Hehe..punyalah lama mengidam nak buat resepi nih..menyimpan kecuh air liur je bila layan pic menu nih kat dapur CMG ..rasanyer kat dapur Kak Hana Jepang pun ader..boleh plak time semangat berkobar nak buat stok sotong tak pernah nak hader kat Tesco..yelah tu jelah tempat haku nak mencari lauk pauk nih..yg paling dekat ..satu jalan.. :) Tapi kalau dah nama rezeki tuh tak kemana..walau akhirnya dapat gak stok sotong ( nampak layu jerk ) tak kisahlah ..tekad dalam hati ..kena buat jugak projek sotong mentega rangup nih..nak gak tahu camner rasanyerkan.. bila dah cuba..mmg mcm CMG cakap lah..seketul ..2 ketul..3 ketul..laju jerk masuk mulut..high kolestrol tolak tepi..kan dah cover dengan bawang putih..tu yg motif letak lebih tuh..ahaks..propa sgt..CMG minta izin cnp resepi kat sini yerk..senang buat rujukan...:)
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g sotong
1 pack tepung gorengan berperisa (mat guna jenama "seri-aji") ( haku guna brand nona( cili pedas ))
1 putih telur, dipukul sedikit (haku guna sebiji telur campur putih dengan kuning terus)
1 1/2 camca besar mentega
1 ulas bawang putih ( haku letak 4 ulas selain suka..saja kenkonon nak cover kolestrol sotong :) )
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( tak letak..lupa nak beli)
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya ( tak letak sebb dah guna tepung berperisa pedas)
CARA MEMBUATNYA :-)

- Sotong dicuci bersih, buang kotoran dan potong sederhana besar. Kukus sotong tadi 4 - 5 minit. Sejukkan, kemudian lap kering2 dengan paper towel. Ketepikan.
- Gaul sotong tadi dengan putih telur rata, kemudian taburkan tepung gorengan berperisa dan golek2 kan sotong tadi sehingga semua bersalut rata dengan tepung.Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga sotong kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel.
- Dalam kuali yang bersih, cairkan mentega dengan api perlahan dan biar hingga mentega keperangan, masukkan bawang putih dan goreng hingga peerang, masukkan sotong dan gaul rata. Matikan api dan angkat sotong tadi, toskan atas paper towel.
- Alih ke dalam bekas, taburkan dengan lada hitam dan hirisan daun bawang. Gaul rata dan boleh dihidangkan. Nak makan dengan sos pun ok, tak de masalah..
No comments:
Post a Comment