Assalamualaikum ..
Telah 2 minggu kita berpuasa..Alhamdulillah sehingga kini masih diberikan kesihatan untuk berpuasa.Tentu ader yang mula menyiapkan persediaan menyambut Aidilfitri.Pakaian..langsir ..kuih muih..ahaks..Jangan lupa zakat fitrah!!
Untuk haku tahun nih.. tak terpikir nak beli baju baru kasut baru..guna aja lah apa yang ada.Setiap tahun terasa seperti sayu betul menyambut Syawal apatah lagi dengan ketiadaan kedu orang tua..walau keluarga besar..ada masa terasa sunyi betul bersendiri. Inilah dia cabaran orang bujang.Tapi takperlah haku percaya Allah sedang menyediakan yang terbaik untukku InsyaAllah.masih beruntung ada keluarga dan anak-anak sedara, dapat juga menumpang gembira.:)
Hari nih haku nak kongsikan resepi agar-agar yang haku ambil dari majalah RASA ogos 2012.Sedap agar-agar nih.resepi asal tuh cuma Agar-agar air nenas selasih..haku memandai tambah laici..kes nak habiskan stock laici..ahaks..ok meh tgk version haku membuat agar2 nih.
Agar-Agar Air Nenas Selasih dengan Laici.
Sumber : Majalah RASA Ogos 2012
Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
1 cwn gula
500ml jus air nenas
500ml air
2sdk biji selasih direndam dahulu
Laici secukupnya
Jus Laici secukupnya.
Cara membuat
1. Larutkan gula dan agar-agar dlm jus nenas dan air.Didihkan.
2. Susun laici dalam acuan.Tuangkan sedikit jus laici.
3. Tuang adunan agar-agar dalam acuan
4. Sudukan selasih.Biar seketika sehingga sejuk.
5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Mudah cara penyediaan nyer kan..dah susun-susun dalam tupperware.Ready nak dihantar untuk dijual. :)
2 comments:
Post a Comment