Sekejap sahaja sudah hampir ke penghujung tahun..dan lagi sehari kita bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha..InsyaAllah..tahun nih seperti selalu akan beraya di kampung seperti biasanya.
Membuat hidangan untuk keluarga memang menyeronokkan.Memenuhi permintaan apa yang mereka nak makan nih memberi satu kepuasan.Kadang tuh memang penat melayan tetapi bila melihat mereka makan apa yg kita masak tuh..hilang rasa penat lelah.
Kebetulan hari tu sewaktu bertandang ke rumah kak long..dapat buat apple nih..nak makan begitu sahaja rasa mcm tak best plak..teringat ader kulit pastry yg dibeli beberapa bulan dulu masih belum berguna..Jadi godek-godek resepi di internet untuk apple pie..
Membuat apple pie nih haku mengunakan resepi inti dari Fidadaud dari MYResepi. tetapi tentang kulit nyer tuh sebab nak guna kulit pastry..jadilah version seperti yg dibuat oleh Zack Zachoes .Thank you so much people for sharing..Ok nih dia kedua2 resepi ..untuk rujukan dimasa hadapan.
Resepi Mini Apple Pie
Sumber : Fida Daud MyResepi
Bahan-bahan ( 12-14 biji )
- Bahan Inti:
- 2 biji apple merah - potong dadu
- 1/3 cawan gula (jika tak suka manis, boleh kurangkan kepada 1/4 cawan saja)
- 1/2 sdk serbuk kayu manis
- 1 sdb perahan jus lemon
- 1 sdk tepung jagung + 1 sdb air
-
- Bahan Pastri:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sdk garam
- 1/2 cawan butter - beku (sejuk)
- 1/2 cawan susu segar sejuk
- **minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Inti: Dalam sauce pan (periuk @ kuali biasa boleh juga lah), campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
- Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.
- P/S: Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam @ inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
- Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti. (Gaul guna hujung jari)
- Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
- Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
- Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
- Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.
Tak sempat nak tunjuk inti dalam nyer..sebab dah kena ngap dgn anak2 sedara..tapi memang sedap inti pie nih.. cuma apple merah tuh saya tukarkan kepada apple hijau. itu sahaja :). Kalau nak tengok resepi version puff nih boleh jengah sini yerk
Untuk puff version ( Caraku)
Guna ready made pastry jenama kawanku
Canai sedikit dgn penguli untuk mendapatkan saiz yang sesuai..kan saiz dia cuma 4 x 4 jerk..:)
letak inti di tengah-tengah dan lipat dua seperti membuat sandwich.
Kemudian kemaskan bahagian tepi dgn mengunakan garpu
Sapu kan kuning telur diatas permukaan pastry
Bakar 30 minit dgn suhu 220 darjah