Wednesday, August 18, 2010

SeLamAt BeRBuKa PuAsa

Alhamdullilah..Pujian kepada Allah..dah 8 hari kita berpuasa..Semoga diberikan kesihatan untuk meneruskan ibadat ini..Pada bulan Ramadhan nih..semnjak pulang ke Johor Bharu haku lebih suka memasak sendiri hidangan berbuka..untuk bersahur..mmg mudah..sekadar minum susu/soya dan sebiji kurma sudah memadai..Untuk berbuka..membeli di Bazaar Ramadhan atau berbuka diluar jarang sekali..sekali sekala..bila ketandusan idea memasak..Tapi satu yg haku teruja tentang kedatangan Ramadhan..majlis berbuka puasa dirumah kakak2 dan abg2 ku..Entah bila budaya ini bermula dalam keluarga ku..minggu yg lepas majlis berbuka di kampung..sayunyer hati..kami hanya berbuka adik beradik..riuh rendah seperti topeng..sedang masing2 bergenang air mata.Siapa yg tidak sayu..inilah ramadhan pertama kami adik beradik tanpa mak dan bapak..tapi didalam hati haku tau Arwah sedang melihat..anak2 nyer berkumpul bersama..Untuk Ramadhan kali ini haku bertekad untuk berjimat dan tidak membazir.Alhamdullilah setakat ini misi hampir berjaya..semalam shj..kuih yg dibeli terbuang..sayang sungguh :( untuk N3 nih haku masukkan antara hidangan yg sempat haku amik gambarnyer..kerana kebanyakkan..haku betul2 terlupa!!!

Sarsi Laici

Ayam Goreng Kunyit

Murtabak Kampung Melayu

Majlis Berbuka di kampung
Tgk 2 org sepupu nih..kemain lagi berposing

Ramai kan?? ni baru separuh nih..

No comments: