Tuesday, May 18, 2010

DaginG BlackPeppeRs

Ni kira nak masak..masakan sihat nih..daging blackpeppers nih haku masak dengan mencampurkan peria katak dan tomato cherry..so bila makan tuh..ader rasa manis daging, pedas blackpepper, pahit peria dan masam tomato..makan dengan nasi putih..mmg best..tapi ader juga jeni org yg tak suka campur banyak2 bahan dalam masakn boleh lah omit mana2 bahan yang tak dikehendaki ok..Jadi tak lah kesian nanti bahan2 tersebut dibuang ditepi pinggan. :)Mari semak resepi ..simple je nak buat nih..

Bahan- bahan:
250 gm daging
2 biji peria katak
7-8 biji tomato cherry (guna tomato biasa pun boleh )
3 sudu sos blackpepper
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inch halia
1 1/2 cup air
Garam untuk perisa.
* Di tumbuk sedikat ..setakat pecah..tak perlu tumbuk halus

Cara-cara:
1. Bersihkan daging dan hiris tipis.
2.Tumis bahan * dengan sedikit minyak sehingga terbit bau.
3.Masukkan daging, sos blackpepper dan air.
4.Kecilkan api dan biar sehingga daging sedikit empuk
5.Masukkan peria katak yang telas dipotong kecil dan tomato
6.Perisakan rasa dengan garam dan hidang.

No comments: