengan aluminium foil biar tak ereng..:)

No comments: