Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

MeNu ULanGan -TeRunG GoRenG HoiSiN


Alhamdullilah..hari nih masih diberikan kesihatan untuk menjalani ibadah puasa ramadhan..whoaa..trafik blog masak mencanak2 naik kan..almaklum semua pun sibuk mencari resepi2 yang sesuai untuk berbuka dan bersahur..hehe..termasuk lah haku!!ooo tak sabar nak tunggu weekend..nak berkumpul dan berbuka puasa bersama keluarga..dah terpikir menu apa nak dijadikan buah tangan nanti..tentulah yang enak dan lain dr yang lain kan..Terima Kasih pada sifu-sifu masak nih..:)

Ok menu Terung goreng hoisin nih menu ulangan tau..dah pernah dulu masukkan cara2 nyer. Boleh refer kat sini.

Since dah ulang tayang nih..tak payah lah haku kopipeskan lagi kat sini yerk :)

Tuesday, August 2, 2011

YAnG MAsIn YaNg BuSuk itULaH YanG ENaK!

Alhamdullilah..hari nih sudah masuk ramadhan hari yang kedua-2..semoga sentiasa diberikan kesihatan untuk menjalani ibadah puasa nih seterusnya..haiz hari Ahad tuh takut juga..tiba2 saja haku diserang migrain ( kata doktorlah) haku nih mmg selalu suka pening kepala..specially bila bangun tido..tapi hari Ahad tuh tiba2 je..sakit kepala yang terlalu bisa..sampai keluar semua isi perut..nak berjalan pun susah..kesian anak2 sedara..niat tuh nak bawa mereka jalan2 kat Tesco nak offer lah jajan apa yg depa nak makan sebelum puasa kan..sekali bila mak usu nyer dah collapse..semua tergendala..haku terus pi klinik buat pemeriksaan..takut juga melarat..haiz..dah lah nak puasa kan? nasib lepas je makan ubat doktor tuh ..sakit kepala yang mencucuk2 tuh sedikit kebah..Alhamdullilah..haiz..mmg lah lepas nih tak mau stress2..tapi camner nak life dgn stress free tuh?? urm...



Ok nih nak share resepi Buncis masak Taucu yang hari tuh kita cuba buat..hehehe..mmg best..tak pernah plak haku masak cengini..selalu kalau buncis tuh kan asyik1 goreng campur telur..Mmg best menu nih..style haku kalau goreng buncis suka dia ranggup2 sikit..kalau layu sangat tak kick lah!! resepi nih haku dapat dr kak Mashitah masa blog walking..salam perkenalan untuk kak Mashitah yerk..saya salin resepi akak kat sini plak..Terima Kasih!! Kita modify sikit nama resepi yerk

Buncis Masak Taucu Dengan Sotong
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :

* 10 tangkai kacang buncis,potong serong, cuci dan toskan
* udang
* 1 biji telur
* 3/4 camca besar taucu
* 1/2 camca besar sos tiram
* Secubit gula
* 1/4 cawan air

Bahan ditumbuk lumat :

* 1/2 biji bawang besar
* 1 ulas bawang putih
* 2 biji cili padi
* sedikit ikan bilis

Cara :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan taucu dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air dan biar mendidih.
2. Masukkan kacang buncis dan kacau sebati, kecilkan api dan masak hingga kacang lembut. Masukkan secubit gula dan udang, kacau perlahan dan rasa, jika ok masukkan telur dan kacau lagi dan boleh matikan api. Sedap dimakan ngan nasi panasss....



Version haku kan ..haku omit sos tiram dan telur..sbb pada haku tauchu dah masin dah..dan kalau campur sos tiram..alamak..rasa mcm terlebih masin nanti..dan bab telur tuh tu pun haku omit sebab saja (terlupa yang sebenarnyer!!!) ahaks..Kalau ikut resepi asal tuh kak Mashitah bubuh Udang..ni memandai letak sotong..aderkah haku telah menjadi penderhaka resepi seperti Cik Mat Gebu kita itue?? Urm...

Wednesday, July 7, 2010

LaUk Ku CUkup Masin!!

Salam Rabu...hehe..hari nih memang rasa bersemangat sungguh..terasa beban dalam kepala semakin berkurang..mood masak memasak pun menjelma kembali..sambil2 melayan projek membuat sampel biskut raya..(yang nih akan ditunjukkan hasil nyer kemudian..tunggu...!!!)hari nih masak menu permintaan yg tersayang yang menyinggah makan malam .Terung sambal dan udang butter..Resepi Udang nih boleh lah refer pada N3 yang terdahulu yerk. Mmg best rasa dia.

Untuk terung nih haku CNP resepinyer dr dapur Kak Hana Jepang .Mmg best..Alhamdullilah..ni nak rayau2 cari resepi..almaklum semangat nak pose ..jadi simpan senarai resepi sahur dan berbuka.. I like!!


Wednesday, May 5, 2010

KaCanG PaNJang Goreng BELaChan

Bila mood nak memasak tuh datang..hehe..mmg lah ader sikit rajin.Masa-masa tiada tempahan nih..boring lah plak..mata pun terang benderang je mamaku cerita2 dalam TV..Sekarang nih nak kata musim panas tak juga..sejuk tuh mengigit hingga ke tulang.Jadi selera tuh nak makan yg ringkas2 jelah.Rezeki asal dapat mengalas perut yg sedang lapar sudah cukup Alhamdullilah.:). Menu org bujang nih kan mmglah mudah..Setakat telur kicap..rasanyer semua tau..tak payah nak tayang2 resepi lah yerk..:)untuk tambahan menu malam tadi goreng kacang belacan.Lama betul tak masak macamni..nak goreng kosong jerk macam tak best..Jadi tambahkan tahu dalam gorengan tuh.Huhu..licin sepinggan makcik makan..Camner nak diet makan nasi malam2 nih.ahaks

Kacang Panjang Goreng Belacan

Bahan-Bahan
1 ikat kacang panjang ( haku guna dalam 8 btg jerk )
2 kpg tahu dibelah kecil (digoreng dahulu dan asingkan)
*2 labu bawang kecil
*3 ulas bawang putih
*10-15 ekor ikan bilis
*1 inch belacan
2 sb lada kisar
Garam secukup rasa
1/2 cwn air.

Cara-cara
1.Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga sedikit lumat.
2.Panaskan kuali tumis bahan tumbuk dan lada kisar sehingga garing dan naik bau.
3.Tambahkan kacang panjang dan tahu..gaul.
4.Tuang air untuk sedikit kuah dan mengempukkan kacang.Letak lebih air kalau yg suka kuah lebih.
5.Sesuaikan rasa dengan garam.
6.Bila kacang nampak sdikit empuk..angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

Fakta :-Protein mudah larut dalam air yang panas.jadi bila mengoreng sayuran terutama jenis kekacang.goreng dengan api yg kuat dan tidak perlu mengoreng hingga terlalu layu.Supaya tak makan hampas yerk..sebab semua sumber protein pada kacang semua dah habis teruap. :)

Thursday, April 29, 2010

BenDi GoRenG


Menu orang bujang nih..mmg mudah..jenis masak campak2 jerk..sebenarnyer..niat dihati melayan org yg minat dengan brandi( gaya P.Ramlee dalam Ahmad Albab ) hehe bendi.Haku nih minat jugalah dengan bendi nih..kalau dibuat ulam, atau dicampur dalam asam pedas atau kari..aduhai..mmg hilang dulu lah bendi-bendi nih semua dr mangkuk lauk.:)tapi syarat nyer bendi nih kena sebatang-sebatang.. tapi nak buat bendi goreng nih takkan nak sebatang-sebatang pulak..jadi bila kena hiris tuh..aku jadi tak berkenan..sbb yelah bendi kan ader lendir-lendir..kurang sikit selera haku tapi sebab yang tersayang tuh minat bendi goreng..layanzzz....Niat dihati nak cuba masakan bendi dr dapur Kak hana Jepun atau dr dapur CMG kita yg fofular tu..tapi bila tengok kat rumah tuh semua bahan takder..jadi resepi bendi goreng yg simple jelah yerk.Rasanya semua terror masak kalau setakat yang goreng2 begini..So..layang gambar jelah..nanti kalau masak bendi yang pelik2 sikit tuh..haku includekan resepi untuk rujukan bersama yerk..:)

Wednesday, April 7, 2010

Terung SoS HoiSiN

Memulakan N3 hari ini..resepi yang telah menjelajah banyak tempat..dr Johor ke Terengganu..hingga ke Jepun!! Mmg hebat penangan nyer..Jadi terlanjur stok bahan2 hampir lengkap dirumah..apa lagi..inilah menu untuk makan malam ku tadi....Resepi nih aku CnP dari dapur CMG yang aduhai..boleh buat lapar pewut setiap kali menjengah..macam2 resepi ader tapi..untuk hari nih minta izin paste kat wall resepi yang ni dulu yer Abg Mat ..terima kasih..

