Assalamualaikum..
Bertemu kita kembali..ada yang sedang berpuasa 6 ke? ader yang dah beraya dah pun..Alhamdullilah..haku nih baru dapat sehari..InsyaAllah esok akan bermula semula. 2 minggu Syawal nih penuh dgn aktiviti menghadirkan diri dengan jemputan rumah terbuka..mmg kena melupakan lah niat2 nak berdiet tuh.Macam2 hidangan yang tersedia..tak lupa juga..waktu beginilah tuan rumah tayang set pinggan mangkuk..waduh..haku hanya mampu menjeling dan menelan liur..yelah..bila lah nak merasa guna pinggan mangkuk mahal 2 nih..
Hikhik2 tapi kan kalau ada yang berminat nak membeli pinggan mangkuk berjenama nih mudah je sekarang ..tak perlu nak kedai ..duduk depan komputer pun dan boleh beli online..ramai blogger yang menjual melalui talian..salah satunya Ms Umiyumi nih.. Kalau minat nak membeli barangan jenama Corelle..boleh je jengah2 blog beliau..Kebetulan Ms Umiyumi nih sedang buat giveaway..wah..sudah yang ke-lapan!! semoga sentiasa murah rezeki dan berjaya dalam biz nyer yerk.. (Suka tgk anak bangsa makin berjaya nih)
Kepada yang berminat nak join giveaway nih boleh klik SINI untuk mengetahui cara2 nyer yerk.. Hadiah nyer pun lumayan..ce tengok sendiri :
Amacam? best kan hadiahnye..meh lah cuba..JOM JOM!!
Salam perkenalan untuk Umiyumi juga!!
Tuesday, September 4, 2012
Saturday, August 11, 2012
BisKut CosMo~ GaRinG RaNGGup!!!
Assalamualaikum..
Ok hari nih tak mau cerita banyak2..Just Nak masukkan n3 biskut2 raya tahun ini..Kepada yang sudi mencuba silakan selamat berhujung minggu!!
Biskut Cosmo
Sumber majalah RASA Julai 2012
Bahan-Bahan
125gm mentega
100gm gula perang
50gm gula kastor
160gm tepung gandum
100gm badam cincang
50gm oat
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh serbuk soda
1 biji telur
1/2 sdt esen vanilla
Ceri untuk hiasan
Oat secukupnya untuk salutan
Cara-Cara
1. Pukul mentega dan gula perang hingga kembang
2. Masukkan telur dan vanilla pukul sebati
3. Masukkan tepung bersama serbuk penaik, soda, badam cincang dan oat dan uli hingga menjadi doh.
4. Bentukkan doh menjadi doh ( haku sukat dgn menggunakan 1/2sdb setiap satunya) dan salut dgn oat hingga rata
5. Susun diatas loyang bakar dan hias dgn cer
6. Bakar dgn suhu 180c selama 25min atau ikut oven masing2
Biskut nih akan sedikit mengembang..oleh itu jarakkan kedudukan doh bila hendak membakar..kalau sukakan bentuk yang lebih kecil boleh sahaja membentuk dgn 1sdt setiap satunya.
Sangat ranggup dan garing!! suka2 :)
Ok hari nih tak mau cerita banyak2..Just Nak masukkan n3 biskut2 raya tahun ini..Kepada yang sudi mencuba silakan selamat berhujung minggu!!
Biskut Cosmo
Sumber majalah RASA Julai 2012
Bahan-Bahan
125gm mentega
100gm gula perang
50gm gula kastor
160gm tepung gandum
100gm badam cincang
50gm oat
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh serbuk soda
1 biji telur
1/2 sdt esen vanilla
Ceri untuk hiasan
Oat secukupnya untuk salutan
Cara-Cara
1. Pukul mentega dan gula perang hingga kembang
2. Masukkan telur dan vanilla pukul sebati
3. Masukkan tepung bersama serbuk penaik, soda, badam cincang dan oat dan uli hingga menjadi doh.
4. Bentukkan doh menjadi doh ( haku sukat dgn menggunakan 1/2sdb setiap satunya) dan salut dgn oat hingga rata
5. Susun diatas loyang bakar dan hias dgn cer
6. Bakar dgn suhu 180c selama 25min atau ikut oven masing2
Biskut nih akan sedikit mengembang..oleh itu jarakkan kedudukan doh bila hendak membakar..kalau sukakan bentuk yang lebih kecil boleh sahaja membentuk dgn 1sdt setiap satunya.
Sangat ranggup dan garing!! suka2 :)
Thursday, August 9, 2012
WaDai KiPEnG-NaMa PeLiK RAsa SedaPPppp!!
Assalamualaikum...
Belek2 jadual hari nih baru terperasan...hari nih giliran my sister jadi hos buka puasa!! wah wah..tak sabar nak balik kampung petang nanti..sure my sis ader je yg special dalam masakan nya..sebenarnya..bukan hidangan apa yg menjadi ukuran..tetapi berbuka puasa bersama keluarga dan anak-anak sedara..riuh rendah sewaktu makan..itu yg membuatkan hidangan bertambah sedap dan jadi berselera.
Giliran rumah haku dah lepas ahad hari tuh..buat ala kadar sahaja..tapi puas hati bila makanan semua habis licin..iailah takder nak membazir..tahun ini giliran rumah ku cepat sedikit dari kebiasaan tahun yang sudah2..biasanya sebagai ole2 haku akan memberikan kakak2 dan abang2 ku mini hamper beserta kuih raya dan anak2 sedara pula menerima pre-duit raya! Tapi tahun nih haku tukarkan kepada cabutan bertuah jerk..cabutan yang menentukan jumlah duih raya yang bakal diterima dan jenis kuih raya mengikut pilihan.riuh rendah rumah ku dgn gelagat keluarga.. hehehe..
Apabila bulan Ramadhan..selera ku lebih terarah kepada pengat2 dan bubur serta air asam boi..kalau kuih muih memang ku cari tepung gomak dan kuih melaka berulang-ulang.entah kenapa terasa kalau bualan puasa makanan ini jadi terlebih enak!!
Menu pengat yang haku nak tunjukkan ini haku ambil resepinya dari majalah Aroma Julai 2012.Selain dari nama nya yang sedikit pelik, bentuk warna dan pengunaan gula perang menarik perhatian.Ialah selalu kan kalau pengat kita gunakan gula merah. Resepi ini telah ku olah mengikut keperluan dan citerasa ku ye..oleh kerana haku membuat untuk hidangan ramai orang makan adunan pengat ini telah kubuat sebanyak 4 adunan! mari semak resepi versi derhaka..ahaks.Sekali tgk macam butir nangka..macam candil pun ader juga..rupanya dari maklumat yang baru diterima wadai kipeng nih pengat org banjar..ader juga yang diletakkan inti didalam nya..inti apalah tuh yerk..sbb dlm majalah nih takder plak dia letak inti..hahaha..boleh cuba lagi nanti.
Wadai Kipeng
Sumber : Majalah Aroma Jul 2012
Bahan- bahan
4 cawan tepung pulut
pewarna
air secukupnya ( haku ganti dgn santan cair)
1 sdk garam
4 cawan santan pekat
2 cawan air
2 cawan gula perang
1 cawan gula putih
1 cawan sagu biji yang direndam
daun pandan
Cara-cara
1. Campurkan tepung pulut dgn santan cair , garam dan titiskan pewarna.Uli dan bentuhkan doh menjadi bulat..kemudian leperkan sedikit dan tekan bahagian tengah nya ( haku tak buat..haku bentuk bulatkan sahaja)
2. Panaskan air , santan dan gula dan masukkan adunan tepung pulut yang diuli tadi.
3. Masukkan sagu dan pandan.
4. Biarkan mendidih atau sehingga tepung pulut telah timbul.
5. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!!
Subscribe to:
Posts (Atom)