Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

AyaM MAsAK LeMaK MeRaH

AsSalam...aduhai..payah lah kalau penyakit M melanda..lama tak bersiaran rindu betul dgn rumah nih..penat dr pagi bersihkan sawang2.. nanti ingat nak tukar langsir dan sarung semua pulak..Bila Vitamin R tuh lebih kamera plak buat hal..tu yg tertangguh lagi niat nak menghapdet..tapi mungkin rezeki tahun baru..semua pun dah ok..mood ok..kamera ok..line ok..kes ciplak2 gambar pun dah ok!!hahaha..Nasib takder pic dr umah nih yg kena ciplak ..almaklumlah..pic kat sini tak seglamour mana..tangkap pun dgn hanphone ..dgn kamera murah jerk..tapi apa pun..haku bangga tau...tu pic haku nyer!! haku masak..haku posing..haku snap sendiri..:))
Harap lepas nih takder lagilah kes2 curi 2 pic lagi yerk..

Ayam Masak Lemak Merak

Bahan- Bahan
500 gm ayam
*3 labu bawang
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit/1 sdk serbuk kunyit
*3 sudu lada kisar
1 keping asam gelugor
3 biji tomato
2 biji lada merah
6-7 batang bendi
1 cawan santan pekat.
Bahan perisa secukup nyer


Cara-Cara
1. Bersihkan ayam , tos
2.Kisar semua bahan bertanda *
3.Panasakan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
4.Masukkan ayam, bendi , tomota dan lada besar
5.Tuangkan santan pekat dan tambah air kalau suka kuah lebih
6.Sesuaikan rasa
7.Masak sehingga kuah sedikit pekat dan ayam masak..Hidangkan panas.

*Makan cecah dengan roti atau dengan lempeng pun best!!

Friday, September 17, 2010

YoGurT FriEd ChiCkeN


Menu ayam yogurt nih lama sungguh haku mengintai..exceli ayam nih haku buat sewaktu majlis berbuka puasa kat rumah haku ari tuh... Jadi kalau rasa nak mengecek tuh..minta maap lah..dah habis dah pun..memang tersangat sedap..sampai tuan brumah hanya dapat merasa serpihan tepung ayam nih sahaja..hehe..kesian anak sedara haku ader yg tak sempat nak merasa..yelah bukan sengaja..rasanyer haku dah beli lebih ayam tak sangka tak cukup..yelah bila ditambah dengan hidangan yg lain tuh..ingat cukup. first family dtg dah tinggal setengah..second family datang..dah paras hidung..padahal ader 4 family lagi on the way..bayangkan betapa gelabah tuan rumah??!!.Haiz.. :))

Resepi nih haku amik dr Kak Nor Terengganu nuh..Kak Nor plak amik bdr Love..thank you so much..memang lah kena buat lagi!! Minta izin salin resepi kat sini ye Kak Nor..buat rujukan dimasa depan :)

YOGURT FRIED CHICKEN by Love
Sumber dr Kak Nor

Bahan-bahan
* Bahan (A)
* 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
* 1 cwn/250ml plain yogurt
* 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
* 2 inci halia ~ ditumbuk halus
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari ( i follow )
* garam secukup rasa
* 2 tangkai daun kari
* Bahan (B)
* 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
* 1 sk baking powder
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari ( i follow )
* secubit garam
* -------------------------
* jus lemon (optional)
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).
2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

* jus lemon k.nor letak sekali dlm bahan A ( haku tak letak..terlupa..ahaks :) )

Tuesday, August 24, 2010

ChiCKeN VanDALOo

Selalu kalau ayam tuh..takder lain yg haku masak..rendang..merah..goreng..kicap..atau sup..tapi kali nih nak cuba resepi lain dr yg lain Chicken Vandaloo..hah nama mcm ader sikit bau2 masakan India..tapi kata CMG..masakan nih yelah pengaruh Portugis..wow.. masakan pun ader sejarahnyer tau..I loike sejarah!! Resepi nih memang best..cuma mungkin haku terlebih sikit dengan minyak sapi ..jadi rasa minyak sapi yg lebih tuh..membuatkan haku sedikit muak ( padan muka..sapa suh tak hikut resepi..main tabur jer..) Bab rasa rempah ratus tuh..memang sgt lazat..trasa..dan mungkin juga..kalau ditambah dgn gajus lagi mengancam agaknyer..nantilah..next time..bila kita masak lagi ..haku otter2..resepi nih yerk..

Resepi nih haku amik dr dapur CMG..waduh..kalau berjalan ke blog beliau..mau semua resepi haku nak cuba..tapi satu2 lah..dah banyak resepi dr blog beliau nih yg haku cuba .. dan alhamdullilah..best sungguh..semua nyer menjadi. CMG..minta izin kopipes resepi kat sini yerk..buat rujukan kemudian hari..terima kasih.haku cuma masak separuh dr resepi dibawah.

Chicken Vandaloo
Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :

1 kg ayam, dikerat sederhana besar
2 biji bawang besar
4 camca besar minyak sapi
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 camca teh jintan manis
2 camca teh ketumbar
2 camca teh halba (mat guna 1 camca teh)
1 camca teh serbuk kunyit
8 biji buah pelaga ( tak letak )
1 batang kayu manis
4 tangkai cili kering (ganti dengan 1 1/2 camca besar cili kisar) ( I follow )
2 camca besar tomato puree (mat ganti dengan 3 biji tomato, cincang halus) ( I follow )
3 camca besar cuka makan
Garam dan gula
Sedikit badam, untuk hiasan (optional) ( haku letak )

CARA MEMBUATNYA :

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Bawang dihiris kasar dan goreng dengan sedikit minyak hingga kuning keemasan. Toskan dan kisar bersama2 halia, bawang putih, ketumbar, jintan manis, halba dan serbuk kunyit hingga halus. Ketepikan.
2. Dalam kuali, cairkan minyak sapi dan goreng ayam tadi hingga kekuningan pada semua bahagian. Masukkan bahan kisar tadi, kayu manis dan buah pelaga. Gaul rata dan masak sekejap.
3. Masukkan tomato cincang, cuka dan air secukupnya (anggaran 2 cawan). Masak hingga mendidih dan kuah pekat (kurang lebih 40 - 45 minit, dgn api sederhana). Tambah garam secukup rasa dan gula. Biar mendidih perlahan 4 - 5 minit lagi sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur kepingan badam sebelum dihidangkan

Taraaa!!!!Mesti kena cuba buat lagi!!

Wednesday, July 14, 2010

AYaM GoReNG Ala KEpCi

Sajalah nak menghabiskan stok drumstik yag dibeli..kalau simpan lama dalam peties..mmg expired lah jawabnyer.Oleh kerana plan nak buat Sup kentang dengan Pooch egg ( yg tak brapa menjadi kesudahanyer ) Jadi drumstick nih haku goreng ala2 kepci jelah..senang! Sebenarnyer haku beruntung juga sebab ader pengalaman bekerja dengan McD masa belajar dulu..ishk kenangan sungguh..banyak pengalaman yang dapat ku timba.Antara nyer yelah buat ayam goreng lah!! hehe.Ok meh sini haku share cecara nak buat ayam goreng ala2 kepci nih ( aiks keja McD tapi ayam ala2 kepci???) memana lah yg korang nak gelarkan ayam nih yerk.

Bahan-bahan

1 kg ayam yg siap dipotong dan dibersihan
1 kotak / 3 cwn tepung goreng ayam ( tak kisah lah guna jenama apa)
1 biji telur
1/2 cwn air sejuk dari peties.
Optional: serbuk kari/ lada hitam

Cara- Cara
1. Guna 1 drpd 3 cawan tepung gorengan tadi untuk dicampurkan dengan telur dan air sejuk.
2. Perap daging ayam 2-3 ketul dlm campuran tepung tadi.asal kan ayam terendam didalam campuran.
3. Celup ayam dlm baki 2 cawan tepung. Guling2kan dan terus goreng dalam minyak yg panas.
4.Goreng secara deep fry

Tips:
1. Kalau nak gorengan ayam tuh lagi mengebu2 salutan tepung nyer..buat cara nih
A.Celup dlm campuran tepung dan telur -> celup dlm tepung kering -> celup dlm tepung dan telur semula-> celup dlm tepung kering baru digoreng.

B. Selalu ayak tepung kering kalau kelihatan mula berbintil..kerana hanya celup ayam dalam tepung kering yg halus.

Selamat mencuba!

Dan yang bawah nih ialah sup kentang dengan pooch egg.. tapi tak brapa nak jadilah..takper nanti boleh cuba lagi ..kalau dah jadi baru masukkan resepi kat sini yerk.nantikan. :)

Friday, July 9, 2010

Ayam MAsaK TOmaTO

Alhamdullilah..semalam dapat juga haku berpuasa sunat Khamis merangkap puasa sunat Rejab..Untuk menu berbuka..yang tersayang minta masakkan Ayam Masak Tomato nih..Serious haku tak pernah masak ayam version macam nih jadi godeh lah internet mencari resepi..resepi nih haku CnP dr sini

Hari nih kalau sampai InsyaAllah plan nak berbuka dengan Sup kentang dan telur plak..sempat ke haku nak masak nih...??