Showing posts with label Minum Petang. Show all posts
Showing posts with label Minum Petang. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Apple Pie ~ PuFf VErSiOn

Assalamualaikum

Sekejap sahaja sudah hampir ke penghujung tahun..dan lagi  sehari kita bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha..InsyaAllah..tahun nih seperti selalu akan beraya di kampung seperti biasanya.

Membuat  hidangan untuk keluarga memang menyeronokkan.Memenuhi permintaan apa yang mereka nak makan nih  memberi satu  kepuasan.Kadang tuh memang penat melayan tetapi bila melihat mereka makan apa yg kita masak tuh..hilang rasa penat lelah. 

Kebetulan hari tu sewaktu bertandang ke rumah kak long..dapat buat apple nih..nak makan begitu sahaja rasa mcm tak best plak..teringat ader kulit pastry yg dibeli beberapa bulan dulu masih belum berguna..Jadi godek-godek resepi  di internet untuk apple pie..

Membuat apple pie nih haku mengunakan resepi inti dari Fidadaud dari MYResepi. tetapi tentang kulit nyer tuh sebab nak guna kulit pastry..jadilah version seperti yg dibuat oleh  .Thank  you  so much people for sharing..Ok nih dia kedua2 resepi ..untuk rujukan dimasa hadapan.

Resepi Mini Apple Pie
Sumber : Fida Daud MyResepi 

Bahan-bahan ( 12-14 biji )

  • Bahan Inti:
  • 2 biji apple merah - potong dadu
  • 1/3 cawan gula (jika tak suka manis, boleh kurangkan kepada 1/4 cawan saja)
  • 1/2 sdk serbuk kayu manis
  • 1 sdb perahan jus lemon
  • 1 sdk tepung jagung + 1 sdb air

  • Bahan Pastri:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk garam
  • 1/2 cawan butter - beku (sejuk)
  • 1/2 cawan susu segar sejuk
  • **minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Inti: Dalam sauce pan (periuk @ kuali biasa boleh juga lah), campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
  2. Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.
  3. P/S: Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam @ inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
  4. Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti. (Gaul guna hujung jari)
  5. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
  6. Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
  7. Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
  8. Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng. 

 Tak sempat  nak  tunjuk inti dalam nyer..sebab dah kena ngap dgn anak2 sedara..tapi memang sedap inti  pie nih.. cuma apple merah tuh saya tukarkan kepada apple hijau. itu sahaja :). Kalau nak tengok  resepi version puff nih boleh jengah sini yerk 

Untuk puff version ( Caraku)
Guna ready made pastry  jenama kawanku
Canai sedikit dgn penguli  untuk mendapatkan saiz yang sesuai..kan saiz dia cuma 4 x 4 jerk..:)
letak inti  di tengah-tengah  dan lipat dua seperti membuat sandwich.
Kemudian kemaskan bahagian tepi dgn mengunakan garpu
Sapu kan kuning telur diatas permukaan pastry
Bakar 30 minit dgn suhu 220 darjah   



 

Thursday, August 9, 2012

WaDai KiPEnG-NaMa PeLiK RAsa SedaPPppp!!

Assalamualaikum...

Belek2  jadual hari nih baru terperasan...hari nih giliran my sister  jadi  hos buka puasa!! wah wah..tak sabar nak balik kampung petang nanti..sure my sis ader je yg special   dalam masakan nya..sebenarnya..bukan hidangan apa yg menjadi ukuran..tetapi berbuka puasa bersama keluarga dan anak-anak sedara..riuh rendah sewaktu makan..itu yg membuatkan  hidangan bertambah sedap dan jadi berselera.

Giliran rumah haku dah lepas ahad hari tuh..buat ala kadar sahaja..tapi puas hati bila makanan semua habis licin..iailah takder nak membazir..tahun ini  giliran  rumah ku cepat sedikit dari kebiasaan tahun yang sudah2..biasanya  sebagai ole2 haku akan memberikan kakak2 dan abang2 ku  mini hamper beserta  kuih raya dan anak2 sedara pula menerima pre-duit raya!  Tapi tahun nih haku tukarkan kepada  cabutan bertuah jerk..cabutan  yang menentukan jumlah duih raya yang bakal diterima dan jenis  kuih raya mengikut pilihan.riuh rendah rumah ku dgn  gelagat  keluarga.. hehehe..

Apabila bulan Ramadhan..selera ku lebih terarah kepada pengat2 dan bubur serta air asam boi..kalau kuih muih memang ku cari tepung gomak dan kuih melaka berulang-ulang.entah kenapa terasa kalau bualan puasa makanan ini jadi  terlebih enak!!

Menu pengat  yang haku nak tunjukkan ini   haku ambil resepinya dari majalah Aroma Julai 2012.Selain dari nama nya yang sedikit pelik, bentuk warna dan pengunaan gula perang  menarik perhatian.Ialah selalu kan kalau pengat kita gunakan gula merah. Resepi ini telah ku olah mengikut keperluan dan citerasa ku ye..oleh kerana  haku membuat  untuk hidangan ramai orang makan  adunan pengat ini  telah  kubuat sebanyak 4 adunan! mari semak resepi versi derhaka..ahaks.Sekali tgk macam  butir nangka..macam candil pun ader juga..rupanya dari maklumat yang baru diterima wadai kipeng nih  pengat org banjar..ader juga yang diletakkan inti didalam nya..inti apalah tuh  yerk..sbb dlm majalah nih takder plak dia letak inti..hahaha..boleh cuba lagi nanti.


Wadai Kipeng
Sumber : Majalah Aroma Jul 2012

Bahan- bahan
4 cawan tepung pulut
pewarna
air secukupnya ( haku ganti dgn santan cair)
1 sdk garam

4 cawan santan pekat
2 cawan air
2 cawan gula perang
1 cawan gula putih
1 cawan sagu biji yang direndam
daun pandan

Cara-cara
1. Campurkan tepung pulut dgn santan cair , garam dan titiskan pewarna.Uli dan bentuhkan doh menjadi bulat..kemudian leperkan sedikit dan tekan bahagian tengah nya ( haku tak buat..haku bentuk bulatkan sahaja)
2. Panaskan air , santan dan gula dan masukkan adunan tepung  pulut yang diuli tadi.
3. Masukkan sagu dan pandan.
4. Biarkan mendidih atau sehingga  tepung pulut  telah timbul.
5. Sedia dihidang.


Selamat mencuba!!

Monday, August 8, 2011

IFtaR kEdUa RaMadHan 2011 - yANg jAuH DiNanTi

Alhamdullilah dah seminggu kita di bulan Ramadhan :) minggu nih as plan turn rumah Kak Ngah ku plak destinasi berbuka puasa keluarga. Cuma kali ini lebih meriah kerana abg long ku yang duduk di Kedah dapat balik ke Johor dan berbuka puasa bersama..Almaklum..tahap setahun sekali kami berjumpa jadi peluang duduk berkumpul bersama begini mmg dinanti, meriah dengan senda gurau dan gelak ketawa..makan beramai-ramai dan "berebut-rebut" nih mmg tak sedar nasi licin dipinggan..sesekali melupakan diet (selalu sebenarnyer) takperlah kan..

Minggu hadapan InsyaAllah dirumah Kak Long haku plak..whoa..tahun niiiih baru haku perasan..adik bradik haku beraya sakan!! Menukar cat rumah, perabot, langsir, baju tu of coz lah kan..haku nih tumpang bahagia jelah..yelah nak beria duduk menyewa..nanti lah kalau ader rezeki berumah sendiri..(entah bila)

Untuk sessi Iftar nih haku buat Cream puff sebagai buah tangan..banyak haku simpan resepi cream puff nih..tapi kali nih again I follow Kak Rima recipe.Haku tak buat pun filling nyer..sbb masa suntuk..just drizzle dgn coklat dan dusting dgn powder sugar.Tapi kat sini haku paste kan sekali version filling yang kak Rima buat..boleh juga kalau nak buat filling kastard. Thank you sis Rima for this lovely recipe.:)


Ingredients
225 ml water
100 g margarine - i used unsalted butter
1 tbsp granulated sugar
125g high protein flour - bread flour
4 eggs

Method
1. Sift flour on paper.
2.Place water, butter and sugar in a pot and heat until butter melts and the mixture starts to boil.
3. Remove from heat and pour in all the flour while continue beating.
4. Put back on the stove and mix until the dough forms a ball and leaves the side of the pot.
5. Remove the pot and pour the dough into a mixing bowl. Using a beater start beating the dough for 2 minutes.
6. Add eggs one at a time making sure thoroughly mixed. Dough should be soft and shiny.
7. Place into piping bag and pipe into shapes.
8. Bake in a preheated oven 180C until it's golden brown... abt 25mins

Vanilla custard
3 egg yolks
1 / 4 cup sugar
1 stick vanilla bean
1 cup UHT milk
15gr corn flour
1 tbsp Salted butter

Method
1. Mix the egg yolks, sugar, corn flour, stir until well blended and pale yellow in color.
2. Heat the milk and vanilla bean until almost boiling, remove vanilla bean, pour half of the boiled milk into the beaten egg + sugar + corn flour, stir, then pour back into remaining milk , reheat, stirring constantly until custard thickens, remove from fire, add butter, stir until well blended, let it cool bef putting into piping bag.

Durian custard
220g durian flesh
3ooml milk
110g sugar
40g corn flour
1 egg yolk
1/4 teaspoon salt

Method
1. Blend durian flesh and milk
2. Add in sugar and salt - place it in a pan
3. Heat the milk/durian until it starts to boil. Add in corn flour and continue to stir.
4. Add in egg yolk and continue to stir using a whisk until small bubble appear. Cook for another 2 minutes. Remove and pour into another container and cover with cling film. Cool down and chill for 2 hours.




Wednesday, October 20, 2010

MeE MagGI cepAt DImaSak??


Salam Khamis...fuh..2-3 hari nih Johor Dilanda jerebu!! walau belum ditahap kritikal tapi cukup membuat hidung susah bernafas..Udara pun panas..tak hujan ..atau hujan sekadar rintik-rintik.Alhamdullilah juga pagi nih hujan turun mencurah-curah..rasa sejuk dunia..bersih udara..segar..huhuhu..lepas nih kena beli face mask..Jerebu2 nih nanti mcm2 penyakit biasa ader..baik kita mencegah sebelum terkena..haku kalau dah terjankit batuk dan selsema..mmg bercinta nak baik!!Cerita pasal cuaca dan udara nih..mmg beri pengaruh pada stail pemakanan..haku kalau musim panas nih..rasa malas je nak masak yg berat..yg bersantan2..nak makan yg mudah2..dan ringan2 jerk..sebb apa..sbb bila panas2 rasa letih..bila panas2 rasa nak baring jerk..rehat..tapi pewut yg lapar minta diisi..masak Maggi lah..kan cepat dimasak???!!Ye ker..Itu kalau masak Mee Maggi yg rebus2 tuh..Nih gatal nak makan Pizza Maggi plak..takdernyer dalam 2 minit cepat siap kan?Resepi nih kan rasanyer haku dapat dr Chef Wan lama dulu masa zaman sekolah lagi rasanyer..Berpuloh kali gak lah dah membuat..dan bermacam stail dan version yg haku dah cuba.Ala2 resepi yg tak lapuk dihujan tak lekang dek panas lah gituh..mmg sentiasa memuaskan hati..sedap!!

Pizza Maggi
Goreng

Bahan-Bahan
1 bungkus Mee Maggie ( perisa kari )
2 biji telur
1 labu bawang potong dadu
1/2 biji lada benggala hijau potong dadu ( tak letak)
1 biji tomato potong dadu


Toppings
Terpulang pada kreativiti
(Tuna,daging, isi ayam, sosej. udang, Isi ketam, Sardin )


Optional

Serbuk keju

Cara-Cara

1.Celur Mee maggi dalam air panas..sehingga mee lembut (jangan terlalu kembang )
2.Toskan mee dan gaul dengan serbuk perisa maggi ( haku guna separuh paket shj)
3.Dalam bekas lain..pecahkan telur kacau..sekadar menyatukan kuning dan putih telur
4.Tuang dalam mee dan campurkan dengan bawang, lada dan tomato beserta topping yg digemari ( haku guna sosej ayam utk kali nih)
5.Gaul sebati.Panaskan fryin pan dengan sesudu minyak.Api kecil. Tuang adunan dlm fryin pan..ratakan seperti kita nak buat lempeng.Goreng .
6.Tabur serbuk keju diatas permukaan pizza..hidang panas.


P/S :- Pizza nih makan panas2 sedap..kalau dah sejuk..cam muak plak haku rasa.. :)

Friday, October 15, 2010

Ducheese Potatoes

Salam...haiz..payah sungguh kalau angin M nih sedang melanda..rasa nak berbaring takmahu buat apa2..petik jari apa yg dihinginkan semua tersedia..tapi mana boleh macam tuh...Kalau ikut cerita P Remlee tiup harmonika semua terhidang tuh lain lah..Ini realiti.walau mcmana pun rasa M nyer kena lah jugak gigih merajinkan diri..Kalau tak sendiri menahan lapar..Lama haku mengintai resepi nih..exceli nih kali kedua haku buat benda nih..kalu pertama dulu..main tuang jerk..jadi terlembik sedikit..tak boleh nak diacu..lagipun masa tuh..kita takder lagi remekin2 nih ( adegan nak tayang remekin gak nih ) resepi nih kita tiru dr Dapur Kak Hana.Memang betul katanyer..Resepi nih memang sedap .Nama jer Du-Cheese..tapi tiada penggunaaan Cheese langsung dalam bahan2 nyer.Lemak ..lazzzaaaat dan berkrim. Kak Hana plak amik resepi nih dr sini.Kat situ boleh tgk kemain cantik lagi acuan nyer.Haku buat resepi nih setengah adunan jerk.Tapi yg tak best nyer walau dah dua kali buat tetap haku belum berjaya..mencerap ducheese nih macam yg dibuat oleh kat Hana. Jadi haku bakar je semua dlm bekas remekin.Kebetulan ader sedikit serbuk cheese yg berbaki..sebelum expired..haku taburkan atas Ducheese nih..Nih baru betul Ducheese..ahaks.

Ducheese Potatoes by Kak Hana


Bahan-bahan
  • 750g kentang - kupas kulit dan potong 4
  • 2-3 sudu butter
  • 3-4 sudu susu segar
  • 2 biji kuning telur
  • serbuk buah pala - x ltk
  • blackpepper
  • garam
Untuk sapuan
  • 1 biji kuning telur
  • 1-2 sudu susu segar
Cara-cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Toskan. Lenyek menggunakan masher potato.
  • Masukkan garam, butter, susu segar, kuning telur, serbuk buah pala dan juga black pepper. Lenyek hingga halus.
  • Panaskan oven suhu 200. Alaskan loyang dengan baking sheet. Masukkan kentang ke dalam piping bag menggunakan nozzle tertentu dan picitkan ke atas loyang.
  • Sapukan dengan campuran kuning telur dan susu. Bakar sehingga keperangan lebih kurang 30-40min.

P/S : Nak kena berguru dengan Kak Hana lagi nih.

Tuesday, June 23, 2009

ROti JaLa...Kari DagiNG

Plan tuh..mmg lah nak buat project Jelly Kelapa..semangat sungguh ke Tesco nak mencari kelapa Pandan..hampeh..stock kelapa xder yang ader tuh mcm dah nak expired jerk..xper..tu menu in q tuh..walau x dapat jelly kelapa.. semangat juga nak cuba resepi baru.. menjenguk dapur hana di Jepun tuh..Resepi Roti jala menjadi pilihan.. bahan-bahan pun ader..apa lagi...mengirai lah mlm tadi..
Resepi nih mudah jer bahan- bahan nyer..Senang jer nak buat..
Bahan- Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 biji telur (gred A)
setitik 2 pewarna kuning
sedikit esen pandan (optional)
Cara- Cara
Campurkan semua bahan dlm blender
Blend sebati
Perap 1/2 jam (aku perap 20 min jerk..dah x sabar nak mengirai)
Guna kuali leper atau fryin pan(non stick)
lengser minyak---kirai..
cara nak melipat tuh terpulang kepada kreativiti memasing yerk.
Roti jala nih ader yang makan dengan serawa durian ( musim duriankan sekarang..) ader tuh yang lawan makan dengan kari..x kira lah kari daging ke ayam..tapi untuk makan malam ku ini..kari daging menjadi pilihan..


All set? apalagi...dinner time...(lepas juga hajat nak makan roti jala ) for Ana_Naoumi..kalau tgk nih..jgn kecuh sangat..Dah tunjuk cara ..cecuba lah buat yerk..kalau umah tuh sebelah boleh juga aku bagi sepinggan..