Wednesday, July 14, 2010

AYaM GoReNG Ala KEpCi

Sajalah nak menghabiskan stok drumstik yag dibeli..kalau simpan lama dalam peties..mmg expired lah jawabnyer.Oleh kerana plan nak buat Sup kentang dengan Pooch egg ( yg tak brapa menjadi kesudahanyer ) Jadi drumstick nih haku goreng ala2 kepci jelah..senang! Sebenarnyer haku beruntung juga sebab ader pengalaman bekerja dengan McD masa belajar dulu..ishk kenangan sungguh..banyak pengalaman yang dapat ku timba.Antara nyer yelah buat ayam goreng lah!! hehe.Ok meh sini haku share cecara nak buat ayam goreng ala2 kepci nih ( aiks keja McD tapi ayam ala2 kepci???) memana lah yg korang nak gelarkan ayam nih yerk.

Bahan-bahan

1 kg ayam yg siap dipotong dan dibersihan
1 kotak / 3 cwn tepung goreng ayam ( tak kisah lah guna jenama apa)
1 biji telur
1/2 cwn air sejuk dari peties.
Optional: serbuk kari/ lada hitam

Cara- Cara
1. Guna 1 drpd 3 cawan tepung gorengan tadi untuk dicampurkan dengan telur dan air sejuk.
2. Perap daging ayam 2-3 ketul dlm campuran tepung tadi.asal kan ayam terendam didalam campuran.
3. Celup ayam dlm baki 2 cawan tepung. Guling2kan dan terus goreng dalam minyak yg panas.
4.Goreng secara deep fry

Tips:
1. Kalau nak gorengan ayam tuh lagi mengebu2 salutan tepung nyer..buat cara nih
A.Celup dlm campuran tepung dan telur -> celup dlm tepung kering -> celup dlm tepung dan telur semula-> celup dlm tepung kering baru digoreng.

B. Selalu ayak tepung kering kalau kelihatan mula berbintil..kerana hanya celup ayam dalam tepung kering yg halus.

Selamat mencuba!

Dan yang bawah nih ialah sup kentang dengan pooch egg.. tapi tak brapa nak jadilah..takper nanti boleh cuba lagi ..kalau dah jadi baru masukkan resepi kat sini yerk.nantikan. :)

No comments: