Alhamdullilah hari nih baru dapat menghapdet blog semula..Pengalaman di Hospital dua hari lepas tak dapat kulupakan! manakan tidak..tak pernah seumur hidup ku ini kena buat xray dan kehulu hilir membuat beberapa ujian sehingga dirujuk kepada pakar..nasib baiklah tak kena admit di hospital! Walau sakit masih ader ..tapi alhamdullilah sedikit berkurang..ngeri juga kalau membayangkan kemungkinan haku memang ader prolapse disc?! erks...lepas nih kena jaga pemakan..kena bersenam..kena buat semua yang doktor suruh!! ( ahaks)
Tentulah dgn beberapa hari lagi menanti Syawal menjelma..ibu-ibu dan kakak-kak serta adik-adik sibuk membuat persiapan ..mula membuat kuih muih..ader yang dah berbalang..ada yang beli sahaja..untuk haku ..haku selesa membuat sendiri..tetapi tahun ini..hanya berniat membuat utk orang..alhamdullilah tempahan tahun ini sangat memberangsangkan! boleh lahberi anak2 sedara merasa duit raya lebih sikit.
Hari ini haku nak share kan cara-cara membuat sanding sugar (Gula Tabur/Hiasan) yang selalu digunakan untuk menghias biskut samperit..Sanding sugar juga boleh digunakan untuk menghias cupcakes dan juga cawan-cawan cocktail anda..Haku terlupa dari mana haku belajar teknik ini..aderkah dari youtube atau dari blog..erkkkk..another sign of age?
Bermula dari kiri atas ke kanan :
1. Masukkan gula yang hendak digunakan secukupnya kedalam beg plastik.
2. Titiskan 4-5 titik pewarna pilihan.
3. Goncang beg plastik tersebut untuk meratakan warna.
4. Tuang gula yg diwarnakan kedalam bekas dan biarkan seketika dlm suhu bilik supaya gula benar2 kering sebelum digunakan.
Taraaaa......... inilah hasil sanding sugar hari ini..biskut samperit!
Pretty isnt it? for the Biskut Samperit recipe click HERE...
No comments:
Post a Comment