Friday, June 12, 2009

Lemak SaWi PUtih


Kalau kebanyakkan rakan blogger tepek menu mkn tghari..Mcm aku nih..mkn tghari mmg kat kedai lah..Jadi ni lah menu untuk makan malam..masak sendiri..Panas2 nih nak makan berlemak pun buat lemak cair jerk..kena mkn banyak sayur la kata kan..walau semua org tau nak resepi nih..kacang je kan?? ttp aku nak tepek resepi dia..Jeng...Jeng..
Bahan-Bahan
2 ikat sawi putih
2 btg cili merah
10-20 ekor udang (optional)
*15 ekor ikan bilis ( belah 2)(sbb dah guna kiub ikn bilis...x letak pun)
*2 ulas bawang kecil (guna yang sedang)
*2 ulas bawanng putih
500 ml santan (guna santan paket + air jadikan 500ml)
Garam/serbuk perasa( aku pakai kiub ikn bilis maggi jer)
Cara-cara.
1.Masak nih terpulang samaada nak direbus sahaja kesemua bahan..atau ditumis..hari nih aku pilih untuk menumis.Bahan2 * ditumbuk sedikit..x perlu sampai lumat..tumis dlm periuk dgn sedikt minyak sehingga naik bau.
2.Masukkan lada merah yang dihiris serta udang yang telah siap dibersihkan.Kacau.
3.Masukkan sayur, kiub dan santan...kacau..biar sehingga kuah mendidih sedikit (jgn sampai pecah minyak) atau sehingga sayur sedikit layu.tutup api dan sedia dihidang.
Tips: Sayur mengandungi serat dan protein..protein mudah larut didalam air..Basuh sayur dahulu di bawah air mengalir sebelum disiang atau dipotong.jgn merendam sayur dlm air terlalu lama.Bila merebus atau mengoreng.Guna api yang besar...supaya sayur cepat layu..dan protein tidak hilang dgn byk.

No comments: