Haish lama betul tak update blog - reason malas? bukan! takder masa? mungkin !
Manakan tidak selain sibuk dengan tugas dan rutin wajib kerja ada sahaja xtvt tambahan yang haku lakukan ..Sengaja..sekadar menghilangkan rungsing hati dan melarikan diri ..hikhikhik mcm berjaya?!! dan akhirnya yang haku pelajari ..walau sejauh mana kita cuba mengelak dari memkikirkan masalah tetap masalah akan datang bertimpa..Jadi yang perlu dilakukan ialah dengan menghadapi masalah tersebut.Terkadang penyelesaiannya tersangat mudah cuma mata hati nih je yg kadang buta kan.
Cabaran membuat kuih tradisional dari my sister nih mmg mengujakan.Pertama haku mmg tak mahir langsung buat kuih tradisional dan kedua haku kena korbankan masa balik kerja , nonton tv rehat2 sbb tiap2 hari kena buat untuk dihantar sebagai jualan di sebelah pagi.Mmg terus buat kajian dan merujuk pakar2 nak buat kuih tradisional nih..Ok laugh at me like elleh setakat buat kuih begini pun nak haru sgt.. cuba test buat..mmg kuih senang buat tapi kalau tak tahu cara.. mmg bantat lah jawapannya..silap2 masuk tong sampah..aduhai..kan rugi?!
Resepi nih haku amik dr Kak Yatie.. I loike sgt sbb adunan tuh disukat dgn cawan. hasilnya pun tidak mengecewakan..cheewy gooey..Cuma bab gula tuh pada haku yg kuat manis nih ..kurang sikit..next time buat kena tambah gula sikit lagi..tapi kalau yg tak suka manis..adunan nih kira dah ngam sgt.Manis2 buah gituh. Satu adunan nih boleh dapat lebih kurang 50 biji !
Bahan-Bahan
- 2 1/2 cawan Tepung Beras
- 1/2 cawan Tepung ubi
- 1 cawan Gula
- 1 sk esen rose
- 1 sk air kapur ( nih haku tambah )
- 4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung dan 2 cawan masak dgn gula)
- Daun Pandan
Cara-cara
- Satukan tepung beras & tepung sagu dalam mangkuk.
- Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air dan ketepikan dahulu.
- Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.(sejukkan sebentar/suam)
- Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
- Masukkan sedikit esen rose. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
- Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min. Kemudian oles kan minyak supaya kuih mudah dikeluarkan dari acuan.
- Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
- Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan.
- Nota : air kapur berperanan supaya adunan kita kental dan bila dah siap kukus tuh bagi dia sejuk sikit sebelum keluarkan dari acuan.
7 comments:
Post a Comment