Friday, May 7, 2010

Roti JOhn

Bangun pagi...gosok gigi..cuci muka pakai baju..lalalala..minum kopi..sambil makan roti John...Fuhh tak tahu kenapa semangat betul di pagi Jumaat ini..bangun pagi mmg lah bagus kan early birds get extra credit.Dok perhati dr tepi tingkap dapur Kak Hana Jepun nun..aduhai kemudia di dapur Love kalau tak silap..roti JoHn telah mengoda ku.Tapi kalau tengok version roti ku ini..dah bukan macam roti John sikit..serupa roti Johnet dah..guna roti potong biasa jerk..ahaks..tak kisah lah asal rasa..memang rasa roti John.enak!!!Lagi satu haku tak letak sos dah mayonis..kira roti John 'O' lah nih.Pada yang nak semak resepi boleh click sini.As for my reference.Kak Hana minta izin kopipes yerk.Thank you.

Bahan-bahan

  • 150g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil
  • garam
  • 2 biji telur
  • daun sup - cincang halus
  • minyak@butter
  • Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
  • Sos Cili@Tomato dan mayonis
Cara-cara
  • Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
  • Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
  • Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  • Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.

No comments: