Showing posts with label Tart. Show all posts
Showing posts with label Tart. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

FrUiTS TaRts foR My WeDDiNG


Hari nih tuan rumah rasa excited..nak membawa diri bershopping2..di Ibu Negara Malaysia..ewah2..sejak balik Johor nih mati kutu bab shopping2 nih. hehehe..alasan..saja lah kan terlanjur org mengajak..jimat duit transport..selain tuh kalau nak borong byk sikit pun takder hal ye tak..ruang bonet besar..hahahaha...

Project Tart Buah nih haku buat diatas tempahan Sahabat di U dulu yg katanya nak dijadikan antara hantaran majlis perkahwinan beliau yg berlangsung pada 3 Feb yg lalu..Kesian kampung bakal suami nyer ketika itu dilanda banjir yg teruk..tapi Alhamdullilah majlis beliau telah berjalan dengan lancar.Minta maaf lah yer Azlina..kerana tak dapat menghadirkan diri di majlis persandingan mu itu..ahaks

Resepi tart buah nih haku guna version dr Abg Mat Gebu lagi..bukan hapa..kalau buat dr resepi2 penderhakaan Abg Mat nih pun..so far semua menjadi..belum ader resepi yg kucuba jadi bantat..bentan..dan yg sejenama dgn nyer..Pokok nyer semua menjadi..dan rasa mmg best..kalau tak caya..resepi haku dah CnP nih..boleh lah cuba buat..mmg puas hati buat sendiri..lebih muai!!

Fruit Tarts
Sumber : Abg Mat Gebu

Bahan-Bahannya :-)
1 bahagian sweet pastry (boleh rujuk sini)
Pastry cream (resipi di bawah)
Coklat cair secukupnya
Strawberry*
Blueberry*
Kiwi*
Apricot dalam tin*(*antara buah2an yang boleh digunakan)
Sedikit piping jelly jernih utk mengglis tart

Bahan Pastry Cream :-)
300 g susu segar (panaskan hingga suam)
3 kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

Cara membuatnya :-)

1. UNTUK KULIT TAT :- Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
2. UNTUK PASTRY CREAM :- Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.
3. UNTUK FRUIT TART :- Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras. Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry cream ke dalam setiap kulit tat (seperti dalam gambar diatas). Buat hingga siap. Hias dengan buah2an kegemran, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat. Boleh dihidangkan...



Wednesday, July 21, 2010

Chocolate Cake Auntie Martha

Alhamdullilah..walau belum sehebat mana..tetapi rezeki ku masih ader nampaknyer..hehe..order nih dr kakak haku sendiri yg minta dibuatkan kek harijadi Mickey Mouse untuk harijadi anaknyer yg bongsu ( ye ker bongsu??) yang ke -2 tahun..haiz dah besar dah budak cute nih..Birthday boy nih memang rapat sikit dengan haku..kesian masa Birthday tuh dia demam..ialah kan..musim..sediah jer muka dia.. Kek Coklat nih haku ikut resepi makcik martha nih..boleh tgk sini kalau nak resepi dia ye.Kek nih memang moist tapi struktur nyer tuh macam padat sikit...tak tahu mana silap..agaknyer resepi asal guna whipping cream..haku memadai tukar yogurt jadi mungkin haku kena tukar yogurt dengan penggunaan whipping cream( conclusion dia kalau baru cuba resepi baru jangan terus nak menderhaka )hahaha..Exceli haku konon-konon nak buat Mickey mouse clubhouse..tapi seperti yg terjadi..jauh panggang dr api..takder rupanyer club house tuh mcm nih kan..hagak nih Mickey Mouse club house negeri mana lah ni yerk..

Tapi alhamdullilah..tester-tester haku kata..rasa dia sedap..ecceh2 anak
2 sedara haku nih ..bab membodek maksu nyer memang terror..tapi takpelah..asalkan mereka berpuas hati ..

Untuk majlis ni juga kakak haku menempah 50 biji Blueberry Cheesetart ..buat makan2 masa majlis tersebut.

Untuk kakak ku Pn.Zaleha..terima kasih lah order yerk.Untuk Baby Halim..Maksu doakan Halim sentiasa sihat, ceria, jangan nakal2..dan jadi anak yang soleh..Maksu sayang dia.. :)

Thursday, May 27, 2010

TempahanTart

Layan pic tempahan tart minggu lepas yer..60 pcs tart telur..

30pcs Tart coklat...

90 pcs tart cheese..

Dan 60 pcs tart blueberry cheese..Terima kasih pada Kak Ita yang tolong pomot yerk..ok pomot lagi..pomot lagi..nanti ader lah diskaun untuk mu yerk..:)

Saturday, May 8, 2010

Cheese..Cheese...!!!


Ade yang dah terliur tak?Haku suka betul dengan cistat yang comel2 nih..sekali makan je kan..Kalau ke kedai kek King tuh..mmg tak miss lah nak membeli cistat.Tak cukup satu beb..tapi satu pun dah berapa..mmg tak cukup dan puas makan pun.So bila dan pandai buat nih..ahaks..mmg puas lah makan kan.lantak lah nak makan berapa biji pun tapi sendiri mau ingat lah..kalau dah makan cheese nih..eat at ur own risk yerk..terlebih makan kalau jarum timbang tuh laju jerk ber pusing ke kanan..hahaha tanggung!!!!
Ini lah padahnyer kalau nak berperang tapi senjata tak cukup..maksudnyer nak buat tart tapi acu takder..camner nak buat shell nyerkan?Terima kasih and credit pada kak Am .
My saviour!Lepas nih nak layan tart buah, tart telur..tart coklat..sovoiry..huh...bila lah tu yerk..tunggu!!!

Friday, April 9, 2010

PeaCH TaRT

Resepi nih hamik dari dapur org di Seberang tambak nun..tapi tak tahu plak nama dia siapa..godek2 nak gak tahu nama dia..tapi tak pula tertera di dalam keterangan about me dalam blog beliau.Tapi takpelah..yang penting mmg happy sesangat kalau singgah di dapur Happy Home Baking nih.Banyak betul idea2 tuan rumah..tips2 yang boleh dicedok..sampai tak tahu nak buat yang mana dulu..Since bahan2 untuk resepi Peach tart nih mmg tersedia dirumah..so inilah dia projek masak2 kita malam tadi..org malam2 makan nasi..haku malam2 makan tart..layan...Minta izin lah kepada tuan rumah CnP resepi nyer kat sini..buat rujukan dimasa akan datang ..:) Terima kasih.

Ingredients:

(make one 18cm tart) ( haku guna 24 cm )

pastry:
80g cake flour (or plain flour) ( haku guna 120g)
20g grounded almond powder
30g caster sugar (guna 1sdb gula shj )
40g unsalted butter , soften at room temperature ( guna 60g)
1 tablespoon (15g) lightly beaten egg( guna Gred A)

filling:( double the size )
10g cake flour (or plain flour)
80g grounded almond powder
50g brown sugar( guna 80g )
60g unsalted butter, soften at room temperature
1 egg, lightly beaten

2 tablespoon Rum (I omitted this) ( I follow)
some canned peach slices, well drained ( boleh tukar pada pear/ epal )
icing sugar for dusting

Method:
Pastry base:
  1. Lightly grease an 18cm tart pan, set aside.
  2. Toast almond powder at 100 degC for 10 mins. Stirring in between. Let cool.
  3. Sieve flour and almond meal. (The grounded almond powder I used are too huge to pass thru the sieve...so I simply threw them back into the sieved flour!) ( haku buat perkara yang sama juga)
  4. With a manual whisk, cream butter and sugar till light and fluffy.
  5. Add in the egg, very gradually, whisking the batter till well mixed each time the egg is added.
  6. Sieve over the flour/almond meal mixture in 2 to 3 additions into the batter. Fold the mixture gently with a spatula.
  7. Form and shape the pastry into a round ball. Roll out the pastry in between 2 sheets of cling wrap or baking paper (I used two sheets of cut-out plastic bags) to about 23cm in diameter.
  8. Remove one side of the cling wrap or baking paper. Place it over the prepared tart pan. Mould the pastry into the tart pan, smoothing the edges and the rim carefully...if the pastry is too soft to handle, chill it in the fridge for 10~15 mins. (I didn't have any problem with it.)
  9. Chill the pastry in the fridge for 20mins.
  10. Use a fork to poke holes on the pastry. Brush the top of the rim with egg wash. (I did this with my fingers.) Bake in pre-heated oven at 180 deg C for 10 ~12mins until the edges are slightly browned. Let cool completely.

    filling:
  11. With a whisk, cream butter and brown sugar till the mixture turns fluffy. Add in the egg gradually, mix well each time the egg is added.
  12. Add in grounded almond powder. Fold with a spatula till well incorporated. Sieve over the flour onto the mixture. Mix with a spatula. Add in rum and mix well.
  13. Spread the filling onto the cooled pastry base. Ensure that the edges are filled up. Line with peach (or pear) slices. Make sure the slices are well drained. Bake in pre-heated oven at 170 deg C for 30 ~ 35 mins, until the edges and filling turn golden brown. Let cool, and dust with some icing sugar.
Resepi yang akan diulang buat sekali lagi..mmg best rasanya..