Thursday, February 17, 2011

FrUiTS TaRts foR My WeDDiNG


Hari nih tuan rumah rasa excited..nak membawa diri bershopping2..di Ibu Negara Malaysia..ewah2..sejak balik Johor nih mati kutu bab shopping2 nih. hehehe..alasan..saja lah kan terlanjur org mengajak..jimat duit transport..selain tuh kalau nak borong byk sikit pun takder hal ye tak..ruang bonet besar..hahahaha...

Project Tart Buah nih haku buat diatas tempahan Sahabat di U dulu yg katanya nak dijadikan antara hantaran majlis perkahwinan beliau yg berlangsung pada 3 Feb yg lalu..Kesian kampung bakal suami nyer ketika itu dilanda banjir yg teruk..tapi Alhamdullilah majlis beliau telah berjalan dengan lancar.Minta maaf lah yer Azlina..kerana tak dapat menghadirkan diri di majlis persandingan mu itu..ahaks

Resepi tart buah nih haku guna version dr Abg Mat Gebu lagi..bukan hapa..kalau buat dr resepi2 penderhakaan Abg Mat nih pun..so far semua menjadi..belum ader resepi yg kucuba jadi bantat..bentan..dan yg sejenama dgn nyer..Pokok nyer semua menjadi..dan rasa mmg best..kalau tak caya..resepi haku dah CnP nih..boleh lah cuba buat..mmg puas hati buat sendiri..lebih muai!!

Fruit Tarts
Sumber : Abg Mat Gebu

Bahan-Bahannya :-)
1 bahagian sweet pastry (boleh rujuk sini)
Pastry cream (resipi di bawah)
Coklat cair secukupnya
Strawberry*
Blueberry*
Kiwi*
Apricot dalam tin*(*antara buah2an yang boleh digunakan)
Sedikit piping jelly jernih utk mengglis tart

Bahan Pastry Cream :-)
300 g susu segar (panaskan hingga suam)
3 kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

Cara membuatnya :-)

1. UNTUK KULIT TAT :- Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
2. UNTUK PASTRY CREAM :- Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.
3. UNTUK FRUIT TART :- Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras. Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry cream ke dalam setiap kulit tat (seperti dalam gambar diatas). Buat hingga siap. Hias dengan buah2an kegemran, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat. Boleh dihidangkan...



No comments: