Thursday, July 28, 2011

BiLA RAmADhan Al-MuBarak MenJeLMa KemBaLi


Bismillahirahmanirahim...

DOA MALAIKAT JIBRAIL menjelang Ramadan..
"Ya Allah,tolong abaikan puasa umat Muhammad apabila sblm msuk bulan Ramadan,dia tdak melakukan hal2 yg brikut:
~Tdak memohon maaf terlebih dulu pd kedua ibubapanya
~Tdak bermaafan terlebih dulu antara suami isteri
~Tdak bermaafan terlebih dulu dgn org2 skitar

Tinggal beberapa hari sahaja lagi..tahun ini rasa tak sabar sungguh bertemu dengan Ramadhan.Walau tahun ini tahun kedua haku berpuasa dgn status (yatim piatu) bukan untuk menagih simpati atau menunjuk..tapi hanya ingin berkongsi rasa..betapa syahdu nya perasaan ini..Tiada lagi dapat merasa air tangan ibu ku yang dahulu selalu haku mengadu " asyik2 masak yang sama" tiada lagi mendengar suara garang bapa ku yang membebel bila kami liat bangun sahur..atau berebut2 ketika berbuka..aduhai..sayu sungguh bila mengenangkan ..tetapi yang pergi manakan dapat kembali..hanya doa untuk ayahanda dan bonda.Oleh itu kepada yang masih mempunyai ibu bapa..hargai mereka .. dan di kesempatan ini haku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ader kesalahan yg mungkin secara langsung atau tidak.haku minta maaf dgn tulus ikhlas yer.

Sempena N3 pertama mengenai Bulan Ramadhan nih haku nak share tips tentang cara2 pemakanan yang sesuai diamalkan ketika bersahur dan berbuka yang haku perolehi dr Jabatan kesihatan Malaysia.Yelah kan almaklum..kita nih bila ramadhan..itulah masa kita test macam2 resepi..biarlah berpada dan jangan membazir...
PEMAKANAN DI BULAN RAMADHAN
KETIKA BERBUKA PUASA :
Ketika berbuka puasa makanlah :
a) 3 Biji Kurma ( Kaya dengan tenaga, serat, vitamin d
an mineral)
...b) 1/2 cawan jus buah buahan
c) 1 mangkuk kecil sup sayur
d) 1 atau 2 keping roti
•Tujuan makan makanan ini kerana :
Kembalikan paras gula yang sangat rendah dalam darah ke paras gula yang normal.
•Jangan makan kuih, manisan, atau air manis yang berlebihan kerana :
-tinggikan paras gula dalam darah.
-naikkan berat badan.

•Jangan makan berlebihan pada masa ini kerana :
-tingkatkan asid yang mendadak dalam perut boleh mendatangkan rasa tidak selesa dalam perut dan menjejaskan kesihatan.

SELEPAS SOLAT MAGRIB :

Setelah solat magrib makanlah menu :

a) 1 1/2 nasi + 1 ikan / 1 ayam + 1 cawan sayur + 1 buah + air (air minuman daripada semulajadi seperti pandan, limau nipis, serai) Atau

b) Rancang menu dengan mengambil 5 kumpulan as
as makanan iaitu bijirin, ubi, buah, sayur, ikan, daging, ayam, kekacang, susu, tenusu, garam gula yang rendah.

• Jangan makan benda yang berminyak atau gorengan.
• Jangan benda yang benda yang bersantan.

• Jangan minum teh/kopi (kafien) kerana boleh menghalang penyerapan zat makanan dalam badan.
• Kurangkan makan terlalu pedas atau berempah (memedihkan perut)
• Gunakan kaedah panggang, kukus atau rebus.
• Tambah kekacang dhal, kacang kuda, kacang soya, kacang pis dalam makanan.

SELEPAS SOLAT TERAWIH :

a) kekacang / sandwich / yogurt / roti bijirin 3 keping / biskut / 1 atau 2 ketul kuih / 1 gelas susu. Atau

b) Nasi + sayur + ikan + buah

KAWALAN AIR PUTIH : (6-8 gelas)


a) 2 gelas air sewaktu berbuka puasa.
b) 2 atau 3 gelas air sebelum tidur atau selepas solat terawih.
c) 2 gelas air sewaktu sahur.

PEMAKANAN SEMASA SAHUR :

a) sandwish / bubur nasi / oat / bijirin sarapan pagi / roti salut telur / macaroni goreng / spageti

dalam setiap makanan yang di pilih di atas ini tambahkan di dalamnya

- sayuran / sup sayur
- buahan
- air putih

b) Atau "mee segera" tetapi pastikan anda tambah
di dalamnya

- telur
- ikan bilis
- sawi
- kobis

• Pengambilan teh & kopi tidak di galakkan semasa sahur kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan melalui air kencing

Aktiviti Metabolisme :

LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL 1/2 JAM SEBELUM BERBUK
A PUASA ATAU SELEPAS MAKANAN DI HADAM :

- Jalan kaki ke masjid untuk solat terawih (jika boleh)
- Solat Terawih

Selain tuh kan..satu lagi yang haku perhati lah..bila time Ramadhan nih ramai lah yang tukar perabot ..mula menjahit langsir baru..tak kurang juga yang mcm haku nih upgrade Oven besar sbb nak buat project biskut raya.Bukan nak menunjuk2 juga..cuma nak ucapkan penhargaan kepada pelanggan2 yang memberi sokongan..dengan hasil titik peluh dapat lah haku membeli oven nih..walau budget masih kecil tapi haku sangat berpuas hati..takperlah..kalau nak terus2 beli oven yang canggih dan mahal..belum mampu..InsyaAllah..sedikit2 lama2 ader lah rezeki..Terima kasih juga untuk yang tersayang...tunjukkan kedai dan bawa haku pi beli Oven nih..TERIMA KASIH!!

No comments: