Monday, September 26, 2011

SaMBaL TeMpOYaK


Assalamualaikum

Whoaa..selepas minggu terakhir syawal..tentu penuhlah menghadiri jemputan rumah terbuka kan?tentu hari2 terakhir nih pun masih ramai lagi yang mengambil kesempatan membuat rumah terbuka..Alhamdullilah majlis sebegini mengukuh ikatan silaturahim sesama kita..Eh..eh..tapi ade plak yg menunjuk2 dan makan berlebihan..ishk..tak baik tau!!

Siapa kat sini tak makan tempoyak???Rugi woo..ini tempoyak..manyak sedap..masak dgn ikan atau daging atau dimakan sebagai pencicah..waduhh mmg memikat selera.Haku dapat tempoyak nih dr Mak angkat haku tu lah..sebalang dia tapaukan untuk anak angkut2 dia nih..terima kasih mak!!Selalu kan bila makan tempoyak nih..kalauhaku tak masak lemak cili padi ikan atau daging..haku makan tempoyak mentak yg dipatahkan lada kedalam nyer..lepas tuh colet dgn ikan goreng makan dgn nasi panas2..Tapi sesekali ubah selera..hari tuh seharian haku godek dapur kak nor tuh..habis haku selongkar resepi..Jadi ternampak resepi sambal tempoyak yang digoreng nih..whoaa..mmg adegan yg mesti dicuba!

SAMBAL TEMPOYAK by Kak Nor

Bahan-bahan:
10-15 biji cili api ~ dihiris dua( yang tak tahan pedas atau suka pedas boleh adjust lagi)
segenggam bilis halus ~ dicuci bersih dan ditoskan(haku guna udang geragau)
3 biji bawang merah ~ dimayang
2-3 sudu besar tempoyak

Cara-cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan hirisan cili dan bawang merah yang dimayang. Kacau sebati hingga cili dan bawang tadi juga hampir garing.
Masukkan tempoyak dan kacau sebati.
Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas bersama ikan goreng dan ulam-ulaman.

*tempoyak ini memang telah sedia masin, masam, lemak dan manis, jadi tidak perlu tambah gula, garam dan perasa.Haku colet dgn ikan tongkol goreng asam jawa.Next N3 for that..Fuhh..mmg berasap!!


2 comments:

Ina Haireina said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.