Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

Koleksi Biskut Raya 2014 : Red Velvet with White Choc Chip Cookies

As Salam...MasyaAllah..lama betul tak menghapdet  rumah kecil yang satu ini..bertahun2!!! hari ini entah angin apa pagi2 haku dah bersihkan habuk2..mengantung  langsir baru, menukar perhiasan  dan menghias seadanya...hah! happy rumah kecil ku ini telah berwajah baru ..dan  setelah sekian lama nya ..hari ini haku menulis kembali .. : ) :)

Hari nih  sekadar nak berkongsi biskut yg tgh popular ..mmg bermacam versi  yg ada skrg..ada yg menggunakan campuran tepung beras, atau tepung jagung, ada yang menggunakan butter semata ada juga yg menggunakan campuran shortening.. maka jadilah versi2 yang rangup atau pun yang chewy gooey..tapi walau bagaimana pun version nya..rasa biskut nih mmg sedap, boleh sahaja ditambah  kekacang jika suka..membuat biskut ini juga tak boleh kedekut dengan choc chip tuh..bila letak lebih sikit baru lah terasa  bertambah ummmpph!!Tahap kemanisan pun begitu juga...oleh kerana choc chip  dah memang sedia manis..kurangkan sedikit  gula..tapi kalau yg suka manis2..silakan sahaja follow resepi ini to the bit.




Resepi nih haku adaptasi dari  Cooking  Classy tapi sudah tentu diolah sedikit supaya sesuai dengan  citarasa dan kemudahan sendiri :)

Red Velvet with White Choc Chip Cookies
Sumber: Cooking Classy
Oven : 375 deg/ 170 celcius
Time : 12 min
Serve : 100 biji +

Bahan-Bahan
2 1/2 cwn tepung serbaguna
2 1/2 sdb serbuk koko
1 1/2 sdt tepung jagung
3/4 sdt baking soda
1/2 sdt garam

Gaulkan bahan-bahan kering ini  dalam mangkuk  berasingan.

8 sdb butter
6 sdb vege shortening
1 1/2 cwn gula castor/halus

Pukul sebati sehingga sedikit  pucat. gunakan senduk kayu atau ballon whisk sahaja

1  biji telur Grd A
1 biji kuning telur
1 1/2 sdt cuka makan/ distilled vinegar
1 1/2 sdt vanilla
1 sdb pewarna merah

Masukkan telur  sebiji- sebiji dan pukul sebati sahaja. Masukkan  bahan kering, cuka, pewarna dan vanilla, gaul  sekadar sebati.

* Boleh tambahkan kekacang jika mahu seperti badam/walnut/macademia/hazel dll.

* Campuran ini memang akan kelihatan lembik

Gunakan sudu kecil dan sudukan diatas loyang. Susun 5-8 choc chip diatas  adunan tersebut..berhati2 jgn terlalu menekan .Bakar.
* Letak loyang dibahagian tengah oven dan gunakan api atas bawah.Fan off. Jika oven terlalu panas turunkan sedikit suhu.supaya dapat mengekalkan warna merah biskut.

* Bila adunan dikeluarkan dari oven memang keadaan biskut akan kelihatan lembik. Sejukkan diatas redai.haba  akan terus memasak biskut dan biskut akan menjadi rangup.Bila biskut sejuk simpan dalam  bekas kedap udara.

* Biskut yang chewy gooey ini sgt sedap  sesuai dijadikan hidangan hari raya, buat  kudapan seharian pun seronok juga!!

###Untuk tempahan bolehlah  whatsapp  ke #0197850912 @ #0127945483###
      Hanya RM18/sebalang .

Saturday, August 11, 2012

BisKut CosMo~ GaRinG RaNGGup!!!

Assalamualaikum..

Ok hari nih tak mau cerita banyak2..Just Nak masukkan n3 biskut2 raya tahun ini..Kepada yang sudi mencuba silakan selamat berhujung minggu!!


Biskut Cosmo
Sumber majalah RASA Julai 2012

Bahan-Bahan
125gm mentega
100gm gula perang
50gm gula kastor
160gm tepung gandum
100gm badam cincang
50gm oat
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh serbuk soda
1 biji telur
1/2 sdt esen vanilla

Ceri untuk hiasan
Oat secukupnya untuk salutan

Cara-Cara
1. Pukul mentega dan gula perang hingga kembang
2. Masukkan telur dan vanilla pukul sebati
3. Masukkan tepung bersama serbuk penaik, soda, badam cincang dan oat dan uli hingga menjadi doh.
4. Bentukkan doh menjadi doh ( haku sukat dgn menggunakan 1/2sdb setiap satunya) dan salut dgn oat hingga rata
5. Susun diatas loyang bakar dan hias dgn cer
6. Bakar dgn suhu 180c selama 25min atau ikut oven masing2

Biskut nih  akan  sedikit mengembang..oleh itu jarakkan  kedudukan doh bila hendak membakar..kalau  sukakan bentuk yang lebih kecil boleh sahaja membentuk  dgn 1sdt  setiap satunya.

Sangat ranggup dan garing!! suka2 :)

Wednesday, August 8, 2012

HoMeMaDE SanDiNgS SuGaR fOr SaMpEriT

Assalamualaikum..

Alhamdullilah hari nih   baru dapat menghapdet  blog semula..Pengalaman di Hospital dua hari lepas tak dapat kulupakan! manakan tidak..tak pernah seumur hidup ku ini kena buat xray  dan  kehulu hilir membuat beberapa ujian  sehingga dirujuk kepada pakar..nasib baiklah tak kena admit di hospital! Walau sakit  masih ader ..tapi alhamdullilah sedikit berkurang..ngeri juga kalau membayangkan kemungkinan  haku memang ader prolapse disc?! erks...lepas nih kena jaga pemakan..kena bersenam..kena buat semua yang doktor suruh!! ( ahaks) 

Tentulah  dgn  beberapa hari  lagi  menanti Syawal menjelma..ibu-ibu dan kakak-kak serta adik-adik  sibuk membuat persiapan ..mula membuat kuih muih..ader yang dah berbalang..ada yang beli sahaja..untuk haku ..haku selesa  membuat sendiri..tetapi tahun ini..hanya berniat membuat utk  orang..alhamdullilah tempahan  tahun ini  sangat memberangsangkan! boleh lahberi anak2 sedara  merasa duit raya lebih sikit.

Hari ini  haku nak share kan cara-cara membuat sanding sugar (Gula Tabur/Hiasan) yang selalu digunakan untuk menghias  biskut samperit..Sanding sugar juga boleh  digunakan untuk menghias  cupcakes dan juga cawan-cawan cocktail anda..Haku terlupa dari mana haku belajar teknik ini..aderkah dari youtube atau dari blog..erkkkk..another sign of age?

Bermula  dari kiri atas ke kanan :
1. Masukkan gula  yang hendak digunakan secukupnya kedalam  beg plastik.
2.  Titiskan 4-5 titik pewarna pilihan.
3. Goncang  beg plastik tersebut untuk  meratakan warna.
4. Tuang gula yg diwarnakan kedalam bekas dan biarkan seketika dlm suhu bilik supaya gula benar2 kering sebelum digunakan.

Taraaaa......... inilah hasil  sanding sugar hari ini..biskut samperit!



Pretty isnt it? for the Biskut Samperit recipe click HERE... 

Thursday, August 2, 2012

BiSkUt MoDerN MeMIKAt SeLErA ~ PuTeRi SalJu

Assalamualaikum..

Dua tiga hari nih mmg dah mula sibuk menyiapkan tempahan2 pelanggan.Alhamdullilah Ya Allah diatas  rezeki yang engkau berikan.Walau badan penat tetapi hati gembira dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.Terima Kasih!!

Hari nih haku nak share satu biskut moden dari sumber resepi Majalah SAJI 2010.Memang padan dgn nama..biskut ini sangat rapuh..kena berhati2 bila membuat tetapi tentang rasa haku beri markah 10 bintang!!! sebab apa? Adunan tepung dgn badam dan cornflakes..ranggup dan cair dimulut..kemudian dilitupi dgn coklat putih seputih salju dipadankan pula dgn jeruk kulit limau..rasa lemak , manis dan  masam halwa kulit limau berpadu menjadi satu..memang kalau rasa sekali..berkali2 masuk kemulut tak sedar!! 

Tahun ini sudah 3 tahun berturut2 biskut Puteri Salju ini menjadi pilhan pelanggan menempah berulang kali.Kalau tahun lepas dah menempah  tahun nih order lagi walau biskut nih takder dalam senarai jualan biskut raya tahun ini...apakah maksud nyer itu? hikhikhik..ok..sbb hari nih banyak benda nak settle..haku tayang kan pic nyer dulu ..InsyaAllah..esok haku hapdetkan resepinyer sekali.Sementara itu..cuci mata tgk pic2 dulu yerk.





Beratur-atur nak masuk balang puteri2 nih semua..hikhik :)




Tuesday, July 31, 2012

BiLa DaPaT yaNG BarU YaNG LaMa DiLuPa JanGaN

Assalamualaikum..

Panas betul cuaca sepanjang Ramadhan nih..kalau berbuka dgn kurma dan minum air  rasa sudah sungguh nikmat ! nak masak yang berat2 rasa malas sungguh..terasa lebih enak makan buah-buahan dan puding2 sejuk serta kuih muih sahaja.

Cuaca panas begini  kena lah jaga kesihatan lebih sikit..waktu sahur dan berbuka kena banyakkan minum air masak..sekurang-kurangnya 4 gelas waktu sahur dan 4 gelas berbuka supaya badan tidak terhidrasi..ahaks

Setelah 11 hari berpuasa tentu ada yang sudah mula membuat persiapan, membuat kuih muih, menjahit langsir  danbaju raya..macam  haku nih  langsir  tahun nih beli sahaja lah ..tak larat nak menjahit..tentang baju raya..guna apa yang ada sahajalah..setiap tahun semenjak  beraya tanpa mak dan bapak..rasa hari raya seperti  terlalu sayu.Memadailah dgn   apa yang ada.Lagipun bila aidilfitri yang budak2 lah lebih gembira..kita yang tua-tua  nih..lebih beserdahana shj ..biasanyalah..

Dalam hal membuat  biskut kuih muih raya..teringat arwah mak akan mula menjemur tepung dan gula..berhari2 dia menjemur..berdulang2..supaya nanti bila membuat kuih..tepung akan jadi ringan..gula pula ringan ditepuk..gituh lah kata arwah..sekarang nih main lebur je terus dr paket..ahaks..dan lagi dulu beraya kuih muih yang ada..sarang semut..bahulu..agar2 kering , kuih ros, tumpi, kerepek, bangkit , putu dan tart nenas.Sekarang  macam2 kuih muih dan biskut yang lebih moden  ..yelah zaman canggih teknologi..resepi2 biskut pun mula berkembang, rasa moden dgn rupa paras lebih kreatif. Haku  sukakan  kuih tart nenas nyonya..tak kira berzaman mcmana pun..InsyaAllah..tetap minat!!!Tapi  untuk kali ini  kerana memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan rupa paras kuih yg moden dgn sedikit inspirasi solekan dari majalah Saji 2010..ku hasilkan  Biskut Tart Sanggul Mak Dara..hahah..ngancam nama dia..tapi seriously peminat tegar tat seperti haku ini mmg selalu tergugat iman..bila menyolek rasa seperti satu  nak masuk mulut..ini macam bila nak penuh balang?





Untuk biskut tartnyer tuh..gunalah mana2 resepi biskut tart yg digemari.kalau tart pun beli je biskut ready made kemudian solekkan..Biasanya kalau membuat biskut tart haku serasi menggunakan resepi dari abg Mat Gebu nih..Haku CNP  kat sini buat rujukan dikemudian hari.
  
 Tart  Nenas
Sumber- Abg Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1 camca teh gula aising
1 biji telur
1/4 camca teh garam
Minyak sapi atau mentega secukupnya (anggaran dalam 3 camca besar)
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar duit 5 sen

Cara membuatnya :-)

  1. UNTUK PASTRY :- Satukan tepung gandum, gula aising dan garam, gaul rata. Pukul telur bersama beberapa titik pewarna maknanan kuning, dengan garfu kemudian masukkan tepung tadi, gaul dengan hujung jari hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti. Tambah mentega atau minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang boleh dicanai. Rehatkan 10 minit.
  2. Canai doh antara 2 keping plastik sehingga mendapat tahap ketebalan 0.5 cm. terap dengan acuan tat kegemaran, susun dalam loyang pembakar, buat hingga siap.Letakkan inti nenas
  3. Buat hingga siap dan bakar pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Apabila biskut sudah sejuk .Boleh lah dihias sedemikian rupa dgn menggunakan icing atau pun coklat putih.Ikut kretiviti kita. Untuk haku ..haku gunakan  icing resepi dari kak Naz..

Bahan-bahan Icing :
  • 20 ml putih telur
  • 100 gm gula icing
  • 1 tsp tepung jagung
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • Pewarna pilihan
Cara-cara :
  1. Pukul putih telur dan gula icing hingga bertanduk(pekat). 
  2. Masukkan tepung jagung dan asen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.

Wednesday, August 24, 2011

Monday, August 22, 2011

BisKuT RaYa 2011 : BisKuT SaMPan IkaTan KasiH

Nih antara biskut2 yang telah selamat haku buat semalam sempena cuti hujung minggu bersama anak2 sedara..biskut sampan nih pernah mengegarkan kan? Seingat haku zaman kepopularan biskut sampan nih bermula skitar tahun 1996-1997 sebelum evolusi Almond London..hehehe..sbb haku ingat lagi Kak Ngah ku beriya2 membeli majalah Wanita tahun 1997 bulan (lupa plak) kerana semata-mata mengandungi resepi biskut sampan nih..dan semenjak dr hari raya tahun tersebut..haku telah dipertanggungjawabkan untuk membuat biskut ini..Mmg hasil biskut sampan ini memuaskan..biskut yer terbahagi kepada bahagian pastri dan inti..tetapi proses membuat..boleh menyebabkan patah pinggang!! Kalau duduk membuat biskut nih..mau diperuntukkan sehari suntuk....nak dibahagikan kepada setiap adik bradik..mmg kena buat sekurang2 nya 3-4 adun lah :( pengsan!!

Sebab itu tahun ini haku minta anak2 sedara datang menolong..bila ramai2 tak lah rasa penat sgt..kerja pun cepat je habiskan..cepat2 pun dr Pukul 10pagi..hingga pukul 5 ptg baru siap tau..

walaupun sekarang dah bermacam versi kuih sampan yang ader..ader yang digaul semua bahan..dan dibakar dlm acu..ader plak intinyer diganti dgn bubble rice..tapi dihati ku kini dan selamanya..version kuih sampan berinti kelapa lah yang menjadi idaman.:)



Biskut Sampan Ikatan Kasih (120 biji)

Bahan-Bahan Pastri
270 gm butter
50 gm gula kastor
2 biji kuning telur
1/2 biji putih telur
1sdk esen vanilla
400gm tepung

Bahan Inti
150gm butter
12 sdb gula kastor
360 gm kelapa kering
180 gm badam ( atau kekacang yang lain)
3 biji telur
1 sdk esen vanilla



Cara membuat

Bahan Pastri
1.Putar butter dan gula hingga creamy /pucat
2.Masukkan kuning telur satu persatu..pukul sebati dan masukkan putih telur dan vanilla pukul sebentar.
3.Masukkan tepung sikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.Balut doh dgn cling wrap dan simpan dalam peti ais sebentar.

Bahan Inti
1.Putar butter dan gula hingga creamy /pusat
2.Masukkan telur satu persatu dan vanilla pukul sebati
3. Masukkan kelapa kering dan kacang.Gaul guna spatula hingga adunan menjadi seperti paste.

A.Ambil sedikit adunan doh..terap dalam acuan biskut sampan.Tekan sedikit untuk membuat
ruang untuk diisikan dgn inti
B.Letakkan inti kelapa tadi dan hias dengan buah ceri
C.Bakar pada suhu 145c selama 22 minit.

BisKuT RaYa 2011 : BisKuT BeBOLa CorNFlakes


Assalamualaikum..Alhamdullilah..selamat pagi Isnin..hamboi2x..semalam tentu ramai yang bershopping untuk raya kan? tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk membuat kuih muih ..almaklum..lebih kurang seminggu je kita akan menyambul Syawal dan meninggalkan Ramadhan..entah kenapa tahun nih..rasa sayu dr awal hari tuh sampai la nih tak hilang2! Haku asyik melayan membuat kuih muih..tapi satu persiapan raya yang lain pun haku tak buat..InsyaAllah..ingat minggu nih kalau ader kesempatan.. buat ala kadar jelah mana yg termampu di hati nih..:) Itu pun kalau angin mengkukis nih dah padam..tapi rasa2 mcm masih bertiup kencang je nih..hehehe..hari Sabtu hari tuh..haku kidnap anak2 sedara pompuan ku seramai 4 org menjadi helper membuat kuih raya..kunun2 nak full blast lah weekend nih kan..dan sebab nak membuat biskut yang kalau sensorang membuat mau patah pinggang oo..Alhamdullilah..kami balun 4 jenis biskut!!

Terima kasih anak2 sedara maksu..ye2 nanti maksu bagi upahnyer..Senang ader helpers nih..haku tukang uli..depa tukang canai..haku monitor jelah..hasil pembuatan mereka tuh..Kalau tgk depa semua nih..rasa cam tak caya anak2 ni dah membesar..masih rasa mereka nih kecil2 lagi depan mata haku nih :( hehehe..Ok first biskut yang kami buat yelah Biskut Bebola Cornflakes..Biskut nih tahun lepas lagi haku dah cuba buat..mmg manyak sedap!! ranggup..cornflakes..didalam corn flakes diluar!! Resepi nih dari blog kak Ummi di Kuantan nun..Thank you so much kak..mmg best biskut nih..according to her..biskut nih anatara biskut yang dia buat setiap tahun ..whoaa..kalau biskut yang ulang2 kita buat tiap tahun tanpa jemu..mesti lah biskut itu telah disenaraikan sebagai biskut yg SEDAP kan??! anak2 sedara tuh seronok membuat..seronok juga masuk mulut masing!!haku buat 2 adunan biskut nih dapat lah dalam 170 biji lebih kurang..




BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya
* Oleh kerana stok kismis haku dah nyawa2 ikan kurang 1/3 cwn pun tak dapat..haku tambah 2/3 cwn ceri merah + 2/3cwn ceri hijau.

Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
  5. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.


Thank you Kak Ummi for this lovely recipe!! Sat lagi haku hapdet biskut turun- temurun yang semenjak haku pandai guna oven bakar kuih nih maka wajib lah membuat biskut tersebut setiap tahun!!

Friday, August 19, 2011

BisKuT RaYa 2011 : BiSKut CiNTa KaSiH

Haiz..cepat betul masa berlalu..Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita..sudah hampir memasuki 10 malam yang terakhir...Haku nih membelek2 Ibadah yang dilakukan..masih banyak yang perlu dibuat..banyak yang perlu dipertingkat.Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan Ibadah puasa dan melakukan Ibadah yang lain..Amin..

Projek malam nih haku mencipta biskut dengan resepi sendiri..mengolah dr beberapa resepi..kira2 adegan triad n error lah nih..Alhamdullilah..hasilnyer tidak menghampakan..Sebenarnya..siapa kata makan banyak biskut raya nih memudaratkan?Mmg lah..semua benda pun kalau diambil berlebihan memudaratkan..tapi biskut raya juga hidangan yang menyihatkan..kandungan..bijirin..kekacang mmg diperlukan dlm diet..semenjak harga gula melonjak naik..makin ramai dah pandai makan hidangan yang kurang manis kan..sama jugalah dgn kaedah biskut raya nih..bila membuat haku biasanyer akan mengurangkan kandungan gula..kerana rasa lemak kacang dan manis bijirin serta sedikit rasa manis gula sudah memadai..tapi kanterpulang lah pada individu..mmg ader yg suka manis2 kan?Version haku dulu lah..sekarang dah taubat dah..xmo makan yg manis2 lagi..!:)

Biskut nih kuberikan nama "Biskut Cinta Kasih" kerana bila buat biskut yang mengandungi oat dan nestum nih..haku tringat pada arwah mak..dulu kemain susah dia nak makan benda2 nih semua..tak lalu katanyer..walhal mmg itulah yg boleh dimakan kerana diabetis yg semakin teruk..Lepas tuh haku feeling2 tringat cerita Kasih Alia kat TV3 tu plak..agak2 lah Eric dapat tak tackle Kasih yerk? hahahha..padah kalau mengikuti soap opera nih..kemudian kulukiskan Roses pada biskut sebagai hiasan keran tetiba plak rasa rindu pada ..tuttt..well you know who..yang tersayang kitalah!! ahaks haku jiwang plak malam nih..ok2 check out the recipe yerk..Biskut nih mmg rangup jerk,,trasa cam haku makan biskut EKO plak!!



BISKUT CINTA KASIH

Bahan-bahan
250 gm mentega halal
1 biji kuning telur
70 gm gula icing
2 sudu besar madu


180gm oat (dibakar dan dikisar)
140 gm tepung jagung
2 sudu besar serbuk santan
60 gm nestum
150 gm tepung gandum

Bahan Hiasan
Royal Icing



Cara Membuat
1.Putar semua bahan A sehingga creamy/warna butter sedikit pucat
2.Masukkan bahan B dan gaul dengan tangan hingga menjadi doh.Memang adunan nih nampak sedikit kersai kerana kandungan bijirin.
3 Terap dengan acuan yang sesuai
4.Bakar dengan suhu 145c 20 minit
5.Biar biskut sejuk dan hias dengan deco yang disukai menggunakan royal icing.

** Boleh juga kalau menhias dgn coklat cair dan ditaburkan manik gula.



BisKuT RaYa 2011 : CoRNFLakeS CoKLat



CORNFLAKES CHOCOLATE
Sumber : kak Nor Secubit garam

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji ) ( haku dapat 150 biji)
1 kotak besar cornflakes(325gm)
1 sudu besar madu
5 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu besar gula
6 bar cooking chocolate/450gm
3 sudu besar peanut butter *optional( Haku Letak )
50gm cocoa butter
manik hiasan jika suka
papercup secukupnya

Cara Membuat
Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair
Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2 supaya senang cair.
Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.
Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan.

Note dr Kak Nor:-

*Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yg membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain.
Cubalah.. insyaALLAH sedap..
*Jjika coklat sudah mula sejuk, cornflakes payah sket nak stick antara satu sama lain. Boleh lah dipanaskan balik sekejap balance yg belum diisikan ke dalam cup (dgn api perlahan) pastu cepat2 isikan ke dlm papercup ya..

hari nih tak mau cakap banyak2..rasa tak sihat..sakit kepala dan sakit perut..Just wanna say satu je..Biskut nih mmg sedap!! Mudah buat ader kelainan versi biskut conflakes.


Wednesday, August 17, 2011

BisKuT RaYa 2011 : SaMPeRiT

Fuhh..malam tadi mmg marathon membuat biskut raya..tahun nih ntah angin apa..setiap hari tak sabar nak balik rumahnak membuat biskut raya nih..ahaks..ok org tua2 kata..yang lama dilupa jangan..kuih-muih tradisional yang dihidangkan sewaktu Hari Raya membawa nostalgia zaman kanak2 kan? Bahulu..wajik..lengkong merah..makmur..kuih rotan..kuih tiram..haiz..banyak lah..dulukan masa kecik2 bila berjalan raya..selalunya abg haku akan warning supaya tak duduk umah yg disinggah tuh lama2 sebab nak cepat2 buat collection..jadi tak sempat lah nak betul2 makan kuih raya yang dihidangkan kan? Jadi apa haku buat..mana2 biskut atau kuih yang haku berkenan tuh..haku bungkus dlm tisu..amik lah sekeping dua..then sumbat dlm handbag collection tuh..untuk makan dirumah atau dlm perjalanan ke rumah yang lain..nanti bila balik kerumah arwah mak akan tanya apa yang mengelembung je handbag tuh..ingatkan banyak duit collection tapi penuh biskut dan kuih raya je rupanyer..Tapi zaman dulu kita berjalan raya..mmg niat nak makan kuih raya dan berziarah..tak pernah kisah berapa org nak sedekah duit raya..bagi seposen pun diterima dgn senang hati..Zaman sekarang bila turn haku bagi duit raya..depan2 haku bebudak ni jawab " Hek elleh singgit!!!" Sabau jelah..anak sapa lah nih?? haiz..:))

Sebenarnya kan haku konpius betul antara Biskut dahlia dan samperit nih..ader yang menggunakan adunan bahan yang sama ..bila diterap panjang2 jadilah samperit..bila diterap dgn acuan bunga..jadi Bunga Dahlia..ye jerk?? Dgn kekonpiusan masih didalam hati..haku menyalin resepi samperit dari Kak Anawahid nih..Fulamak bila buat tuh..sepanjang masa haku nerbes.. tak sabar nak tgk result..aderkah dia akan mekar setaman? keras membatu? atau berderai..bila batch pertama keluar oven..panas2 haku dah merasa..Fuhhh..cair dimulut..sedap sangat!!!!Terus dgn hati berbunga..haku terus menerap..Alhamdullilah..This super recipe surely a keeper!!

Ni antara adegan2 memecah dara..punya lama perap acuan samperit tuh..baru nih brani nak membuat!!

Biskut Samperit
Sumber : Anawahid

Bahan-bahan ( 170 biji )

* 250 gram butter/margerin
* 1 cawan gula halus/icing/kastor - nk kurangkan pon bole ( haku guna gula 3/4cwn gula icing)
* 1 biji telur gred A
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 2 cawan tepung ubi
* 2 titik pewarna kuning
* 1 sudu teh esen vanilla
* * ekstra tepung gandum & ubi 1/2 cawan** (haku buat 1/3 tepung gandum + 1/3 tepung ubi)
* colour rice utk hiasan (optional)

Cara-cara

1. pukul telur dan gula halus/icing sebentar dan masukkan pula butter, esen vanilla dan pewarna kuning dan gaul kesemuanya hingga rata
2. masukkan tepung ubi dan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh
3.jikalau doh masih lembik tambah ekstra tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi sederhana lembik ( lembut ) agar mudah di terap
4. sebelum menerap doh tadi tutup doh dengan tuala basah.**doh mudah keras dgn sendiri kerana tepung ubi sentiasa tutup dgn tuala basah agar lembut** jgn biar doh terdedah.
5.terap doh memanjang di dalam dulang pembakar setiap satu barisan potong kepada 4 bahagian
6. ulangi menerap doh sehingga selesai, kalau nk hias dgn colour rice, tabur diatas doh yg telah diterap...
7. bakar didalam oven pada suhu 145c selama 20 minit, bergantung pd oven masing2. Siap


** Kesian haku baru testing2 amik pic..bateri kamera habis terus..minta maaf lah yerk..itulah satu2nya gambar yang sempat diambil.

*** Lepas nih nak cuba buat samperit version pandan..strawberry..marble..peppermint..apa lagi?

****Psstttt..dah siap packing duit raya belum??

Monday, August 15, 2011

BisKuT RaYa 2011 : ThE BLacK BeAutY OrEo CooKiEs

Aduhai..senang nyer dalam hati..yang diidamkan akhirnyer telah berjaya membuat ..hisk..bila angin membuat kukis nih bertiup rasa cam taknak pi ofis..nak duduk umah menguli kukis jerk..hehehe..boleh ker? mau dapat warning letter nanti..ahaks..

First time nampak biskut nihdi blog Kak Wan ( citarasawan) terus jatuh hati nak membuat..bahan2 mudah..nak membuat nyer pun tak banyak karenah..haiz..makcik mmg suka lah kalau resepi2 yg mcm nih..:) Terus salin resepi sekali belum sempat haku membuat Kak Azlita sifu masak-memasak tuh dah tayang dulu..whooaa makin terbakar haku nak membuat biskut nih..dan malam tadi tercapai lah hasrat di hati nih..conclusionnyer PUAS!!

Biskut nih mmg sgt sedap..lembut..rasa coklat nyer mmg double..pada peminat coklat sesuai lah kalau nak membuat biskut nih.


BISKUT OREO BLACK BEAUTY
by: Citarasawan
Sumber Dari : Kak Azlita Blog MasamManis

Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor (haku guna 150gm)


Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia(haku campur sekali dgn krim dia..dlm 4 keping biskut oreo)
1/2 sudu teh baking powder (haku terguna 1sdk plak..ahaks!!)

Hiasan
Putih telur - ita tak letak(I follow)
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia(4 kpg amik krim yang lebih buang krim)
Coklat masakan putih cairkan(haku guna coklat strawberry)
Croquant - ita tak letak(I follow)

Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat strawberry.

*Cara haku sama dgn yang dibuat oleh Kak Wan dan Kak Azlita..bulat2 kan adunan ..x perlu celup dlm telur pun terus golekkan dlm serbuk oreo ..masuk dlm paper cup dan bakar.:)

* Letak 1 sdk baking powder
* Acuan menggunakan 1/2sdb .bentukkan bulat.


Haha..kunun2 nak buat food art..sekali Lovey dovey tuh sengget!!

BisKuT RaYa 2011 : PaNdaN LusCioUs

Hehehe..berbuka apa hari nih?..hari nih kita amik cuti masak berbuka..yang tersayang sarung apron hari nih memasak ..Alhamdullilah..walau cuma sardin dan telur dadar air tangan dr keikhlasan tuh mmg tiada tandingan..lagipun hari ni sakit kepala berdenyut2..bila dah rehat sekejap..baru ringan sikit kepala..mungkin panas cuaca..:) Takperlah cabaran tuh dibulan Ramadhan..andai sakit itu akan menggugurkan dosa2..maka haku masih sanggup menghadapinya..Terima Kasih Allah.

Ok nih seperti yang dijanjikan haku hapdetkan resepi satu lagi biskut moden yang haku ambil dari Majalah RASA keluaran Ogos 2011: Pandan Luscious..sgt lah Lucious kan biskut nih..dengar2 nampak2 dah ramai yang terguda..ahaks..


Pandan Luscious
(60-68biji)

Bahan A
200gm mentega(Halal)
200gm gula kastor
1 sdk coklat emulco

Bahan B
180gm tepung gandum(Guna 150gm shj)
80gm tepung jagung
50 gm nestum*
30 gm kelapa*
20 gm kacang makadamia*
20 gm susu tepung

Bahan Hiasan
Sedikit Nestum
Sedikit coklat Pandan
Sedikit Putir telur

Cara Membuat
1.Pukul Mentega dan gula hingga sebati
2.Masukkan coklat emulco dan kacau sebati
3.Masukkan bahan B dan guna tangan uli hingga menjadi doh
4.Sukat menggunakan 1/2 sudu teh dan bentuk bujur
5.Celup dengan putih telur dan gaulkan dengan nestum
6.Bakar dgn suhu 145c selama 23 minit.
7.Sejukkan biskut sebelum dicelup dlm coklat pandan yg telah dicairkan menggunakan kaedah double boiler.



*Kalau membuat biskut yang mengandungi campuran bijirin (nestum/oat atau kekacang) tidak mengapa jika menggunakan jumlah tepung yang kurang dr resepi kerana tepung dan campuran bijirin akan menjadikan biskut kering dan keras!!



Bau lemak nestum dan wangi coklat berperisa pandan..padanan yg uuummmmpppp!! untuk biskut nih..sesuai nama sesedap rasa!!


Haku guna coklat pandan nih..beli masa Giant mula2 keluarkan barang2 keperluan untuk membuat kuih raya hari tuh..Harga cuma RM5.90 jerk untuk 500gm..agak2 dapat harganih lagi tak sekrang?


Saturday, August 13, 2011

BisKuT RaYa 2011 : IdAmaN HaTi

Wooott...wooott..semalam kan lepas balik dr jumpa Mr Dentist ingat nak tido jerk..tapi mcm tak boleh plak..hangin membaking pun sedap je bertiup..jadi mengodek satu adunan biskut nih..Resepi dari majalah RASA keluaran Ogos 2011..wallah..bau wangi horlick dan oat..ishkk..harum jer..plak "cuti puasa" tuh yg makin semangat tuh..satu untuk biskut..satu untuk saya!!! ahaks..

Biskut Idaman Hati (60-70 biji)

Bahan-Bahan
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk oat
60 gm serbuk horlick
225 gm mentega
150 gm gula kastor
2 biji telur
1 sdk esen vanilla

Bahan Hiasan
Coklat masakan
Manik gula warna warni

Cara membuat
1.Pukul telur dan gula hingga kembang
2.Kemudian masukkan mentega, tepung gandum, esen vanilla, oat dan horlick.Uli hingga sebati.
3. Bentuk biskut mengikut citarasa.
4. Bakar adunan selama 20 minit dgn suhu 145c
5. Sejukkan biskut diatas redai kemudian hias dengan coklat putih dan manik gula.
6.Simpan dalam bekas kedap udara.


Sukalah kalau buat biskut yang ader deco2 nih!!


siap satu lagi biskut..next pllzzz!!!

Thursday, August 11, 2011

BisKuT RaYa 2011 : PreTTy StRaWberRiES

Oleh kerana mood nak membuat biskut raya tahun nih sedang hebat bertiup..malam tadi selamat sudah mengadun satu lagi resepi yang haku cilok dr majalah RASA Ogos 2011 nih..haku nih kan suka kalau buat benda yang tak banyak karenah..senang je nak membuat..plak tuh deco2 dgn royal icing..lagi makcik loike!!! Biskut nih kan..menggunakan campuran kacang Hazel..tapi sbb kat rumah takder..haku ganti dgn Badam..dan juga..memandai2 haku tambah sedikit esen Lemon dlm Royal icing tuh..tapi kan I tell you..padanan rasa strawberry dgn lemak badam dan tangy lemon..membuat kan biskut nih pada haku umpphhh!!..malam tadi haku buat 1 adunan sahaja..cukuplah..buat tambah2..banyak lagi..resepi2 biskut yang sedang menanti untuk haku cuba membuatnya. Pssttt..minggu nih kita layanz biskut moden tau..nanti minggu depan InsyaAllah kita layanz kuih muih dan biskut2 lama plak..yuhhuuuu..

Pretty Strawberries

130gm butter (halal)
50gm icing sugar
1 biji telur
1sdk strawberry emulco/paste
270 gm tepung
50 gm kacang hazel (kisar halus)

Cara membuat
1. Pukul butter dan icing sugar hingga kembang
2. Tambah telur dan strawberry emulco pukul sebati
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh
4. Tambahkan dengan serbuk kacang hazel.
5. Canai adunan dan terap dgn acuan bentuk hati
6.Bakar dgn suhu 145c selama 22 minit.
7. Bila biskut sejuk, hias dgn royal icing



Untuk resepi Royal Icing..haku guna resepi dr Kedai Bagus..dengan sedikit modification ..haku guna cream of tartar instead of lemon juice :)

Royal Icing

2 biji putih telur
3 cawan icing sugar
1/2 sdk cream of tartar

*haku tambah 1 sdk esen lemon

Cara membuat
1. Pukul putih telur dan cream of tartar sehingga bertanduk
2.Dgn kelajuan perlahan masukkan icing sugar sedikit demi sedikit .
3.Putar sehingga sebati, warna ikut suka.

Wednesday, August 10, 2011

BisKuT RaYa 2011 : DaiSy PetALs


Yuuhuuuu..sungguh happy kerana haku berjaya mentunekan mood membuat biskut raya..sbb frust tak dapat mengodek kuih tako..kita godek biskut raya..yang tersangat mudah dan enak nih..rapuh jerk..lembut dan cair di mulut ..almaklum..nama pun Daisy petals..munga2 so cam fragile gituh..Biskut nih bahan2 nyer mudah..membuat pun tak lecehkejap jerk aku dah settle bersilat..ahaks..haku buat 2 adunan resepi dibawah.Rsepi nih haku amik dr majalah kontroversi SAJI bulan Ogos 2011.

Daisy Petals

(1 Adunan = 50 biji (ikut ketebalan))

Bahan - Bahan
150gm mentega (halal)
100gm gula halus
200gm tepung serbaguna
50gm tepung jagung
1 biji kuning telur

Pewarna ikut kesukaan
Haku guna pewarna coklat dan kuning telur

Coklat cip untuk hiasan.

Cara membuat
1.Putar mentega dan gula hingga lembut
2.Tambahkan kuning telur dan adun sebati
3.Campurkan semua tepung dan ayak
4.Campurkan tepung dalam adunan..uli sehingga tidak melekat pada mangkuk
5.Bahagi dua adunan tersebut dan tambah pewarna kesukaan
6.Terap dan hias mengikut kreativiti
7.Bakar dgn suhu 145c selama 18 minit.
8.Biar biskut sejuk baru disimpan didlam bekas


PERINGATAN UNTUK HAKU : BAHAGIAN BASE 1 ADUNAN.BAHAGIAN BUNGA 1/2 ADUNAN MENGHASILKAN 100 BIJI BISKUT.

Saturday, October 2, 2010

CoRNFlaKes CoOkies

Minggu nih buat lagi biskut raya..hehehe..kali ni buat biskut kompleks plak..amik dr rumah Cikgu Ummi kita yg duk kat Kuantan nun..bila duk bancuh bahan2..baru haku terperasan stok komplek ku sebenarnyer sudah habis!!! yg tinggal dlm kotak kecik..satu cawan ader lah..itu pun dapat masa promo tester produk kat Tesco dulu..hadoii..camner nak buat adegan golek2 adunan ke dalam serbuk komplek??? maka haku dengan konfiden nyer campur je semua bahan..bubuh dlm paper cup dan bakar..hasilnyer..memang jauh dr rupa yg macam kak ummi buat tapi bab rasa..perghh..mmg enak!!!nanti nak buat lagi..kali nih akan ku pastikan semua bahan cukup..terutama pelakon utama..Cornflakes!!Buat biskut nih mmg tersangat mudah..satu adunan boleh kata muai juga. Kak Ummi kita minta izin CnP resepi kat sini plak yerk

ConFlakes Cookies

Bahan:- (anggaran 70 biji)
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)

Cara Membuat:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telor dan pukul lagi. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.



Dapat satu balang penuh..cukup lah..looking for the next cookies after this.. nak buat tart plak..sempat ke tak nih?? urm....

Friday, October 1, 2010

BisKUT BinTaNG KeJOrA

Salam Jumaat..Minggu nih mmg minggu bz lah..macam2 benda yg haku planning nak buat..tapi harap2 semua akan settle dengan baik dan jayanyer.Projek biskut raya nih diteruskan dengan resepi yg haku amik dr rumah tukang masak yg glomour siapa lagi kalau bukan Ah Mat Gebu kita..whoaa makin glomour ..masuk dlm majalah Jelita lagi..tapi haku sampi la ni belum dapat beli lagi..ishk..nak kena langgan majalah nih semua agaknyer..apa pun selamat maju jaya untuk CMG dan terima kasih yerk share resepi nih..tak leh renti haku makan..angkat satu tray..3-4 biji masuk mulut..nanti nak simpan dalam balang..3-4 biji lagi masuk mulut..banyak best lah ini biskut..:)
BAHAN-BAHANNYA :-)

Biskut Bintang Kejora
(Sumber CnP dr Ah Mat Gebu )

110 gram mentega berkualiti tinggi (S.C.S, Anchor atau Golden Churn)
110 gram tepung gandum*
50 gram gula aising*
50 gram tepung kastard*
30 gram quaker oat, kisar halus*
30 gram nestum, kisar halus*
30 gram coffemate*(*A)
2 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :-)
Honey star secukupnya
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Putar mentega dengan gula aising hingga rata. Tambah kuning telur dan putar rata. Perlahan kan kelajuan, masukkan esen vanilla, dan juga bahan (*A), sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
2. Bahagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm, terap dengan acuan bentuk bintang. Alih dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
3. Sapu kuning telur pada permukaan biskut dan hias dengan 1 biji honey star (berbentuk bintang) tekan sedikit. Buat hingga selesai. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2.
4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...selamat mencuba untuk semua..

Friday, September 24, 2010

ChOCOlatE CrunCH CooKies

Hehe...org buat kuih raya..masa di bulan Ramadhan ..sebelum Syawal..nih haku duk buat masa Bulan Syawal..kan Raya belum habis..nih adegan menambah koleksi biskut raya ku yg semakin kering..segan plak tetamu dtg kerumah takder kuih raya..buat kuih raya nih..tersangat lah simple nyer..I loike..tak payah nak baking2.. resepi nih dr Chef yg fofular Kak Hanielieza..tapi haku CnP dr rumah Chetamz...Minta izin paste resepui nyer kat sini yerk...

Bahan
250 g cooking coklat
50 g butter
150 g badam hancur [panggang]( tak letak)
200 g coco crunch( convert jadi 350g)
150 g bubble rice ( tak letak)
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara
1. Cairkan cooking coklat secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan butter. Kacau sehingga coklat dan butter sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manim warna-warni.
5. Biarkan sejuk dan beku sendiri. Simpan dalam bekas kedap udara



Memang senang, lazat..double chocolatey!!

Tuesday, September 7, 2010

Biskut KeLaPa DeLimA

Alhamdullilah..masih diberikan kesempatan untuk menjalani Ibadah Puasa tahun ini..telah diberikan kesihatan dan rezeki yg tersangat haku bersyukur .Walau tahun ini Hari Raya akan sungguh berbeza.Tiada dapat hendak mencium tangan ayah dan bonda memohon ampun dan maaf..hanya dapat menziarah kekubur di pagi raya nanti.:) Kerana melayan hati yg lara..menyibukkan diri dengan tempahan kuih raya dan kek dr pelanggan..Terima kasih lah kepada semua yg menyokong..memberi kepercayaan kepada haku yg terlalu hijau.Jadi minggu ini..hanyalah masa yg haku ader untuk membuat sedikit persiapan..takkan tetamu datang nanti dihidang dgn biskut kosong kan? Maka malam tadi haku memulakan projek Biskut raya ku yg pertama. Resepi biskut kelapa delima lama sungguh haku mengintai..sejak dr tahun lepas! Dapat juga tahun nih haku membuatnyer.Resepi asal dr CMG.Mmg best biskut nih..lembut dan cair dimulut..bila dibakar..wangi sungguh bau kelapa..haku buat satu adunan..cukuplah agaknyer ?