Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

KUiH TraDiSi- KUiH LoMPaNG

Assalamualaikum w.b.t

Haish lama  betul tak update  blog - reason malas?  bukan! takder masa? mungkin !

Manakan tidak  selain sibuk dengan tugas  dan rutin wajib kerja ada sahaja xtvt  tambahan yang haku lakukan ..Sengaja..sekadar  menghilangkan  rungsing hati  dan  melarikan diri ..hikhikhik mcm berjaya?!! dan akhirnya yang haku pelajari ..walau sejauh mana  kita cuba mengelak dari memkikirkan masalah tetap masalah akan datang bertimpa..Jadi yang perlu dilakukan ialah dengan menghadapi masalah tersebut.Terkadang penyelesaiannya  tersangat mudah cuma  mata hati nih je yg kadang buta kan. 

Cabaran membuat  kuih tradisional dari my sister nih mmg mengujakan.Pertama  haku  mmg tak mahir  langsung buat kuih tradisional dan kedua  haku kena  korbankan masa balik kerja , nonton tv rehat2 sbb tiap2 hari kena buat  untuk dihantar sebagai jualan di sebelah pagi.Mmg  terus buat kajian dan  merujuk pakar2  nak buat kuih tradisional nih..Ok laugh at me like  elleh setakat buat kuih begini pun nak haru sgt.. cuba test buat..mmg kuih senang buat tapi kalau tak tahu cara.. mmg   bantat  lah jawapannya..silap2 masuk tong sampah..aduhai..kan rugi?!

Resepi nih haku  amik dr  Kak Yatie.. I loike sgt sbb  adunan tuh disukat dgn cawan. hasilnya pun  tidak mengecewakan..cheewy gooey..Cuma  bab gula tuh pada haku yg kuat manis nih ..kurang sikit..next time buat kena tambah gula sikit lagi..tapi kalau yg tak suka manis..adunan nih kira dah ngam sgt.Manis2 buah gituh.  Satu adunan nih  boleh dapat lebih kurang 50 biji !

 


Kuih Lompang - Kak yatie

Bahan-Bahan
  • 2 1/2 cawan Tepung Beras
  • 1/2 cawan Tepung  ubi
  • 1 cawan Gula
  • 1 sk esen rose 
  • 1 sk air kapur ( nih haku tambah )
  • 4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung dan 2 cawan masak dgn gula)
  • Daun Pandan

Cara-cara


  1. Satukan tepung beras & tepung sagu dalam mangkuk.
  2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air dan ketepikan dahulu.
  3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.(sejukkan sebentar/suam)
  4. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
  5. Masukkan sedikit esen rose. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
  6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min. Kemudian oles kan minyak supaya  kuih mudah dikeluarkan dari acuan.
  7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
  8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. 
  9. Nota : air  kapur berperanan supaya adunan kita kental dan  bila dah siap kukus tuh bagi dia sejuk sikit sebelum keluarkan dari acuan.



Saturday, August 13, 2011

NaManya KUih TaKo lah!

Pheewww..akhirnya berjaya juga membuat kuih nih..selalu nyer tau makan jerk..sejak awal Ramadhan hari tuh haku memang dah berniat nak mencuba membuat..tapi masa tuh konpius antara perbezaan Kuih nih dan Tepung Pelita..tapi akhirnya tup..tup Kak Azlita dlm blognya telah menunjukkan langkah demi langkah pembuatan Kuih Tako nih..Bagai org mengantuk disorong bantal!!! Laju jer haku membeli semua bahan untuk membuat.Kak Azlita juga menunjukkan cara-cara membuat Tepung Pelita..ooo baru lah haku dapat mencari perbazaan kedua kuih nih..hehehe..lepas nih bolehlah buat projek Tepung pelita plak..tapi kena import daun p isang dr kampung dulu..ahaks..and N3 ini khas untuk sahabat baik ku Why yang nak tahu step by step pembuatan Kuih Tako..Resepi haku CNP mcm biasa and Why..please refer to the link untuk step by step pembuatan kotak tuh yerk :) untuk Kak Azlita terima kasih banyak2.

KUIH TAKO
Sumber : kak Azlita (Masam Manis )
Adunan nih menghasilkan lebih kurang 12 kotak kuih tako

Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam

Susun kotak pandan atas tray.
Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.

Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!

* Peringatan 1 sdb = 10grams



Ader yang terliur ker? Mudah je membuat kuih nih rupanyer!! Lepas nih kalau disuruh membuat InsyaAllah tau dah :)

Haku buat setengah adunan diatas..dapat lah dlm 6 kotak..cukup lah kan..makan sendiri :)

Ini dia rupa tepung Hoen Kwe..ader kaler putih/hijau/oren/merah dan biru!!

Tuesday, August 24, 2010

KuiH LiMAs

Ini lah untung nyer kalau rajin sedikit mencari rujukan..selak2 buku resepi ker..atau sekadar blog walking di blog2 masakan ..pasti akan berjumpa dengan resepi2 yang baru..Mula2 nampak nama kuih nih haku tergelak juga..bukan mengejek..tapi teringat Rumah Limas kat Danga Bay tuh..tak sangka ader jugak kuih yg nama Limas yerk..apa maksud Limas nih?? hahhaa..kena rujuk kat kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka dulu..Tgk bahan2 dan cara..mudah disediakan..seperti biasa lah..seakan telah menjadi motto dan tabiat..haku nih kalau masakkan yg ringkas..bahan2 nyer pun mudah..mmg teruja lah haku nak mencuba buat..sebenarnyer..dah lama haku intai resepi kuih nih kat Dapur Kak Mas.Sengaja ku simpan .. sebb mmg plan tuh nak buat time bulan2 pose begini..Kak Mas..kita minta izin CNP resepi kat sini yerk..senang..dibuat rujukan ..kalau ader masa nak buat lagi..:)



KUIH LIMAS
Bahan untuk lapis bawah :

* 2 1/2 cawan santan cair
* 2 helai daun pandan ( haku guna 1 sudu perisa pandan )
* 1 cawan tepung gandum
* 2 sudu gula

Cara :
- Kisar daun pandan dengan santan cair dan tapis, masukkan gula dan tepung gandum dan tambah warna hijau jika perlu dan kisar lagi untuk sebatikan. Ketepikan.


Bahan atas :

* 2 1/2 cawan santan pekat
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh garam

Cara :
- Kisar semua bahan untuk sebatikan dan ketepikan. ( Jika tak guna pengisar untuk sebatikan, adunan perlu ditapis supaya tak berketul.)

***** Gula pasir secukupnya untuk dijadikan lapisan air gula.





Cara membuatnya :

1. Panaskan pengukus .
2. Letakkan 1 sudu kecil gula pasir dalam bekas acuan dan tuang adunan lapisan bawah ( warna hijau ). Agak2 setengah bekas. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.
3. Kemudian tuang adunan atas dan kukus lagi selama 10 minit. Sedap dimakan ketika panas atau sejuk.

Saturday, August 21, 2010

KuiH TepUnG BunGa

First time haku dengar nama kuih nih...kalau first time tuh..memang lah haku tak pernah makan kan..ternampak lah resepi nih kat dapur Kak Nor Trg..hadoi..haku nih kalau bulan pose suka benar makan kuih yg manis, pengat atau bubur..jadi bila nampak resepi nih..terus rasa nak buat jugak..ialah..selain kuih yg tak pernah haku tahu kewujudannyer ..cara nyer pun mudah..almaklum lah..org bekerja macam haku nih..balik rumah ader lebih kurang 1 jam je nak masak hidangan berbuka..jadi..kalau yg remeh temeh nih..kena tunggu weekend lah jawab nyer.. :) ini pun beduk dah berbunyi haku betul2 tgh mengoreng kuih nih..Alhamdullilah..sempat juga nak makan kuih nih waktu berbuka..Terima kasih kak Nor..for sharing this receipe..Minta Izin CnP resepi nyer yerk..:)

KUIH TEPUNG BUNGA

Bahan- Bahan

1 1/2cawan tepung pulut
3/4cawan (180ml) santan pekat
1/2 st garam halus
2 bj telur
minyak utk goreng
gula utk tabur

Cara- cara

Gaul tepung pulut dgn santan & garam hingga sebati sampai boleh membentuk bola,
tak melekat kat tangan dan bekas ( cam jd berkilat skit )
Pastu gentel sebesar guli hingga habis.
Pecahkan telur dan kocok/pukul hingga sebati.
Panaskan minyak dan leperkan sebiji adunan td atas tapak tangan, jd sebesar duit siling 50.
Celup dlm telur dan goreng sampai golden brown dan toskan
Hidangkan dlm piring dan tabur gula.


* Ala- ala..mcm kuih kertas sikit..tapi kuih nih..lagi lembut dan gebus.. dan mencelup dlm telur sebelum menggoreng..itu lah keunikkan nyer :)