Friday, August 20, 2010

CuCur UDanG


Ni N3 terakhir untuk hari nih..Resepi nih ku buat utk berbuka semlm setelah begitu terguda dengan cucur udang didapur kak hana..hahaha...banyak sungguh resepi dr nye yg kucedok..thank you sis..nanti kita dtg geledah dapur lagi yerk..hahaha..
Serious haku tak pernah buat benda nih..makan tuh mmg lah pernah..mesti ader yg gelak..alahai setakat cucur pun nak buka buku resepi nak rujuk sana sini..tapi dah mmg haku tak pandai..tak tahu..tak salahkan bertanya..buat rujukan..malu bertanya sesat jalan lah nanti!!
Sewaktu proses nak mengoreng nih..ader cerita lucu nyertau..mula2 yg pertama tuh..melekat kat senduk..tak boleh tanggal..kena cungkil dgn pisau..baru boleh..masuk yg kedua..meletup2 ko minyak dia..terus haku mencicit keluar dr dapur..haku nih..bab hapa punmasak haku boleh InsyaAllah..tapi kalau bab minyak meletops2 nih..fobia haku..takuttt...ishkk..kena lah jaga saham..masih bujangan lagi nih tau..( terpomot plak ) .
Kak Hana darling..Kita copipes kat sini resepi tuh yerk..senang buat rujukan kita dimasa hadapan..thank you!!

Bahan-bahan

* 300gm Tepung gandum
* Udang besar secukupnya, bersihkan
* Sebiji bawang besar - dimayang nipis- x ltk
* Segenggam taugeh....Nak taruk lebih pun ok !!!- xde
* Daun bawang dan daun saderi secukupnya, dipotong kecil2
* 2 biji telur
* 1 cawan air panas (bukan air mendidih yaaa... )
* Air biasa secukupnya
* Garam secukup rasa
* Sedikit serbuk kunyit
* 1 camca teh baking powder
* Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

* Panaskan minyak untuk menggoreng dan sementara menunggu panas, rendamkan bahagian senduk yg bulat. Tujuannya adalah untuk memudahkan cucur udang lekang dari senduk.
* Masukkan tepung dalam satu bekas.
* Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air panas dan air sejuk. Gaul-gaul lebih kurang.
* Tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga tepung bersalut air.
* Tuang air biasa sehingga adunan secukupnya elok untuk dijadikan cucur udang.
* Keluarkan senduk yg terendam dalam minyak tadi dan isi dengan adunan
danletakkan seekor udang di tengah2nya.

* Masukkan ke dalam minyak dan tunggu sebentar sehingga cucur lekang dari senduk. Goreng sehingga garing.
* Ulang hingga habis.
* Hidangkan dengan sos cili thai, kuah cili pedas atau kuah kacang. ikut selera masing2.

UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN")
Bahan-bahan

* 8 biji cili merah
* 2-3 ulas bawang putih
* 1 cawan gula - hana buh 3/4cwn ( letak 4 sdb shj sbb buat setengah adunan )
* 1/4 cawan air
* 1/4 cawan cuka makan
* 4 camca besar sos ikan ( yg nih pun terlupa letak )
* Sedikit kacang tumbuk (hana dan mat guna bijan) ( haku plak terlupa letak )
* >> hana tambah sos cili thai.( tak tambah hapa pun )

Cara-cara

* Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...

Ok so SelaMAT bERBuKA PUAsa !! Menu Hapa hari nih yerk??!

No comments: