As Salam...MasyaAllah..lama betul tak menghapdet rumah kecil yang satu ini..bertahun2!!! hari ini entah angin apa pagi2 haku dah bersihkan habuk2..mengantung langsir baru, menukar perhiasan dan menghias seadanya...hah! happy rumah kecil ku ini telah berwajah baru ..dan setelah sekian lama nya ..hari ini haku menulis kembali .. : ) :)
Hari nih sekadar nak berkongsi biskut yg tgh popular ..mmg bermacam versi yg ada skrg..ada yg menggunakan campuran tepung beras, atau tepung jagung, ada yang menggunakan butter semata ada juga yg menggunakan campuran shortening.. maka jadilah versi2 yang rangup atau pun yang chewy gooey..tapi walau bagaimana pun version nya..rasa biskut nih mmg sedap, boleh sahaja ditambah kekacang jika suka..membuat biskut ini juga tak boleh kedekut dengan choc chip tuh..bila letak lebih sikit baru lah terasa bertambah ummmpph!!Tahap kemanisan pun begitu juga...oleh kerana choc chip dah memang sedia manis..kurangkan sedikit gula..tapi kalau yg suka manis2..silakan sahaja follow resepi ini to the bit.
Resepi nih haku adaptasi dari Cooking Classy tapi sudah tentu diolah sedikit supaya sesuai dengan citarasa dan kemudahan sendiri :)
Red Velvet with White Choc Chip Cookies
Sumber: Cooking Classy
Sumber: Cooking Classy
Oven : 375 deg/ 170 celcius
Time : 12 min
Serve : 100 biji +
Bahan-Bahan
2 1/2 cwn tepung serbaguna
2 1/2 sdb serbuk koko
1 1/2 sdt tepung jagung
3/4 sdt baking soda
1/2 sdt garam
Gaulkan bahan-bahan kering ini dalam mangkuk berasingan.
8 sdb butter
6 sdb vege shortening
1 1/2 cwn gula castor/halus
Pukul sebati sehingga sedikit pucat. gunakan senduk kayu atau ballon whisk sahaja
1 biji telur Grd A
1 biji kuning telur
1 1/2 sdt cuka makan/ distilled vinegar
1 1/2 sdt vanilla
1 sdb pewarna merah
Masukkan telur sebiji- sebiji dan pukul sebati sahaja. Masukkan bahan kering, cuka, pewarna dan vanilla, gaul sekadar sebati.
* Boleh tambahkan kekacang jika mahu seperti badam/walnut/macademia/hazel dll.
* Campuran ini memang akan kelihatan lembik
Gunakan sudu kecil dan sudukan diatas loyang. Susun 5-8 choc chip diatas adunan tersebut..berhati2 jgn terlalu menekan .Bakar.
* Letak loyang dibahagian tengah oven dan gunakan api atas bawah.Fan off. Jika oven terlalu panas turunkan sedikit suhu.supaya dapat mengekalkan warna merah biskut.
* Bila adunan dikeluarkan dari oven memang keadaan biskut akan kelihatan lembik. Sejukkan diatas redai.haba akan terus memasak biskut dan biskut akan menjadi rangup.Bila biskut sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
* Biskut yang chewy gooey ini sgt sedap sesuai dijadikan hidangan hari raya, buat kudapan seharian pun seronok juga!!
###Untuk tempahan bolehlah whatsapp ke #0197850912 @ #0127945483###
Hanya RM18/sebalang .
No comments:
Post a Comment