Salam Nisfu Syaaban untuk semua, tentu ramai yang berpuasa hari ini..Alhamdullilah..hari ni juga ramai yang jadi Zombie bola? hehehe.. kalau game pukul 4 pagi waktu bangun sahur tuh boleh lah jeling2 sikit..siapa kata orang pompuan tak minat bola? ishk..ishk... ramai yang minat..termasuk lah haku ni!! tahun nih banyak team yg hebat2..walau selalu soong netherlands tapi tak boleh nak kata siapa yang akan jadi juara..Bila pulak Malaysia nak ke Piala Dunia yerk? doakan dan nantikan sahaja lah.
Misi membuat biskut raya nih haku teruskan lagi..lama dah tenung resepi biskut nih di Blog Citarasawan..mmg mengiurkan..warna keemasan conrflakes tuh menawan..
Buat pun tak remeh..adun2..lepas tuh golek2 sudu2 kan then bakar..mudah sgt!! resepi yg mudah2 begini mmg haku suka..kalau ada yg nak cuba membuat untuk hidangan raya tahun nih..dipersilakan mencuba :)
Biskut Conflakes Crunch
Sumber : Citarasawan
Oven : 175 celcius
Serve : 75-80 biji
Bahan- Bahan
Bahan A
280gm mentega
180gm gula kastor ( haku guna gula halus 150gm)
1/2 sdt vanilla
2 biji telur Grd B
Bahan B- diayak
320gm tepung gandum/ tepung rose ( haku guna tepung gandum)
1/2 sdt Baking Powder
1/2 sdt Baking Soda
1/8 sdt Emplex
Bahan C-500gm conflakes (diramas sedikit)
Cara membuat
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu persatu. pukul sebati dan masukkan vanilla
2. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi adunan yang lembut. Simpan di dalam peti sejuk semalaman
* Mmg nampak sangat lembik seperti didalam gambar..tapi bila dah dimasukkan dalam peti dan dibiarkan semalaman lepas tuh dah mudah untuk diterap
3. Sudukan 1/2 sdb adunan kedalam Bahan C dan susun dalam dulang pembakar. Sila jarakkan sedikit kerana biskut ini akan mengembang dan menjadi leper.
4. Bakar dalam 18min-20min didalam oven ,Sejukkan diredai dan simpan dalam bekas kedap udara.
kalau tak mahu nak kecah2 kan dapur tapi teringin nak makan boleh je tempah kat kita yerk.. Untuk tempahan sila Whatsapp ke #0197850912 atau #0127945483.