Wednesday, November 23, 2011

MarBLe CrUmBLe CaKe

Assalamualaikum..

Minggu nih cuti sekolah dah bermula kan? tentu bz suri2 rumah sepenuh masa nih asyik..masak menu yang best2 untuk anak2..Tapi kan seronok juga .Ini lah masa kita nak test resepi..ader food tester kat rumah..tak takut makanan tuh menjadi santapan "En Tong" hahaha..cerita pasal resepi baru nih kan..hari tuh masa tgk Kak Azlita tayang kek Malteser dia tuh..waduh... leleh2 air liur...so kat situ dia mention kan resepi tuh amik dr mana..rasa nyer dulu mmg pernah terjah DailyDelicious nih..tapi masa tuh ntah ek..terlepas pandang kot...kali nih..bila terjah lagi..terus bookmark!! terus like kat FB dia..hahaha..terus cilok resepi dia juga!!!

sebenarnya hari tuh ntah hangin apa haku memborong whipping cream kat Tesco..sekali tengok rupa2 nya whipping cream tuh bulan Disember nih expired!! kalau tak ku gunakan dlm resepi2...mau berkulat nanti ..jadi..antara misi2 nak bagi perabih whipping cream nih..mula tuh haku dan buat coklat ganache.. lah nih buat marble crumble cake plak..ooo mmg betul apa dikata..this is just what i need!!! This is superb recipe..surely will make bake it again!!

Kalau masuk kat blog Dailydelicious nih..mmg best..sebab dia tunjuk step by step dia..at least kita boleh visualize mcmana nak buat kan?? so dah jadi rutin nak jengah blog nih tiap hari..godek2 resepi..:)



Marble Crumble Cake
Source : dailydelicious

Pan size : 15 x 15

Crumb topping

85g Plain flour (all purpose flour)
8g Cocoa powder
50g Brown sugar
50g Butter

Cake
115g Sugar
115g Butter
2 Eggs
1tsp Vanilla extract
115g Plain flour (all purpose flour)
1¼tsp Baking powder

65g Dark chocolate, chopped
60ml Whipping cream (divided into 30/30)

Preheat the oven to 180°C
Line the pan with baking paper.

Make the crumb:

Mix all the ingredient together until it looks like bread crumbs.
Set aside until ready to use.

Make the cake:

Beat the butter with sugar until light and fluffy, add the vanilla extract and egg beat to combine.
Sift the flour with baking powder and add half of it into the butter, fold to combine, follow by 30ml of whipping cream, fold to combine.
Add the rest of the flour , fold to combine.

Melt the chocolate with 30ml of the whipping cream.

Scoop 1/3 of the cake batter into chocolate and mix until combine.

Pour both of the batter into the prepared pan and use a tip of knife to create a marble effect.

Put the cake into the oven and bake for 20 minutes, sprinkle the crumbs on top of the cake and bake for another 20-25 minutes or until toothpick insert in the center of the cake come out clean.



Kalau makan cake nih..macam susah nak stop..nak makan lagi..dan lagi...betul!!! sedap!! lepas nih nak cuba apple crumble dailydelicious nih plak!!

Tuesday, November 15, 2011

LemPenG TeLur IkAn SemBiLanG-MenGamiT NosTalgiA

Assalamualaikum...

Result UPSR dah nak keluar..tahun nih 2 org anak sedara terlibat..nampaknya dua-dua tuh berkeyakinan dapat keputusan yang cemerlang..Bagi maksu nyer nih..tak kisah..apa pun keputusan..tetap membanggakan..kerana haku telah melihat sendiri bagaimana mereka berusaha mengulangkaji pelajaran.Afterall UPSR hanya sekadar UJIAN PENILAIAN..banyak lagi peperiksaan besar yang bakal mereka tempuhi .Whatever the result Im proud of you! :)

Teringat dulu masa zaman haku mengambil UPSR..mmg tak senang hati sungguh..dulu hanya 4A shj.. bila time nak jawab BM dan MATH..senyum sampai ke telinga..kacang...! bila turn paper BI..terkedu sudah..almaklum..dulu sekolah kampung..penguasaan bahasa tuh lemah..tetapi alhamdullilah berkat guru2 yang mendidik.Bangga juga bila result keluar..tak sangka haku boleh mendapat keputusan yang secemerlang begitu..Terima Kasih cikgu!!

Bila dapat result haku balik beritahu kepada arwah mak dan bapak..walau mereka tidak memuji (mmg hampa) sbb haku mengharapkan pujian mereka....dan ketika haku mendapat keputusan2 peperiksaan besar yang lain pun haku jadi acuh tak acuh memberitahu mereka kerana haku tau mereka tidak akan memuji..(frust) tapi akhirnya haku mengerti..mereka sebenarnya berbangga..dan bila aku mengingati semula semua itu haku perasan setiap kali haku memberitahu mereka kejayaan haku..mak akan masakkan sayur petola goreng kegemaran haku! Mana ada ibu bapa yang tidak berbangga dgn kejayaan anak2 kan? haiz sayu plak jadi hati nih..:(

Dan antara kenangan dan nostalgia itu haku share kan satu resepi keluarga..Menjadi anak nelayan nih mmg mewah dgn makanan laut..Dulu rasa jemu dan jelak menghadap ikan segar..Udang..Ketam..sotong..yang mengelitik2 lagi.Terasa nikmat kalau menghadap daging atau ayam..Jemu setiap hari makan..ikan asam pedas sembilang.. lemak cili padi ikan kitang..atau sambal ketam..tak pun lempeng udang ( sampai haku berniaga kat sekolah lempeng udang nih) hehehe..sekarang bila trasa nak makan semua nih..mmg payah lah..mana ada ikan yang segar dr Tesco..dah bertahun2 haku rasa haku tidak dapat lagi menjamah lempeng telur ikan sembilang nih..haku tidak dapat mengingati bila kali yang terakhir.. haiz...nasib baik lah seorang abg ku ini mengikut jejak dan kemahiran arwah bapak yang pandai turun ke laut..akhirnya dengan rezeki Allah..tertunai hasrat hati nih.

***Dah macam cerita batu belah batu bertangkup..ngidam makan telur ikan tembakul (sembilang)



Lempeng Telur Ikan Sembilang

Bahan-Bahan
Approx. 100gm telur ikan sembilang
1 1/2 cwn nasi sejuk
1 labu bawang merah besar
3 batang lada kecik (ikut tahap kepedasan yg diingini)
Garam dan bahan perisa.

Cara Membuat
1. Cuci bersih telur ikan, guna penapis santan..asingkan telur ikan dengan kelonsong.
2. Tumbuk lumat bawang dan lada..Gaulkan dengan nasi sejuk
3. Masukkan telur ikan kedalam campuran nasi dan perisakan
4.Panaskan minyak kemudian goreng seperti kita mengoreng lempeng biasa
5.Hidangkan.



Learning Edible Art?

Thursday, November 10, 2011

A PaNNaCotTa : The SiMpLe DesSert

Assalamualaikum..

Aduhai..2-3 hari nih pegel linu memanjang..mana tak nyer musim pun sejuk2 jerk..seronok betul kalau dapat mengulit2 dgn bantal dan selimut..tapi melayan angin M nih mmg best..tapi kan..takleh jugak!!! kena rajinkan diri baru ader semangat!! hahaha..banyak lah n3 tertunggak..aduhai..line tenet pun slow motion jerk..nak upload pic pun makan masa..( alasan..)

hokey2 nak share satu resepi pencuci mulut yg manyak sedap oo..dr sifu masak memasak yang tersohor..tabik kat Kak Nor nih..resepi2 beliau dah banyak tersiar dlm majalah2 terkemuka tanahair..Tumpang bangga!! Kak Nor nih mmg bijak mempelbagaikan version pannacota nih..ader manggo ader laici..ader peach..Ni sebab haku nak habiskan stock kiwi dlm peties..sebelum monopos..kita buat dessert yang sedap..alhamdullilah..dapat dlm 6 cawan satu adunan nih.. kebetulan kakak ku dtg bertandang dgn anak sedara serta bf nyer..dapatlah haku hidang bagi depa merasa.feedback :------CAP JEMPOL!!! sedaplah tuh nama nyer!



KIWI PANNA COTTA
source : Gert (Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

** updated:
K.Nor lupa nak mention yg K.Nor ada masukkan 3 sudu besar gula masa blend kiwi.
Ni supaya puri kiwi yg dihasilkan tak terlalu masam.

*****Kak nor kata..kalau nak warna hijau kiwi tuh mengancam..titik kan sedikit pewarna hijau dlm puree..nampak tak puree kiwi haku tuh warna dia dah lebam..hehehe..



Lepas nih kan rasa cam nak buat Coffee Pannacota with Palm Sugar..apa rasa dia ek?