Thursday, September 15, 2011

TiPs MeMBuaT KeK YaNg DiBaKar dan KaReNah KeK

Assalamualaikum...

Whoaa...esok ramai lah yang akan bercuti panjang kan..sempena sambutan Hari Malaysia..tentu penuh dengan jemputan Rumah terbuka Aidilfitri..tak kurang juga yang merangcang untuk membuat majlis rumah terbuka sendiri..Majlis begini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim..Masa nih lah dapat kita berkumpul dgn keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai..tentu macam2 cerita yang dapat dikongsi..tak kurang juga kaum Isteri dan tuan rumah sibuk memikirkan menu apa yang sesuai dibuat..yelah ..mesti nak ader kelainan dr rumah2 yang lain kan? kalau ade hidangan utama..tentu juga ader hidangan pencuci mulut..kek..biskut..buat..pudding dan mcm2 lagi..Tapi kena lah ingat..bila buat majlis begini..jgn lah kita terlalu bermegah dan membazir..jgn lupa tujuan sebenar konsep rumah terbuka itu sendiri.biar ala kadar..tapi semua tetamu cukup makan dan hidangan yang dihidang pun sedap..baru puas hati..:)

Ok semalam kan masa chatting2 dgn rakan satu u dulu..kami berkongsi tips dan cara membuat kek..Jadi hari nih haku terpikir..elok juga kalau haku membuat satuN3 khas untuk berkongsi tips2 nih..Tapi untuk mengolah sendiri..alamak..haku pun belum penuh sgt ilmu didada..Tips nih haku kopipes dr blog Kak Dayang Jack..kalau masuk blog akak nih..aduhai..jantung ku turun naik tgk kek kukus dia..ntah kenapa apapun N3 dr blog dia yang haku baca..mesti haku ulang2 baca N3 kek Lumut..berkenan sungguh dgn kejadian kek itu..To Kak Dayang..Thank you so much yer..Minta Izin copy tips2 akak tuh kat sini plak.Terima Kasih.

Tips penyediaan dan membakar kek

Persediaan bahan-bahan
  • Semua bahan hendaklah disukat atau ditimbang dgn betul dengan menggunakan penimbang (sebaik2nya penimbang digital) serta camca penyukat dan saiz loyang yang ditetapkan dalam resepi. Penyukat yang dimaksudkan bukan cawan kopi atau cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Bukan camca teh, atau camca makan di rumah tetapi camca sukatan metrik (kecuali yg dinyatakan pd resepi. Misalnya: untuk membuat kek lapis Sarawak, gelas khas digunakan utk menyukat bahan-bahan).
  • Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resepi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega dan telur. Jika terus digunakan dari peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini akan menggebukan lagi kek itu.
Menyediakan tin kek / loyang kek
  • Tin kek / loyang kek perlu dialaskan, digriskan dan ditaburkan dengan sedikit tepung. Ini bertujuan untuk mengelakkan kek daripada melekat pada tin semasa ia dikeluarkan. Selain itu, ia juga mengelakkan kek daripada cepat menjadi hangus.
  • Kek yang dibakar dalam tin yang sudah digriskan dgn mentega dan ditaburkan dgn tepung akan menghasilkan kerak yang elok.
  • Lebihan tepung yang ditabur pada tin tadi dikeluarkan dgn cara menterbalikkan tin tersebut serta diketuk2kan bahagian tepinya perlahan-lahan.
  • Tin / loyang yang tidak melekat boleh didapati di mana-mana kedai menjual perkakas kek dan tidak perlu dialaskan atau digriskan.
  • Acuan lain atau acuan lengkung boleh juga digunakan sebagai tin kek.
  • Kalau nak tgk cara2 mengalas loyang kek..boleh tgk kat sini yerk.
Ketuhar
  • Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli.
  • Waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar . Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.
  • Jika anda menggunakan ketuhar jenis mikrogelombang (microwave) utk membakar kek, gunakanlah loyang yang sesuai seperti kaca atau seramik yang tahan panas. Sebaliknya, perkakas jenis logam kurang sesuai kerana tenaga mikrogelombang dipantul oleh logam, maka ini akan menyebabkan kek tidak akan masak sama rata.
  • Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resepi menyatakan sebaliknya.
Adunan kek
  • Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega. Adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek menjadi keras.
  • Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.
  • Ikutilah langkah2 dalam resepi dengan betul. Jika ia memerlukan adunan dikacau sebati dengan senduk kayu, gunakanlah senduk kayu. Jika adunan perlu dikaupbalikkan, ikutlah arahan.
Bila mana kita membakar kek..kemudian kek itu tak menjadi ..Jangan lah salahkan resepi plak..dan berputus asa..afterall cooking and baking nih is art jugak tau..kena triad and error..mengikut kata Kak Dayang..antara penyebab dan karenah kek ialah :-

Kek Tidak Naik Sekata
  • Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
  • Bancuhan tepung tidak sebati
  • Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
  • Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Kek Menjadi Bantat
  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
  • Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
  • Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
  • Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
  • Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
  • Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
  • Suhu ketuhar terlalu rendah.
Kek Mendap pada Bahagian Tengah
  • Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
  • Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
  • Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
  • Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
  • Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.

Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
  • Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
  • Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
  • Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
Kek Terlalu Lembab dan Leper
  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Terlalu Berat
  • Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
  • Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
  • Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
  • Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung
  • Gula yang digunakan melebihi sukatan
  • Terlalu banyak cecair
  • Suhu ketuhar terlalu rendah
Kek Merekah
  • Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
  • Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
  • Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan / loyang terlalu kecil.
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
Kek Buah Mendap
  • Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
  • Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
  • Terlebih serbuk penaik
  • Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
  • Adunan tidak dipukul sebati
Kek Menjadi Keras
  • Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
  • Terlalu banyak tepung gandum.
  • Tidak cukup cecair
  • Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
  • Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
  • Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
  • Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
  • Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.
Kek Menjadi Kering
  • Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
Kek Menjadi seperti Roti
  • Sukatan serbuk penaik tidak tepat
  • Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
  • Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
  • Tepung tidak sesuai
  • Adunan tidak dipukul dgn sebati
Kek Menjadi seperti Bingka
  • Bancuhan tidak dipukul sebati
  • Terlampau banyak cecair
  • Tepung terlalu sedikit
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas
Fuhhh...mmg bagus tips2 dr Kak Dayang nih..terima kasih..untuk yang lain2..semoga tips2 nih boleh dijadikan rujukan yer.Selamat Mencuba dan Happy Baking!!

6 comments:

Shasha said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ninazsyafinaz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.