Thursday, September 30, 2010
MarbLE CheeSE BrOwNies
Wednesday, September 29, 2010
GuLai KeLISi
Saturday, September 25, 2010
RoTi TuNa
ROTI SARDIN
10 biji bun burger ( haku guna small sweet bun )
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur ( haku guna tuna in water )
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak
Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.
Cara2
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
Friday, September 24, 2010
ChOCOlatE CrunCH CooKies
Bahan
250 g cooking coklat
50 g butter
150 g badam hancur [panggang]( tak letak)
200 g coco crunch( convert jadi 350g)
150 g bubble rice ( tak letak)
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni
Cara
1. Cairkan cooking coklat secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan butter. Kacau sehingga coklat dan butter sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manim warna-warni.
5. Biarkan sejuk dan beku sendiri. Simpan dalam bekas kedap udara
Memang senang, lazat..double chocolatey!!
Wednesday, September 22, 2010
UDanG GoReNG RanGGup
UDANG GORENG RANGGUP
( Sumber CnP dari Dapur Kak Ummi Kuantan)
Bahan-Bahan:-
* 500 gm udang
* 1 cawan tepung tempura (*akak guna tepung serbaguna) ( I Follow )
* 1/2 cawan air
* 1 cawan serbuk roti
* 1 biji limau nipis
* Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:-
1. Udang dibuangkan kulit dan dibasuh dengan limau. Kemudian toskan.
2. Bancuhkan tepung dengan air, masukkan air sedikit2. Jangan terlalu cair.
3. Celupkan udang tadi ke dalam bancuhan tempura dan golekkan dalam serbuk roti.
4. Goreng dengan api yang sederhana.
5. Apabila nampak udang berwarna keemasan, angkat dan toskan.
6. HIdangkan bersama salad dan sos cili.
Tara!!!! Sedap you...kita cecah dengan tomato sos + mayonis..YUMMY
Tuesday, September 21, 2010
RiCh ChOC PuDDinG
Rich Choc Pudding
BAHAN-BAHAN PUDDING
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam (mat tak letak) ( I follow )
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly (mat guna konnyaku jelly) ( Haku guna serbuk agar2 cap burung)
3 camca besar mentega
BAHAN-BAHAN KUAH :
1 tin buah2 cocktail, asingkan jus dan isinya
1 tin sus sejat "IDEAL"
Sedikit ceri merah ( Haku tak letak )
CARA MEMBUATNYA :
- Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega dalam periuk, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau tanpa henti. Bila bancuhan menjadi pekat, matikan api dan masukkan mentega, kacau rata dan tuang dalam acuan pilihan. Biar beku.
- Keluarkan rich cocoa pudding tadi dan isi dalam bekas sesuai. Masukkan juga isi buah2an cocktail tadi, susu sejat dan sedikit jus dari buah2 tadi. Sesuaikan tahap kemanisannya. Sejukkan dalam peti sejuk atau letak air batu.
Monday, September 20, 2010
U.P.S.R

Salam..hari ni tentulah ramai pelajar2 tahun enam yg sedang berdebar2..Esok peperiksaan besar UPSR, bukan setakat murid..guru dan ibu bapa pun tentu terasa bahang debaran nyer..Setelah bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran..esok ader lah masa penentuan..Jawablah soalan2 dengan tenang.. tiba sudah masa untuk kita memberi yg terbaik dan bertawakal.Untuk anak sedara ku Nur Afika..maksu doakan yg terbaik untuk kamu..selamat maju jaya!!!
P/S Dapat satu A = RM 10 tau!!
P/S Dapat satu A = RM 10 tau!!
Friday, September 17, 2010
YoGurT FriEd ChiCkeN
Menu ayam yogurt nih lama sungguh haku mengintai..exceli ayam nih haku buat sewaktu majlis berbuka puasa kat rumah haku ari tuh... Jadi kalau rasa nak mengecek tuh..minta maap lah..dah habis dah pun..memang tersangat sedap..sampai tuan brumah hanya dapat merasa serpihan tepung ayam nih sahaja..hehe..kesian anak sedara haku ader yg tak sempat nak merasa..yelah bukan sengaja..rasanyer haku dah beli lebih ayam tak sangka tak cukup..yelah bila ditambah dengan hidangan yg lain tuh..ingat cukup. first family dtg dah tinggal setengah..second family datang..dah paras hidung..padahal ader 4 family lagi on the way..bayangkan betapa gelabah tuan rumah??!!.Haiz.. :))
Resepi nih haku amik dr Kak Nor Terengganu nuh..Kak Nor plak amik bdr Love..thank you so much..memang lah kena buat lagi!! Minta izin salin resepi kat sini ye Kak Nor..buat rujukan dimasa depan :)
Resepi nih haku amik dr Kak Nor Terengganu nuh..Kak Nor plak amik bdr Love..thank you so much..memang lah kena buat lagi!! Minta izin salin resepi kat sini ye Kak Nor..buat rujukan dimasa depan :)
YOGURT FRIED CHICKEN by Love
Sumber dr Kak Nor
Bahan-bahan
* Bahan (A)
* 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
* 1 cwn/250ml plain yogurt
* 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
* 2 inci halia ~ ditumbuk halus
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari ( i follow )
* garam secukup rasa
* 2 tangkai daun kari
* Bahan (B)
* 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
* 1 sk baking powder
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari ( i follow )
* secubit garam
* -------------------------
* jus lemon (optional)
* minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).
2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa
* jus lemon k.nor letak sekali dlm bahan A ( haku tak letak..terlupa..ahaks :) )
KaD UcAPAn kiRiMaN mU...
Assalamualaikum..selamat hari raya semua..setelah bercuti panjang, berhari raya..hari nih kenalah memulakan tugas..mengangkat pen, mengangkat tetikus..ahaks..pada yg merancang untuk kembali bertugas rancanglah perjalanan sebaiknyer..minggu nih mestilah jalan - jalan semua sesak..Pada yg balik naik bas tuh..tiket dah beli ke belum? Jangan beli tiket dengan Pak Ulat plak..mau tersadai di bus station nanti..hari nih..pembuka tirai setelah lama tidak bersiaran..kutip kad raya..takperlah gantung kad raya lambat sikit kan..:) sekarang nih tak macam dulu2..semua kad raya main virtual jerk..dulu..kad raya yg diterima tuh akan haku gantung di dinding..tak pun gantung kat pokok hiasan..haiz..semua tuh takder lagi dah sekarang nih..semua mudah dihujung jari..lebih jimat dan ekonomi..walau bagaimana pun ucapan dibuat..tak kisah lah melalui virtual atau pun tidak..yang penting ingatan yg tulus ikhlas kan? kan? Terima Kasih yerk..hari nih masih sibuk nak menjelajah banyak rumah..nanti kita sambung berziarah..hari nih..kita gantung kad raya yg ni dulu yer.
Dr Kak Ummi- Kuantan
Wednesday, September 8, 2010
Salam Aidilfitri

Jika ader kesempatan pada yg sudi singgahlah kerumah ku yerk. :)
Tuesday, September 7, 2010
ReD RubBiEs
Ini ader lah antara menu pencuci mulut yg haku buat sempena majlis berbuka puasa dirumahku Sabtu lepas..whoaa tak sangka sungguh dessert yg mendapat sambutan hangat..Pencuci mulut nih enak dimakan sejuk..bila makan tuh ader rasa manis..sedikit masin dan rasa lemak..bersatu dengan kerangupan dr bahan asas Red rubbies..wallahh!! :)
Terima Kasih lah pada CMG kerana berkongsi resepi nih..Mmg mudah nak membuatnyer pun..untuk bulan puasa begini..menu pencuci mulut yg sebegini mmg sgt menyelerakan!! kalau nak tgk cara pembuatan nyer boleh tgk sini yerk.
Terima Kasih lah pada CMG kerana berkongsi resepi nih..Mmg mudah nak membuatnyer pun..untuk bulan puasa begini..menu pencuci mulut yg sebegini mmg sgt menyelerakan!! kalau nak tgk cara pembuatan nyer boleh tgk sini yerk.
Biskut KeLaPa DeLimA
Subscribe to:
Posts (Atom)