Bahan-Bahan:-


2 biji terung biru, buang sedikit kulit, hiris serong dan rendam dalam air garam
1/2 cawan air
1 camca besar sos "hoisin"
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar cili kisar
1 camca besar kicap cair( miss guna light soya sauce)
1 batang leek, kerat2 dan rendam( gantikan dengan lada benggala..sbb stock leek takder)
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3/4 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*ditumbuk lumat)(digantikan dengan ikan bilis)
1 camca besar cuka makan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan sos tiram, sos hoisin dan leek. Gaul rata dan tuang air. Biar mendidih perlahan.
  2. Masukkan terung tadi (toskan dulu), kacau dan masukkan kicap cair dan cuka makan. Masak hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.


Inilah dia hasilnyer..sedap betul..ader rasa pedas, masam..mmg secukup rasa..tak perlu tambah garam dan serbuk perasa lagi..Sah memang ini bukanlah percubaan yang terakhir.Memang resepi akan diulang lagi dimasa hadapan.

Thursday, July 9, 2009

PeToLA TumiS


Hehe sayur favorite aku..ni sajalah..lebihkan kuah dia..yummy..yummy..

Wednesday, July 8, 2009

SamBaL PecaL

Aduhai..lama tak menghapdet disini...lepas ke satu masaelah..ke masaelah yang lain..semua pic2 resepi dlm hp ku x dapat nak dtransfer ke pc..gelap skrin nyer..x nampak satu hapa..xpelah..memang nak minta beli hp baru tuh..hehe..menu kali nih aku cilok dari dapur hana dari jepun tuh..cuma ader lah modify skit sambal kacang nyer mengikut selera pedas dan kesenangan ku...


Bahan - Bahan untuk dicelur
Ulam2 pilihan anda..
Untuk aku hari ini:
Pucuk ubi
sedikit tauge
kacang panjang
Bahan - bahan untuk di goreng
Tauhu
Tempe (aku x guna pun )
Bahan- Bahan lain
Sengkuang
Timun
Pegaga
Ulam Raja dan u lam lain yg sewaktu dgn nyer (x perlu celur)
kalau nak add petai / jering tepulang lah selera anda.
Sambal kacang.
10 Paket kacang manis
3 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
10 biji lada api
sedikit garam
sedikit gula
air asam jawa ( banyak , sikit terpulang kepada kepekatan kuah yg dikehendakki)
Cecara
Blend semua bahan.Sesuaikan rasa.Siap untuk dihidang.

Thursday, June 18, 2009

Sayur Labu Air



Lagi resepi musim panas nih..lemak cair jerk..Musim panas nih kenalah makan..sayur lebih sikit..Pada ku..bila memasak tuh ..masakan mesti lah colourful..jadi lemak labu air nih aku campurkan dgn carrot, kentang dan tauhu..
Tip:Boleh juga kalau nak tambah udang atau isi ayam.

Friday, June 12, 2009

Lemak SaWi PUtih


Kalau kebanyakkan rakan blogger tepek menu mkn tghari..Mcm aku nih..mkn tghari mmg kat kedai lah..Jadi ni lah menu untuk makan malam..masak sendiri..Panas2 nih nak makan berlemak pun buat lemak cair jerk..kena mkn banyak sayur la kata kan..walau semua org tau nak resepi nih..kacang je kan?? ttp aku nak tepek resepi dia..Jeng...Jeng..
Bahan-Bahan
2 ikat sawi putih
2 btg cili merah
10-20 ekor udang (optional)
*15 ekor ikan bilis ( belah 2)(sbb dah guna kiub ikn bilis...x letak pun)
*2 ulas bawang kecil (guna yang sedang)
*2 ulas bawanng putih
500 ml santan (guna santan paket + air jadikan 500ml)
Garam/serbuk perasa( aku pakai kiub ikn bilis maggi jer)
Cara-cara.
1.Masak nih terpulang samaada nak direbus sahaja kesemua bahan..atau ditumis..hari nih aku pilih untuk menumis.Bahan2 * ditumbuk sedikit..x perlu sampai lumat..tumis dlm periuk dgn sedikt minyak sehingga naik bau.
2.Masukkan lada merah yang dihiris serta udang yang telah siap dibersihkan.Kacau.
3.Masukkan sayur, kiub dan santan...kacau..biar sehingga kuah mendidih sedikit (jgn sampai pecah minyak) atau sehingga sayur sedikit layu.tutup api dan sedia dihidang.
Tips: Sayur mengandungi serat dan protein..protein mudah larut didalam air..Basuh sayur dahulu di bawah air mengalir sebelum disiang atau dipotong.jgn merendam sayur dlm air terlalu lama.Bila merebus atau mengoreng.Guna api yang besar...supaya sayur cepat layu..dan protein tidak hilang dgn byk.