Monday, December 27, 2010

BebOla KenTanG KeTaM

AsSalam ...Selamat pagi Isnin...lagi 5 hari dah tahun 2011..kejap bebenar masa berlalu..terasa amal belum cukup lagi..haiz..nanti kejap lagi ..umurku pun bertambah tua..haiz..banyak yg azam2 yang belum tertunai..takpe..InsyaAllah..jika diberi peluang dan rezeki dr Allah..pasti tercapai jua..Amin..Ok2..pagi2 tadi jalan2 banyak rumah..bukan pepagi buat mesyuarat tingkap ok..cuma jenguk2 xtvt kawan2 semua selepas behujung minggu..wooohooo..semua bz..ader yg menerima tetamu..memenuhi jemputan kenduri kendara..berpiknik..jalan2 dengan keluarga..yg berdating pun ramai..yg pi bercuti2..yang sekadar melepak dirumah dgn xtvt memasak shj pun tak kurang ramai nyer..haiz..pagi nih..ader yg bukak kedai dobi..ader yg menarah bukit ? hehehe..Walau apa pun..kenangan berhujung minggu bersama keluarga mmg the best kan? haku minggu nih seperti biasa melayanz karenah anak2 sedara lagi..pegi piknik2 layan karnival..pergh..lenguh satu badan berendam dalam air terjun..sejuk!!ooo tapi tuh nanti yerk...in the next n3..nih nak cerita pasal resepi yg best nih..minggu lepas bila my Sis confirm piknik plan during Xmas holiday nih ..haku pun surf lah apa kudapan yg best nak buat..Jumpa resepi nih kat Rumah Kak Hana Jepang nun..bahan ader..cara pun mudah..Projek ON!! hehe..mmg best Bebola nih..Anak sedara haku kata.." Betul ker maksu buat?? Mcm beli kat Tesco jerk..." bertuah nyer budak..bercekang mata haku membuat..Tesco gak yg dapat nama..Laju jerk benda nih licin..bila naik lepas berendam tu kan perut semua lapar..hehe.pagi tadi..berjalan ke dapur Abg Mat kita pun dah buat bebola nih jugak..kalau nak tengok leh pi kat sini.Kak Hana..kita salin resepi kat sini pulak tau..Ni mmg boleh buat lagi nih..mmg best.. :)


RESEPI BEBOLA KENTANG KETAM
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4-5 biji kentang medium (haku guna 1.5kg kentang )
  • 80-100g isi ketam @ crab stick ( 2 paket crab stick (32 btg crab stick )
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1sk gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs ( haku guna yg warna kuning)
  • Tepung gandum@tpg jagung - hana gune tpg katakuriko@potato starch ( haku guna tepung gandum biasa jerk )
Cara-cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng. Seeloknya lepas rebus toskan utk buang air berlebihan yang membuatkan kentang lembik.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, garam dan gula. Gaul.Masukkan pula isi ketam yg dipotong/racik. Gaul sebati.
  • Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.
  • Untuk saduran - Bedak2kan bebola ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.


Ni kroket yg belum kena bedak..belum kena salut lagi yerk..nak tunjuk rupa dia lepas kentang ..isi ketam..dan bahan2 lain dicampurkan dan dibentuk bulat..

No comments: