Wednesday, May 5, 2010

KaCanG PaNJang Goreng BELaChan

Bila mood nak memasak tuh datang..hehe..mmg lah ader sikit rajin.Masa-masa tiada tempahan nih..boring lah plak..mata pun terang benderang je mamaku cerita2 dalam TV..Sekarang nih nak kata musim panas tak juga..sejuk tuh mengigit hingga ke tulang.Jadi selera tuh nak makan yg ringkas2 jelah.Rezeki asal dapat mengalas perut yg sedang lapar sudah cukup Alhamdullilah.:). Menu org bujang nih kan mmglah mudah..Setakat telur kicap..rasanyer semua tau..tak payah nak tayang2 resepi lah yerk..:)untuk tambahan menu malam tadi goreng kacang belacan.Lama betul tak masak macamni..nak goreng kosong jerk macam tak best..Jadi tambahkan tahu dalam gorengan tuh.Huhu..licin sepinggan makcik makan..Camner nak diet makan nasi malam2 nih.ahaks

Kacang Panjang Goreng Belacan

Bahan-Bahan
1 ikat kacang panjang ( haku guna dalam 8 btg jerk )
2 kpg tahu dibelah kecil (digoreng dahulu dan asingkan)
*2 labu bawang kecil
*3 ulas bawang putih
*10-15 ekor ikan bilis
*1 inch belacan
2 sb lada kisar
Garam secukup rasa
1/2 cwn air.

Cara-cara
1.Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga sedikit lumat.
2.Panaskan kuali tumis bahan tumbuk dan lada kisar sehingga garing dan naik bau.
3.Tambahkan kacang panjang dan tahu..gaul.
4.Tuang air untuk sedikit kuah dan mengempukkan kacang.Letak lebih air kalau yg suka kuah lebih.
5.Sesuaikan rasa dengan garam.
6.Bila kacang nampak sdikit empuk..angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

Fakta :-Protein mudah larut dalam air yang panas.jadi bila mengoreng sayuran terutama jenis kekacang.goreng dengan api yg kuat dan tidak perlu mengoreng hingga terlalu layu.Supaya tak makan hampas yerk..sebab semua sumber protein pada kacang semua dah habis teruap. :)

No comments: