Thursday, June 18, 2009

SambaL SoTong MaMaK Style


Wahaha..Ni sebab terpengaruh dengan kari sotong
k.nor lah nih..Terasa2 tekak nih nak makan sotong
sambal. Jadi untuk menu makan mlm hari nih...
terhasillah Sambal Sotong Mamak Style.Ni resepi dari
mak angkat ku di Kota Tinggi nun.. Kalau nak cuba
salin jelah resepi nih..Simple jerk cecaranya.
Bahan-bahan :-
500grm Sotong (dibersihkan)
*dikisar
1 inch halia
4 biji Bawang Putih
4-5 Bawang merah
1 batang serai (x letak pun.. terlupa :))
1 inch kunyit
10-20 batang cili kering (ikut tahap kepedasan dan banyak sambal yg anda kehendakki, for me aku guna 4 sudu lada boh...senang keja)
2 sudu serbuk kari ikan
*
2 biji tomato (optional)
Beberapa helai daun kari
3 kpg Asam keping/Air asam jawa
Serbuk perisa
Sedikit gula
Cara-Cara.
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga air kering dan lada garing (warna lada akn bertukar menjadi merah gelap *bukan hangus tau)
2.Masukkan sotong yang telah dibersihkan
3.Letak asam keping/air asam jawa ( for me x letak pun sbb dah ganti dgn tomato)
4.Masak sehingga kuah sedikit kering, campur daun kari
5.Sesuaikan rasa dan siap dihidang!
Tip:
Tos sotong..kerana sotong bila dimasak akan mengeluarkan air.(lama plak nanti nak tunggu kuah kering)

No comments: