Thursday, July 9, 2009

BuTTer Prawn

Rasa mmg ader tapi bab mengirai telur tuh hancur ...hehe..tak jadi langsung...xper percubaan pertama..kena tanya guru nih...dah lama nak buat butter prawn nih..tapi hangin membuat tuh baru semalam sampai..tergiang2 rasa tekak nih..ewah..walau hasil x memuaskan..akan dicuba sekali lagi hingga berjaya..Resepi nih aku amik dari dapur K.Nor lagi..C & P resepi dari k.Nor..

Bahan- Bahan:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam minyak utk menggoreng
Cara-Cara:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.Matikan api bila minyak tu panas2.
Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

Tips dari Hana
Buang tali pusat telur tuh untuk mengelakkan dari tersumbat pada acuan roti jala.

No comments: