Saturday, July 24, 2010

LeMaK CiLi Padi Ikan PaTin

Salam Sabtu...haiz..haku tak tahulah kejadian ini memalukan atau sesuatu yg kelakar..tapi hapa pun haku minta maaflah pada sahabat ku ini..kalau ku tahu..takkan jadi begini..ishk2..Alkisahnyer smlm ..haku menerima kunjungan sahabatku Cikgu Zuraini dan hubby nyer..Almaklum sejak berkahwin nih..ni lah kali pertama beliau menjejak kaki kerumah ku lagi ..dengan hubby nyer plak tuh.So Bila dia confirm nak singgah petang semalam..hak u terpikir " Laki dia org Melaka..tentulah layanz lemak cilik padi ikan nih..."sekali rupanyer..Hubby dia cuma makan Ayam!!! Erks..stok ayam plak takder kat rumah..Alahai..manalah haku tau kan..tak pasal2 tetamu makan telur goreng jerk...nasib telur goreng dia makan...Aduai..Minta maaf lah bebanyak ye Cikgu...Saya tak tahu..harap jangan seriklah yerk..kalau ader masa..singgahlah ke teratak saya lagi..Ewwwaaah..

Excelikan haku buat Lemak cili Padi nih bukan setakat sebb tetamu datang jer tapi sbb dah terpengaruh dengan Lemak cili padi kat dapur CMG tuh!! tapi Yang nih Lemak Cili Padi Ikan Patin versi haku lah ..yang simple.. Meh semak sini resepi Lemak Cili Padi version haku yerk..

Bahan-Bahan

200-350gm Ikan Patin ( bersihkan..rendam dengan asam dan garam)
*10-15 batang cili padi ( nak pedas tambah lagi)
*2 labu bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inch halia
Satu paket Santan serbuk /200ml santan pekat
1 biji kentang
2 biji tomato
Garam untuk perisa.

Cara- cara

1. Gaul ikan patin yg telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Goreng sebentar..tak perlu sampai garing yerk.Asingkan.
2.Kisar bahan-bahan bertanda *
3.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
4.Masukkan kentang..kacau..kemudian ikan patin.
5. Masukkan santan dan tomato.
6.Perisakan secukup rasa dan biarkan mendidih sehingga kuah sedikit kering.
7.Hidangkan.


Sambil tuh buat Terung Goreng Hoisin nih juga untuk sampingan :)

No comments: