Assalamualaikum
Hari nih dan masuk bulan November..sedang menghitung hari nih..hehe..bukan hari saya naik pelamin tapi anak sedara yg naik dulu..Alhamdulillah..tak lama lagi terima menantu..nanti terima cucu plak.Kalau nak diikutkan tentang cucu dan cicit nih.. dah lama saya nih bergelar noyang..almaklum keluarga besar..Umur semuda ( perasan!) begini dah dipanggil puan atau nyanh..takperlah..seronok juga dah bercucu cicit nih!
Cerita pasal kerja kahwin alhamdullilah hampir setiap minggu ada sahaja tempahan yang diterima..Ini pun sedang menyingsing lengan menyiapkan tempahan2 anak sedara nih nanti.Jadi bila masa2 tempahan meningkat begini saya suka menyediakan tempahan cupcakes dgn mengunakan resepi yang mudah dan cepat .Bukan bermakna yang cepat nih sekadar cincai atau tidak sedap..tetapi yang ringkas beginilah sebenarnya lebih gebus gabas dan enak rasa cupcakes nya..tak percaya? ce tgk ..ce tgk :)
Gebus tak? saya suka dgn resepi-resepi yang mudah dan ringkas tetapi hasil dan rasa sangat sedap.Resepi nih saya ambil dari A Baked Creation (ABC) tetapi saya dah olah kedalam bahasa Malaysia untuk rujukan dimasa hadapan :)
Vanilla Cupcakes
Vanilla Cupcakes
Sumber: A Baked Creation
Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum (ayak)
1 1/2 Baking Powder (ayak)
3/4 cwn gula ( kurangkan kalau tak suka manis)
1/2 sdt garam
3 sdb butter
1/2 cwn susu (segar/cair/buttermilk) (saya guna susu cair)
1 biji telur
1 sdt essence vanilla
Cara membuat
1. Satukan tepung ,baking powder, gula dan butter ( jika guna butter bergaram tidak perlu guna garam lagi) dan garam
2. Dgn mixer blend semua bahan tersebut sehingga sebati
3. Masukkan setengah dari sukatan susu dlm adunan dan kacau
4. Campurkan telur, baki setengah sukatan susu dan essence vanilla ke dalam mangkuk yang lain dan kacau sebati menggunakan garfu.
5. Kemudian masukkan campuran tersebut kedalam adunan tepung dan blend sehingga sebati dan tidak berketul.
6. Masukkan kedalam cup (paras 1/2) kemudian bakar dlm ketuhar dgn suhu 180 darjah (yg telah dipanaskan terlebih dahulu) selama 25 minit.Bergantung kepada oven masing2 yer.
Bila dah masak tuh..sejukkan dahulu kemudian hias ikut suka atau makan begitu sahaja.
***Saya guna vanilla essence yg dibeli dr kedai bakeri .lebih pekat dan kuat rasa vanilla nya dari mengunakan vanilla star brand tuh ..cubalah pasti ader kelainan :)
Taraaaa...end product! Happy Caking!