Showing posts with label StoRiEs MoriEs. Show all posts
Showing posts with label StoRiEs MoriEs. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

A Way To StarT A DaY

Assalamualaikum.

Alhamdullilah  bertemu dengan tahun hijrah yang baru..apa lah azam  tahun baru   kamu semua yerk? yang setahun lalu dah tercapai ke hajat2 nya?

Haku  seperti biasa..tiada azam2 yang extravaganza..sekadar mengharapkan yang lebih baik dari setahun  yang lalu.

Tak terlambat kiranya ku mengucapkan  Selamat Menyambut Tahun baru 2013 kepada semua! Semoga di tahun baru ini  semakin lancar dan dipermudahkan rezeki kita dan berjaya didunia dan akhirat.


Dan sempena hari yang mulia dan berbahagia ini  Allah telah memberikan keizinan untuk  haku  bernafas dan meraikan  hari ulangtahun. Didalam hati tersangat rindu kepada arwah mak dan  bapak. Terima Kasih kerana melahirkan ku, menjaga, membesarkan dan mendidik haku.tidak terbalas walau setitk pun jasa mak dan bapak.TERIMA KASIH MAK DAN BAPAK.Adik  sayang sangat dan rindu sangat!!

 Terima kasih pada ucapan-ucapan harijadi dari teman-teman di FB dan terima kasih untuk yang tersayang  for the advance treat dan hadiah.Bukan hadiah mahal yg  dipinta hanya ingatan yang sangat2 dihargai.  

Friday, December 14, 2012

Biar Betul?? Be a Maybank2u Star Contest-RM5000 untuk dimenangi!!!

Assalamualaikum .. cantek  tarikh dalam kalendar islam hari ini 1.2.34.., dan  hari ini juga haku telah berazam untuk  komited menjalankan perniagaan  secara online!! Jual apa?
 
Jual peralatan memasak!! hehehe..tapi itu nantilah  haku cerita panjang lebar lagi ..Tapi N3 kalai nih  special  mengenai  satu peraduan  dari  Maybank. Asalnya memang  haku ader ternampak  iklan  dalam page maybank2u tuh..tapi buat tak endah lagi..nampak plak abg mat cik  gebu tuh buat satu n3 nak join jugak..ooo ini sudah macam menyeronokkan..Ok tak salah kita mencuba ..ada rezeki siapa yg nak bagi kan? RM5k tuh boleh tambah2  duit hantaran apa? ahaks ahaks..eh eh kalau kes haku  boleh bayar duit mak andam tuh..heheheh.. hanya perlukan sedikit kreativiti  dan cipta  satu add berdasarkan  template yang diberikan dalam applikasi  facebook maybank ..alahai mudah  sungguh!

Klik gambar untuk syarat penyertaan


Bila baca term n condition tuh..mmg lah tersangat mudah je cara2 nya nak menyertai.. Untuk blogger boleh dapat Asus Nexus 7 Tablet lagi, wallah wallah...siapa yang ngak mahu!!



Kalau cerita pasal internet  banking nih..sejak  haku mengenalinya dari tahun 2006 sampai sekarang.. apa urusan yang boleh  guna  online  banking..memang itu lah jadi pilihan. Dulu mmg lah org kata boleh percaya ke  dengan online nih , takut data kena curi, takut nanti duit hilang atau  bayaran tuh mmg betul sampai kepada penerima ker..tapi  selama hampir 6 tahun nih tak pernah satu pun haku menghadapi masalah. Of coz lah ..kan online banking   dengan bank  "rimau"!!!  mmg haku sentiasa yakin  dgn tahap security dan  keberkesanan nya.



Namakan apa sahaja urusan.. bayaran bil2 utiliti, loan ptptn, bayaran ASB, hutang dengan AEON, Tabung Haji, Car Insurance Renewal beli top - up handphone  semua  haku buat guna Maybank2u je. Bukan tu je, beli kek , beli barang dr obersi beli novel, beli baju, beli kasut semua guna bayaran guna Maybank2u.com jugak! pendek kata.. apa2 transaction  pun buat guna hujung jari jerk..yang penting $$$ sentiasa ada dlm akaun lah..

Jangan ingat perkhidmatan maybank2u nih terhad kepada pembayaran sahaja.. dari sini jugak haku boleh track record  akaun .Biasanya tgk  payment customer  dah masuk ke belum..  tracking  debit card usage . Ada juga pembayaran2 yang haku buat auto debit. senang tak payah nak pikir. Every month  bank ni seakan "bekerja" dengan menguruskan kewangan  ku.Mudah...mudah! Sejak   guna internet banking nih..haku tak pernah request  fizikal bank statement lagi  kalau withdraw  duit  dr ATM pun haku tak akan  amik penyata sebab haku tau  boleh je nanti cek balik guna online. Customer pun selalu prefer nak buat pembayaran guna  Maybank2u je bila berurusan.

Haku bukan nak puji melambung2  tapi memang  semenjak mengunakan perkhidmatan nih..mmg sedikit pun tak ada keraguan. Jimat masa  jimat tenaga..tenang jiwa..semua urusan selesai dengan mudah!!

Tak Caya?? Cuba lah guna lepas nih . Terima Kasih  Maybank untuk servis dan perkhidmatan yang cemerlang!!

 

Saturday, December 1, 2012

CoNTEst BoRdER LaCE- VeiL by AdRIA CoTTaGE

Assalamualaikum..

Lama juga tak menulis disini..kadang2 macam kering idea! tapi bila idea datang mencurah2 masa pula yang tiada..Oooo manusia mmg banyak alasan! ahaks.

Rasanya dah hampir 8 bulan haku mula berjinak2 dengan menyertai pelbagai peraduan..biasanya..yang free jelah yang tak membabitkan $$$,Saja2 mengisi masa sambil bermuka buku..hehehe..tapi peraduan  yang ini , benar2 menarik perhatian ku..free Border Lace!!! nak tahu kenapa haku beriya2 nak menang hadiah nih? sebab.......................

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
nak buat baju peplum yang ader letak lacey2 tuh..ahakakaka..
tetiba lah teringin jugak nak berpeplum2 nih. (walaupun babat tgh mencanak2) tak kira2..nak gak..nampak mcm sgt sweet gituh!!


ok2 kalau kamu semua pun nak cuba menang  border lace percuma nih..boleh je terjah  facebook  Veil by Adria Cottage nih..then follow step2 contest tuh yerk.1m border lace cukup buat  hiasan baju tuh..mari!!





## harap2 saya adalah rezeki### 

 

Tuesday, September 4, 2012

Salam Perkenalan dan 8th GiveAway (GA) dari UMIYUMI

Assalamualaikum..

Bertemu kita kembali..ada yang  sedang berpuasa 6 ke? ader yang dah beraya dah pun..Alhamdullilah..haku nih baru dapat sehari..InsyaAllah esok akan bermula semula. 2 minggu  Syawal nih penuh dgn aktiviti  menghadirkan diri dengan jemputan rumah terbuka..mmg kena melupakan  lah   niat2 nak berdiet tuh.Macam2 hidangan  yang tersedia..tak lupa juga..waktu beginilah tuan rumah tayang set pinggan mangkuk..waduh..haku hanya mampu menjeling dan menelan liur..yelah..bila lah nak  merasa guna  pinggan mangkuk  mahal 2 nih..

Hikhik2 tapi kan  kalau   ada yang berminat  nak membeli pinggan mangkuk berjenama nih mudah je sekarang ..tak perlu nak kedai ..duduk depan komputer pun dan boleh beli online..ramai  blogger yang menjual melalui  talian..salah satunya Ms Umiyumi nih.. Kalau minat nak membeli  barangan jenama Corelle..boleh je jengah2  blog beliau..Kebetulan  Ms Umiyumi nih sedang buat  giveaway..wah..sudah yang ke-lapan!! semoga sentiasa murah rezeki dan  berjaya dalam biz  nyer yerk.. (Suka tgk  anak bangsa makin berjaya nih)

Kepada yang berminat nak join giveaway nih boleh klik SINI untuk mengetahui  cara2 nyer yerk.. Hadiah nyer pun lumayan..ce tengok sendiri :

Amacam? best kan hadiahnye..meh lah cuba..JOM JOM!!
Salam perkenalan untuk Umiyumi  juga!!

Saturday, December 31, 2011

ThE LaSt BuT NoT LeAst and A HaPPy NeW YeaR!!


Happy new year to all...semoga sentiasa success in good thing you do and apa azam tahun baru?? as myself oooo I still have a long azam yg masih tak tertunaikan..InsyaAllah..but this coming year I hope and pray everything yg haku hajatkan tuh akan tertunai..more baking project next year?? absolutely!! as the end of the day of 2011..Haku nak share kan fews my baking project yang tak sempat nak post.. :)


My very humble Marble Cheesecake..yg belum dideco..thank you Kak Rima for the recipe..siap dapat tempahan lagi!! :)


Marble Cheesecake yg dah kena deco!! For my nephew birthday!!


A birthday cake for a baeutiful young woman!! A triple chocolate cake!! resepi gubahan dan olahan sendiri..sangat yummy dan tinggi kalori!! eat with your own risk!


A farewell chocolate cake!! we always have a best year during the school time kan?


It been 6 year we're together now...another level this coming year perhaps??


My popcakes....adegan tension menghabiskan kek bantat!! sedap


This cake is really yum!!Dont judge a book by it cover..mmg haku tahu kek nih tak berapa nak jadi dr segi rupa paras dan deco nye..but i tell you kek nih mmg sedap..Thank you kak hanieliza for this super recipe and to kak Azlita for the sharing

I love this cake to the bit!! I cant keep myself from smiling at last I did it!!My very own Angry Bird cake...

Thank you all for your support..for my visitor, reader..my follower..my sifus..(owner blog masak2) thank you for your good sharing..and for my frens..thank you for always be there for me..and untuk yang tersayang..thank you for everything..AND..for my best fren...congratulation..take care..See you guys in 2012!!

~end of 2011~

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI 2011 dari shakiddo.com

Salam Selasa semua..haiz mood nak menghapdet blog nih tetiba je merudum ..Bukan hapa..dgn kejadian2 yang berlaku..kami seakan berkabung adik beradik..mood semua hilang ntah kemana..dirundung kesedihan.Tapi setelah berpikir..ajal dan maut mmg Allah yang menentukan.Yang hidup insaflah..dan mengambil iktibar dr apa yang berlaku.Perbanyakkan Ibadat dan doa..kerana ternyata..hidup didunia nih memang sementara sahaja.

Tahun ini tahun kedua kami adik bradik beraya tanpa kedua ibu bapa.Bila takbir bergema masing-masing berlagak gembira tapi diwajah tetap terbayang kesayuan .Tapi haku merasakan kami adik bradik cuba untuk meneruskan kehidupan dan membiasakan diri .Tahun ini masing2 beriya2 menyediakan persiapan untuk raya..masing2 berebut2 memilih warna baju sedondon.Kami bersama2 menjelajah kedai memilih langsir , mencari kasut dan mencari tudung..haiz..kalau diingat2 memang kelakar..dan haku plak tahun nih beriya2 membuat biskut2 raya.Alhamdullilah semua dapat merasa sebalang dua.

N3 nih boleh dikatakan N3 menyelam sambil minum air..selain nak share sedikit gambar2 keluargu sewaktu berhari raya..saja2 lah haku nak join contest Shakiddo.com nih.Hadiah tajaan bersama dr hazmanfadzil.com.Mana lah tau menang top-up..jimat perbelanjaan..apatah lagi top up nak naik harga nih..ishk2




Gambar2 kenangan bersama keluarga masing2..Besar kan family haku?
Ader group "Gagak Hitam"..group "Hantu DIJEE"..group "MAX-XIS"hehehehe



Ini punya gambar nak masuk frame..nak gantung kat dinding umah tuh ..jarang haku dapat bergambar dgn kakak2 haku nih yang posing senonoh cam nih..ahaks..adoii..tembam sungguh lah..mmg lepas nih kena masuk BOOT Camp bersama Jillian.haiz..:(


Biskut Dahlia Diajar Kak Rima
Macaroon dibuat berinti sekaya
29 Ogos Takbir Bergema
Selamat Menyambut Merdeka Raya


Bunyi Mercun gegak gempita
Di pagi Raya nampak ceria
Tangan dihulur ampun maaf dipinta
Tanda dosa antara kita 0-0 lah ye!

~Peace No War~

Thursday, September 8, 2011

TEriMa KasiH TaNDa InGaTan










Salam...

Terima kasih diatas semua ucapan takziah yang diterima.Dan hari nih haku gantung kad raya dr teman2 di alam maya nih.Sekarang tiada lagi kad ucapan seperti dulu..masih teringat dulu haku akan mengantung kad-kad raya yang diterima pada pokok hiasan ..pada dinding..kenangan lah tuh semua..sekarang gantung kad raya kat blog plak..canggih kan..? :)

Wednesday, September 7, 2011

Al-Fatihah buat Kekanda ku

Assalamualaikum..

Aduhai ..hari raya tahun ini menambah rasa sedih dah kesayuan dalam hati.Pada 04 September 2011 bersamaan dengan 6 Syawal pada pukul lebih kurang 4ptg haku telah menerima panggilan dr abg cik ku yang meminta haku menelefon semua adik bradik untuk pulang kekampung dgn segera kerana Abg Ngah ku telah tiada..Tak sempat haku nak bertanyakan dengan lebih lanjut kenapa mengapa ..bagaimana..Dalam keadaan yang terkejut dan terkesima..laju je jari jemari nih menekan nombor2 telefon adik bradik..dalam kekalutan tuh haku sempat juga berpikir untuk menelefon sanak saudara untuk menyampaikan berita sedih ini..Dalam masa setengah jam ..kak Ngah ku sampai kerumah..kami berkemas dan bersedia menunggu jenazah sampai .Kemudian kakakku yang lain, org kampung , sanak saudara mula dtg kerumah..Jenazah arwah sampai lebih kurang dlm pukul 5 ptgh lebih..

Sayu nyer rasa hati..baru hari raya pertama kelmarin..kami berkumpul..bermaaf-maafan..berjalan raya bersama-sama kerumah makcik2..dan kini arwah kaku , sejuk.Pilu rasa hati hanya Allah yang maha mengetahui..Masih teringat perlakuan dan gelak tawa serta gurau senda.Tapi ini semua membuat haku semakin terpikir..tentang betapa kerdilnya diri ini..dan bila2 masa apabila dikehendakki maka kita akan pergi menghadap Pencipta.

Hari ini kami sekeluarga membuat kenduri tahlil untuk arwah.Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.InsyaAllah.

Alfatihah untuk
Almarhum Shmiran Bin Kadir
(30.07.1968 - 04.09.2011)

Friday, August 26, 2011

Kad UCaPan UntuK SemUa

Assalamualaikum...salam Jumaat yang mulia..akhirnya kita telah hampir kepenhujung Ramadhan.:(

Hari ini hari terakhir bekerja sebelum bercuti panjang..Haku juga akan bercuti blogging selama seminggu..balik kampung lah :)

Di kesempatan ini haku ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung jika ader kekurangan , tersalah bahasa ketika menjawab pertanyaan dan Ucapan terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi resepi , jasa mu itu tidak akan dapat ku balas.Haku halalkan kepada mereka yang mengambil mana2 bahagian resepi didalam blog ku ini .Kepada yang pulang ke kampung halaman..berhati2 dijalan raya.Kepada yang sudi sila lah ambil kad raya diatas ni ..gantung kat ruang dapur masing2 yerk. Dan bila nanti berhari raya..jaga diri :)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF LAHIR & BATIN


Wednesday, August 24, 2011

TeRiMa KasiH KepADa SeMUa!!

Alhamdullilah..Alhamdullilah...Alhamdullilah.Puji dan syukur kepada Allah.

N3 hari ini kutujukan khas kepada pengunjung- pengunjung blog ku yang tidak sepertinyer ini.Semenjak 2 tahun yang lepas..blog ini sekadar medium untuk haku berkongsi cerita , resepi dan produk hasil kerastangan ku membaking dan mendeko untuk rujukan diriku sendiri, kawan-kawan dan pelanggan.memang tidak dinafikan ader masa blog ini tidak berhapdet hingga berminggu..pertama kerana kekangan masa, dan haku sendiri tiada bahan untuk dimasukkan.Setiap kali haku masuk dalam blog jumlah pengunjung kadang2 hanya seorang..haku lah tuh kan...:) .yelah..blog kita nih tak sehebat mana kalau dibandingkan dengan blog blogger yang lebih terkenal..pengunjung nya lebih kurang 80 keatas dalam satu2 masa.

Apabila haku mula sedikit aktif di awal Ramadhan dengan memasukkan N3 biskut2 raya..bukan itu sahaja..haku juga menggunakan medium kelab-kelab dan group masakan dalam facebook untuk berkongsi..Terima kasih kepada admin2 Kongsi resepi!!.Hasilnya pengunjung ke dalam blog ini bertambah dan haku bercadang memberikan sedikit ganjaran kepada pengunjung yang bertuah .Bermula dengan pengunjung ke 10,000 yang telah dimenangi oleh Pn Ruhaya Mohamad Pazi dari Perak.Terima kasih..haku akan menghantar hadiah penhargaan untuk beliau InsyaAllah selepas hari raya nanti..Dan kemudian nya..bilangan pengunjung ku meningkat paling tinggi mencecah 16 org dalam satu masa..walau yang demikian..tetap haku berbangga dan bersyukur.

Pagi ini apabila haku masuk ke blog ini yang dapat kulihat.Jumlah bilangan pengunjung ku mencecah 47 org!!! sgt teruja..sgt berbangga dan sgt bersyukur..mungkin pada org lain..alamak baru 47 org dah excited? tapi pada haku..mmg excited dan sgt2 berterima kasih ..seperti tak menyangka sambutan dan kunjungan ke blog ku ini..Oleh yang demikian..kepada para pengunjung..teruslah berkunjung lagi ke blog ini..dan pengunjung bertuah yang ke-50, 000 akan menerima hadiah penghargaan dari ku.



Haku sangat menghargai kunjungan kalian dan haku meminta maaf jika terdapat apa2 kekurangan dan semoga info yang terdapat disini dapat dimanfaatkan kita bersama.

Terima Kasih!!!




Friday, August 12, 2011

Is ThiS ReALLy moTher OF PaiN??


Salam Jumaat semua..Ooo I wake up this morning with a toothache!!! hadoii sakit nyer sampai buat haku terdiam ..Rasa sakit, ngilu sampai berdenyut ke kepala..I can go to work ini macam..So I decide to take MC and ask yang tersayang to bring me to see a dentist..Well excelikan..haku kalau jumpa dentist nih satu masalah juga..nervous !! Rasa mcm ader rama2 dalam pewut!! Pukul 7.50 haku dah gerak ke klinik..(kunun semangat dan tabah..tapi sebenarnyer..dup dap dup dapp!!!) Dalam kereta tringat nak tgk kad klinik tuh nak tgk klinik buka pukul brapa..and it state the business hour start at 9a.m!! but then since haku dah on the way..I was thinking..takperlah tunggu kat klinik..Psychology tuh..kalau dah sampai klinik tak leh lari lah kan..sekali bila sampai kat parking klinik..Mr Dentist pun sama sampai....terus Dentist start pukul 8 hari nih. ahaks..

After some checking..the Dentist advising me to do the root canal procedure...terus haku freakin out bila Dentist tuh sebut..sbb haku tringat cerita kak Rima..bila last time dia buat root canal..baca cerita dia disini..Dentist tuh nyer gelak tgk haku takut..diakata..it ok..tak semesti buat hari nih kalau mentally you tak prepared! Well you bet Mr Dentist!!!

Dan akhirnyer haku just menjalani satu teeth removal..tapi sbb gigi depan sikit dr gigi molar..so dia nyer pain..jgn cakap.As for the root canal ..haku kena lah buat gak..that one kemudian bila haku bersedia..tapi tetap kena mentally prepare!! Yes of coz dgn ongkos yang mencukupi.it about RM300.00.Nantilah ye Mr Dentist..nanti kita jumpa semula.As for now..cuba nak tido untuk menghilangkan sakit..sebab bius mcm dah hilang..tapi tak boleh plak..tiba2 angin membaking bertiup..aderkah? aderkah? hahahahha

Got the Idea why I'm freakin out?

Wednesday, August 3, 2011

IFtaR PeRtaMa RaMadHan 2011 - DLm HaTi AdEr KeSaYuAn

Kunun2 hari nih nak wordless..tapi tak wordless jugak nampaknyer..hari nih haku penuhkan buku dgn resepi2 pencuci mulut..InsyaAllah kalau panjang umur..nak cuba membuat salah satunyer untuk berbuka petang ini. :)

Entah bila ianyer bermula tradisi berbuka puasa mengikut giliran rumah adik bradik.seperti biasa permulaan pada Puasa yang pertama kami semua berkumpul di kampung..rumah tingalan arwah orang tua kami..Berkumpul ramai2..mcm2 cerita yang dikongsi..tetapi kesayuan didalam hati kerana menyambut ramadhan tanpa ibu bapa mmg tidak dapat disembunyi.

Bila bercerita..pasti kami semua akan menyentuh kalau emak ader dia akan buat begini..kalau bapak ader dia akan cakap begitu..haiz..walau di wajah tergambar bahagia..hati didalam terpercik kesayuan. :(

Ini antara gambar2 yang sempat haku rakam..dengan jumlah keluarga yang besar mmg kelam kabut sikit melayan apatah lagi anak2 sedara yang ade mula belajar untuk berpuasa. :)

Hidangan2 pencuci mulut nih ader yang haku buat sendiri ader juga yang dibawa oleh akak2 ku yang lain..Alhamdullilah rezeki ramadhan..minggu ini bergilir berbuka dirumah kak ngah ku pula..nanti waktu tiba giliran berbuka dirumah ku..entah apa menu yang hendak disediakan..ader idea? buntu memikirkan..tapi masa lambat lagi..masih sempat mengodek dapur sifu2 masakan yang terkenal.. :)

Thursday, July 28, 2011

BiLA RAmADhan Al-MuBarak MenJeLMa KemBaLi


Bismillahirahmanirahim...

DOA MALAIKAT JIBRAIL menjelang Ramadan..
"Ya Allah,tolong abaikan puasa umat Muhammad apabila sblm msuk bulan Ramadan,dia tdak melakukan hal2 yg brikut:
~Tdak memohon maaf terlebih dulu pd kedua ibubapanya
~Tdak bermaafan terlebih dulu antara suami isteri
~Tdak bermaafan terlebih dulu dgn org2 skitar

Tinggal beberapa hari sahaja lagi..tahun ini rasa tak sabar sungguh bertemu dengan Ramadhan.Walau tahun ini tahun kedua haku berpuasa dgn status (yatim piatu) bukan untuk menagih simpati atau menunjuk..tapi hanya ingin berkongsi rasa..betapa syahdu nya perasaan ini..Tiada lagi dapat merasa air tangan ibu ku yang dahulu selalu haku mengadu " asyik2 masak yang sama" tiada lagi mendengar suara garang bapa ku yang membebel bila kami liat bangun sahur..atau berebut2 ketika berbuka..aduhai..sayu sungguh bila mengenangkan ..tetapi yang pergi manakan dapat kembali..hanya doa untuk ayahanda dan bonda.Oleh itu kepada yang masih mempunyai ibu bapa..hargai mereka .. dan di kesempatan ini haku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ader kesalahan yg mungkin secara langsung atau tidak.haku minta maaf dgn tulus ikhlas yer.

Sempena N3 pertama mengenai Bulan Ramadhan nih haku nak share tips tentang cara2 pemakanan yang sesuai diamalkan ketika bersahur dan berbuka yang haku perolehi dr Jabatan kesihatan Malaysia.Yelah kan almaklum..kita nih bila ramadhan..itulah masa kita test macam2 resepi..biarlah berpada dan jangan membazir...
PEMAKANAN DI BULAN RAMADHAN
KETIKA BERBUKA PUASA :
Ketika berbuka puasa makanlah :
a) 3 Biji Kurma ( Kaya dengan tenaga, serat, vitamin d
an mineral)
...b) 1/2 cawan jus buah buahan
c) 1 mangkuk kecil sup sayur
d) 1 atau 2 keping roti
•Tujuan makan makanan ini kerana :
Kembalikan paras gula yang sangat rendah dalam darah ke paras gula yang normal.
•Jangan makan kuih, manisan, atau air manis yang berlebihan kerana :
-tinggikan paras gula dalam darah.
-naikkan berat badan.

•Jangan makan berlebihan pada masa ini kerana :
-tingkatkan asid yang mendadak dalam perut boleh mendatangkan rasa tidak selesa dalam perut dan menjejaskan kesihatan.

SELEPAS SOLAT MAGRIB :

Setelah solat magrib makanlah menu :

a) 1 1/2 nasi + 1 ikan / 1 ayam + 1 cawan sayur + 1 buah + air (air minuman daripada semulajadi seperti pandan, limau nipis, serai) Atau

b) Rancang menu dengan mengambil 5 kumpulan as
as makanan iaitu bijirin, ubi, buah, sayur, ikan, daging, ayam, kekacang, susu, tenusu, garam gula yang rendah.

• Jangan makan benda yang berminyak atau gorengan.
• Jangan benda yang benda yang bersantan.

• Jangan minum teh/kopi (kafien) kerana boleh menghalang penyerapan zat makanan dalam badan.
• Kurangkan makan terlalu pedas atau berempah (memedihkan perut)
• Gunakan kaedah panggang, kukus atau rebus.
• Tambah kekacang dhal, kacang kuda, kacang soya, kacang pis dalam makanan.

SELEPAS SOLAT TERAWIH :

a) kekacang / sandwich / yogurt / roti bijirin 3 keping / biskut / 1 atau 2 ketul kuih / 1 gelas susu. Atau

b) Nasi + sayur + ikan + buah

KAWALAN AIR PUTIH : (6-8 gelas)


a) 2 gelas air sewaktu berbuka puasa.
b) 2 atau 3 gelas air sebelum tidur atau selepas solat terawih.
c) 2 gelas air sewaktu sahur.

PEMAKANAN SEMASA SAHUR :

a) sandwish / bubur nasi / oat / bijirin sarapan pagi / roti salut telur / macaroni goreng / spageti

dalam setiap makanan yang di pilih di atas ini tambahkan di dalamnya

- sayuran / sup sayur
- buahan
- air putih

b) Atau "mee segera" tetapi pastikan anda tambah
di dalamnya

- telur
- ikan bilis
- sawi
- kobis

• Pengambilan teh & kopi tidak di galakkan semasa sahur kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan melalui air kencing

Aktiviti Metabolisme :

LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL 1/2 JAM SEBELUM BERBUK
A PUASA ATAU SELEPAS MAKANAN DI HADAM :

- Jalan kaki ke masjid untuk solat terawih (jika boleh)
- Solat Terawih

Selain tuh kan..satu lagi yang haku perhati lah..bila time Ramadhan nih ramai lah yang tukar perabot ..mula menjahit langsir baru..tak kurang juga yang mcm haku nih upgrade Oven besar sbb nak buat project biskut raya.Bukan nak menunjuk2 juga..cuma nak ucapkan penhargaan kepada pelanggan2 yang memberi sokongan..dengan hasil titik peluh dapat lah haku membeli oven nih..walau budget masih kecil tapi haku sangat berpuas hati..takperlah..kalau nak terus2 beli oven yang canggih dan mahal..belum mampu..InsyaAllah..sedikit2 lama2 ader lah rezeki..Terima kasih juga untuk yang tersayang...tunjukkan kedai dan bawa haku pi beli Oven nih..TERIMA KASIH!!